Keburukan Guna Widget Floating Sharing

Widget floating sharing atau widget perkongsian terapung seperti FB Like, Tweet, Google+ yang diletakkan dalam blog sebenarnya ada keburukan dan kekurangannya. Saya pernah tulis, pilihlah widget yang sesuai dengan blog anda. Elakkan dari menjadi blogger yang main letak apa sahaja widget dalam blog tanpa ketahuan apa fungsi dan manfaat diberikan untuk blog kita.

Apakah keburukan guna widget floating sharing ini?

Keburukan atau Kekurangan Guna Widget Floating Sharing

Tentu ramai yang tertanya, apatah lagi jika anda seorang blogger yang dah letakkan widget tersebut di dalam blog. Aha .... jeng jeng jeng ... kekurangan widget tersebut adalah kerana kelebihannya untuk terapung di dalam blog. Erkkk??? Hehehe... jangan konpius ...

Cuba anda lihat contoh blog di bawah ini, yang menggunakan widget floating sharing.
Keburukan Guna Widget Floating Sharing
Kelebihan widget ini, ia terapung dan mengikut skrol tetikus, tetapi malangnya .... blogger ini meletakkan widget ini terlalu tepi sehingga tidak sesuai bagi sesetengah pengunjung yang menggunakan komputer seperti saya.

Jadi, kelebihan yang ada sudah menjadi satu keburukan pula.

Maka, anda perlu pastikan bahawa widget anda sesuai diletakkan di dalam blog anda, jangan sampai kelebihan sesuatu widget itu menjadi satu kerugian pula, rugi sebab widget keluar, tapi tak boleh digunakan, lagi-lagi ia gunakan script luar yang akan menyebabkan blog anda lambat nak loading.

Cadangan saya, gunakan widget perkongsian yang lebih stabil dan sesuai untuk semua jenis paparan iaitu widget perkongsian yang diletakan samada di atas atau di bawah setiap post atau entri blog anda.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat bantu anda buat blog lebih baik di masa akan datang, in Sha Allah.



6 comments.. read them below or add one

Faizal Fredley Faizal Fredley May 13, 2014
lagi satu wedget yg terampung ni merosakkan blog bila buka guna fon...
Izzuddin Fauzi Izzuddin Fauzi May 13, 2014
Untuk sesetengah keadaan tak ada masalah jika dikodkan dengan baik... Biasa float pakai css kene tambah @media size dan tetapkan pada minimum saiz tertingkap / skrin dia bertukar dari float kepada static... Float nie meningkatkan visibility pada skrin besar namun tak berapa nak bagus untuk skrin kecil... Hehehe...
Adib Site Adib Site May 13, 2014
itu pentingnya widget yg responsive..
Nao Mei Nao Mei May 14, 2014
HH kalau like fb yang timbul sekejap tak apa gak..tapi ada yang timbul berapa lama..hihi
Ismail N Ismail N May 14, 2014
Kawe mmg tak berkenan dgn widget ni. Ada beberapa kali try pasang tapi mcm something wrong lah.. Maybe the above explanation tu menjelaskan kemusykilan kawe selama ni
Aminin Aminin November 03, 2014
Terima kasih bro HH.... masih lagi belajar bina blog yang sempoi dan tak berserabut

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.