Jana income dari blog ketika bercuti dan sedang bersantai. Alhamdulillah, saya dapat jana beberapa komisen daripada affiliate semasa sedang seronok bercuti bersama keluarga di Kelantan. Mengapa saya boleh? Walhal anda dan saya tak ada bezanya pun, ada blog, dan menyertai affiliate? Mesti ada sesuatu yang anda lupa lakukan daripada tips yang telah saya berikan sebelum ini.

Antara teknik paling mujarab untuk jana income menerusi blog dan affiliate ialah dengan menulis berkaitan produk yang anda mahu dapatkan komisen. Tulis dengan cara meleleh sampai orang tak sabar nak dapatkan produk tersebut.

Tips Jana Income Menerusi Blog Semasa Bercuti

Elakkan memaksa. Jual potensi, jual nilai yang dapat mereka dapat jika beli produk yang anda promosikan menerusi entri blog anda. Inilah teknik yang telah membuatkan saya berjaya mendapat komisen hampir RM1K dalam masa kurang 5 hari! Dan teknik ini juga yang membuatkan seorang pelajar yang pernah saya tampilkan sebelum ini membuat jualan sehingga RM7K dalam masa kurang 4 hari!

Jana Income Menerusi Blog Semasa Bercuti

Jana income menerusi blog semasa bercuti memang boleh buat. Pertamanya, anda tulis blog post, ia kekal berada di alam maya, selagi anda tidak padamkan. Jika anda menulis dengan baik, anda pasti akan peroleh apa yang anda nampak seperti apa yang saya kongsikan di bawah ini.

Jana Income Menerusi Blog Semasa Bercuti
Jana Income Menerusi Blog Semasa Bercuti
Seronok tak? Anda hanya tulis sekali dua mengenai produk affiliate, dan lepas tu biarkan internet jalankan tugasnya. Nah, semasa bercuti, sedang lepak-lepak makan kepok lekor ... boleh jana income online menerusi blog ... hanya dengan promosikan produk affiliate sahaja.

Ok. Income tak banyak, beberapa puluh ringgit je. Tapi siapa nak berikan kalau anda sedang dok mesra-mesra dengan isteri, dengan anak-anak? Haaa ... fikirkan ....

In Sha Allah, dengan ilmu anda boleh buat dan jana income online dari blog semasa bercuti seperti apa yang saya paparkan di atas.

Errr .. betul ke saya sedang bercuti semasa paparan income di atas itu saya tunjukkan kepada anda?
Jalan-jalan ke Kampung Kraftangan Kota Bharu
Lihat tarikh pada ketiga-tiga gambar yang saya letakkan ini. Jadi, saya tak berbohong la kan ... memang boleh jana income menerusi blog ketika tidak pun berada di depan komputer. Untuk info, saya post gambar ke Facebook menggunakan telefon bimbit dan iPad mini.

Jana income dari blog semasa anda sedang bersantai .... semasa anda sedang bercuti, boleh anda lakukan jika ikuti tips terbaik dan panduan yang telah diberikan kepada anda.

Saya ada tulis dan kongsikan kepada anda. Terpulang untuk anda guna pakai dan praktikkan. Kena istiqamah. Kena sabar.

Di mana nak cari produk untuk promosi dan jana komisen menerusi affiliate?

Boleh daftar percuma di sini - Jana Income Dari Rumah Menerusi Affiliate


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. satu perkongsian yang menarik abang HH...thanks for sharing...

    BalasPadam
  2. setuju dengan entri ini.saya juga ada post satu produk buku resepi, dalam senyap2, saya juga dapat menjana pendapatan pasif dengan menjadi Affiliate..:)walaupun baru tiga jualan saya berjaya perolehi, tapi sprt kata HH, siapa nak berikan kita puluhan ringgit sedang kita dok sesaja kan..:)

    BalasPadam
  3. Bro HH, saya nak jadi macam bro & Sis CM. Mmg best kalau dapat duit sesaje camni.
    Thanx;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Brother HH, Webinar tu kene attend or just online teaching?

      Padam
    2. Tonton video tu, booking waktu dan akan ada online bagitahu ttg affiliate.

      Padam
  4. em..hbt..duk bercuti pun hh dpt bt income lg..

    BalasPadam
  5. HH memang hebat sejak dari dulu lagi. . . . mana mampu tanding :((((

    VIDEO: Cokelat Haram? Haram Mak Kau.. Kata Pondan Ini
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/05/video-cokelat-haram-haram-mak-kau-kata.html

    Emma Maembong Bidas Dakwaan Jadi Punca Zizan Razak Kalah
    http://syokbah.com/emma-maembong-bidas-dakwaan/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah saya anggap blogger yang dulunya nampak lebih baik daripada saya ... tapi saya azam nak 'lawan' dan buktikan bahawa blog saya juga boleh berjaya.

      Padam
  6. wa.... jelez2.... baru faham... syukran3 beri tips yg memang dok cari2 ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sifu... link affiliate tu not found...

      Padam
    2. Ashadee sedang dalam maintenance la kak..

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement