Langkau ke kandungan utama

Cara Tambah Kolum Baru Pada Layout Blogspot

Tadi, saya nak buat adjustment sedikit pada blog ini. Saya mahu tambah satu kolum baru supaya saya boleh letakkan widget tambahan dalam blog saya. Nak tahu caranya? Ok, saya akan beritahu cara tambah kolum baru pada layout blogspot anda supaya nanti manalah tahu kot-kot nak tambah apa-apa.

Tutorial Menambah Kolum Baru Pada Layout Blogspot

Ok, sebelum tu, cara ini adalah untuk layout blog yang dah terhad ruangan. Selalunya ruangan untuk letakkan widget dah ditetapkan bergantung pada jenis rekabentuk blog yang anda gunakan. Nak tambah widget lain, dah tak ada tempat kosong. Jadi, bolehlah gunakan tutorial ini bagi nak tambah ruang pada layout blogspot anda.

Cuba lihat contoh yang saya berikan. Yang pertama ini merupakan layout asal, kotak oren tu adalah satu ruang kosong, saya nak letakkan satu kolum lain pada layout blogspot ini supaya boleh tambah widget baru atau nak letak benda-benda lain contohnya teks selamat datang atau mungkin banner iklan.
Cara Tambah Kolum Baru Pada Layout Blogspot
Saya akan kongsikan cara tambah kolum baru pada layout supaya hasilnya seperti di bawah ini. Nampak tak? Ada bahagian Add a Widget yang baru telah diwujudkan di ruang kosong pada template asal di atas.
Cara Tambah Kolum Baru Pada Layout Blogspot
Tak susah mana pun, anda hanya perlu masukkan kod HTML di bawah ini di tempat tertentu dalam HTML blogspot anda.

Mana nak letak kod HTML ini? Ok, bagi contoh di atas ini, saya letakkan di bahagian ini:
Cara Tambah Kolum Baru Pada Layout Blogspot
Ia diletakkan selepas kod berkaitan description yang ada dalam HTML blogspot. Nak mudah, anda buka HTML blogspot anda, tekan Ctrl-F dan cari description. Lihat kod yang ada div style seperti tertera di atas. Letakkan kod HTML yang saya berikan tadi. Kemudian simpan.

Cara Nak Tambah Lebih Satu Kolum Tambahan

Sebagai satu option atau pilihan, anda boleh buat penambahan kolum dengan kod HTML di bawah ini. Hanya gantikan nilai 1 pada maxwidgets itu, boleh letak sampai berapa banyak pun tak mengapa. Jika lebih daripada satu, pastikan showaddelement='yes'. Ok?

Bila dah simpan template anda tanpa masalah dan kolum baru diwujudkan, senanglah nak tambah widget baru, seperti yang saya tunjukkan di atas tadi, hanya tekan Add a Widget je.

Amacam? Susah ke senang? Maaflah kalau penerangan ini buat anda garu kepala. Tapi ok kot kalau ikut pelan-pelan.

Selamat mencuba.

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. sy nak cr mcm mana kaedah komen yg boleh link terus ke blog pengemen.. ada tak? blogspot boleh ke? mcm komen kat atas ni..tp automatik terus ke new entry pengomen..
    senang sikit sy nk bw..huu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh gunakan Disqus ... saya ada cerita, cuba Google.

      Padam
  2. thanks HH.. Info berguna ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama ... Hantu mana ni? Nak gak tahu .. lalalalala

      Padam
  3. info yang bermanfaat dan berguna, thanks for sharing abang HH...

    BalasPadam
  4. dah cuba tapi tak menajdi kenapa erk?

    BalasPadam
  5. div style ni ada beberapa tempat tak silap ada dua...yang mana satu sepatutnya letak..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selepas penutup untuk description, description ini memang akan berada di bawah header blog.

      Padam
  6. Ohh menarik, boleh cuba ni nanti

    BalasPadam
  7. terbaik laa bang HH , selesai masalah dkt blogger yg nak buat mcm ni

    BalasPadam
  8. Terima kasih Tuan HH. Senang nak faham.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah ... tak sia-sia nulis sampai pening kepala ... bukan senang nak buat tutorial bagi orang faham ni ...

      Padam
  9. Salam.

    Saya dah lama cari cara untuk tambah kolum baru. Tapi yang ini paling mudah difahami setakat ni. Terima kasih tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius ke? Alhamdulillah, terima kasih kerana guna pakai entri ini untuk rujukan tuan.

      Padam
  10. Terima kasih bro berkongsi info. Saya dah buat, mula2 tak menjadi, lepas tu baru ok.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …