Langkau ke kandungan utama

Cara Kawal Kolesterol Secara Semulajadi

Cara kawal kolesterol secara semulajadi menjadi antara panduan saya untuk memastikan tahap kolesterol dalam tubuh tak tinggi. Sejak disahkan mempunyai sakit kencing manis dan kandungan kolesterol tinggi dalam darah, saya dah mula mengamalkan cara hidup yang lebih sihat dengan memastikan apa yang saya makan tidak membawa mudarat.

Yup, betul ... saya disahkan baru-baru ini ada sakit kencing manis dan juga kandungan kolesterol tinggi dalam badan. Memang saya dah jangka. Sebelum ini, saya ada buat pemeriksaan kesihatan jantung menerusi booth bergerak IJN sekitar akhir Disember 2013. Ketika itu, alhamdulillah, tahap kesihatan memuaskan tetapi telah diingatkan oleh pakar bahawa ada kedapatan tanda-tanda kolesterol yang agak ketara.

Tanda Awal Kolesterol Berlebihan

Tanda awal yang diberitahu doktor pakar tersebut mengenai tanda kehadiran kolesterol berlebihan dalam badan ialah apabila terdapat seperti gelembung udara sekitar ruang mata. Jika anda tengok gambar DP (Display Picture) di bawah ini, anda leh nampak dengan jelasnya .... huhuhu..
Buat masa ini, saya belum lagi memulakan pengambilan sebarang ubat dari hospital atau klinik. Bukan apa, ramai yang nasihat saya supaya tangguh dulu pengambilan ubat, sebab nanti tubuh badan akan kehilangan kekuatan sendiri atau imun disebabkan pengambilan ubat untuk rawati dan pencegahan penyakit kencing manis dan tahap kolesterol.

Jadi, semasa pemeriksaan darah dan kesihatan yang dibuat di Hospital Parit Buntar baru-baru ini, saya telah meminta secara personal pada doktor kesihatan supaya tangguhkan pemberian ubat. Saya disyorkan untuk jalani penukaran gaya hidup dan ubah diet pemakanan. Doktor tersebut beri tempoh selama 6 bulan untuk improve tahap kesihatan saya.... huhuhuhu .. perghh macam satu cabaran pulak ..

Sekarang, diet pun dah bertukar. No more manis manis ... no more kari kari .... adeh.

Ada cara semulajadi nak kawal kolesterol dalam tubuh ni. Mungkin perkongsian saya ini boleh bantu rakan lain dan pembaca blog ini untuk jalani kehidupan lebih sihat, kawal kandungan gula dan kolesterol dalam darah.

4 Bahan Semulajadi Kawal Kolesterol Tubuh

Empat bahan itu adalah sterol tumbuhan (plant sterols), bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.

Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols atau Stanols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Malah, pengambilan sumber semulajadi ini akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.

Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glukan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.

Kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang tinggi itu turut membantu menstabilkan kadar glukos dalam darah.

Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisma normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan.
Psyllium Husk. Kredit Foto: Wikipedia

Psyllium Husk pula secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit, sindrom sakit perut serta meningkatkan kemampuan dan mengekalkan otot usus. Pada masa sama, penggunaannya mampu untuk menurunkan tahap kolesterol, mengawal diabetes dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Psyllium seed husks, also known as ispaghula, isabgol, or psyllium, are portions of the seeds of the plant Plantago ovata, (genus Plantago), a native of India and Pakistan. They are hygroscopic, which allows them to expand and become mucilaginous. 

 Ok, harapnya dengan sedikit perkongsian ini dapatlah sama-sama manfaat ehh .. elak diri dari jadi seperti saya sekarang yang dok telan air liur je bila anak-anak dan isteri minum ice blended .... huhuhu ..

p.s: Walaupun kolesterol tinggi .. tapi saya tidak obesiti .. atau tergolong dalam kategori gemuk.


Komen Pembaca ...

  1. Moga berjaya turunkan.. boleh cuba omega guard shaklee

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah ... nasib saya sangat baik ada isteri yang pandai bab-bab ni ... jadi tak ada masalah sangat... :)

      Padam
  2. ooo, sama ler dgn saya..bacaan saya 5.2 mmol/L..kiranya dah nak paras hidung tu..
    sekarang nie setiap pagi saya makan oat shj...(anggaran 5 sudu besar tambah air), doktor nasihatkan saya supaya kurangkan pengambilan nasi..

    Teringat saya dgn Psyllium Husk (sekam) tu, dulu saya makan Haw Fi nie...
    cubalah En. Hasrul jln2 ke sini...http://i-ubat.blogspot.com/2013/02/haw-fi-ekstrak-buah-hawthorn-dan-sekam.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas link yang diberikan ... :) hmmm saya hari tu bacaan 16 ... huhuhuhuu...banyak banyakkkk tu berganda2 kan .... saya pun takut jadinya.

      Padam
  3. slalu puji mata membe lawa sgt- mata hitam dia lain-cantik. tp bila dia buat pemeriksaan, rupanya kolestrolnya tinggi- thnx sharing-dulu suka mkn oat-skrg dh mls pula

    kena amalkan diet y sihat pula skrg =D

    thnx sharing ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih akak adek ... :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak mendoakan ...

      Padam
  5. HH, Psyllium Seed Husks tu, first time saya dengar. Mana nak dapat yer? Saya tertarik dengan fungsi dia untuk usus tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aziela .. saya pun pertama kali gak dengar .. hahaa... tak tahu nak cari mana, mungkin nak tanya pada wife sbb dia handal bab2 camni ...

      Padam
  6. Jika benar mahu kurangkan kolestrol, perkara pertama yang doktor akan suruh, ubah gaya hidup.

    Itu termasuklah :
    -berhenti merokok (kalau merokok)
    -kerapkan bersenam
    -kurangkan pengambilan gula (paling banyak, satu sudu kecil je satu cawan)
    -kurangkan juga pengambilan garam (yang ini orang Melayu payah nak buat)
    -kurangkan makanan berminyak. Kalau mahu gunakan minyak, guna kan minyak zaitun atau bunga matahari.

    Paling penting, banyakan pengambilan minyak zaitun (yang asli-most preferred-sudah ada dalam bentuk capsule) atau omega 3.

    Itu yang saya boleh kongsikan.

    Saya juga ingin sarankan tuan supaya lebih patuh pada nasihat doktor berbanding kawan-kawan, percayalah pada doktor, mereka berbicara atas dasar ilmu(yang sahih) dan pengalaman mereka, tetapi kalau kawan-kawan belum tentu.

    #lama tak komen kat sini.

    ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh itu sudah semestinyalah .. isteri saya kann adaaaa tu .. hehehe... :)

      Padam
    2. puan dapat nasihat dari doctor ye?? saya pun ada masalah kolestrol

      Padam
  7. Oh terlupa, syafakallah, moga tuan kembali sihat. Nikmat sihat adalah nikmat yang mahal. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, terima kasih kerana mendoakan.

      Padam
  8. Bab kolestrol ni memang xkira usia gemuk ke kurus ke, abang aku penah kena, masuk wad hospital selayang penuh wayar dah macam xperimen robot, bukan nak menakotkan sapa2 tapi untuk kita beringat2

    BalasPadam
  9. semoga sihat selalu bro HH^^ macma dneo kan ada SLE dan SLE sebabkan kidney rosak.. bila kidney rosak secara automatik kolestrol tinggi... badan deno kurus sekeping tapi kolestrol tinggi ... deno biasa makan oat utk kurangkan kolestrol^^

    BalasPadam
  10. saya setuju dgn penggunaan minyak ikan utk kawal kolesterol...minyak ikan sesuai utk makan sebelum tdo sbb mlm kadar kolesterol kita lebih tinggi :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.