Langkau ke kandungan utama

Bahaya Blog Berita Informasi Semarak Fitnah

Inilah bahaya besar bila mempunyai sebuah blog yang paparkan informasi dan berita. Takut menjadi lubuk sebaran fitnah dan cerita tidak benar. Dan kerana ketakutan inilah, saya sudah mula berhati-hati mahu berkongsi cerita dan fakta yang mungkin boleh menimbulkan pendebatan, yang memungkinkan nanti jadi fitnah.

Bukan sekali dua terkena kes begini. Ada entri saya tulis sekadar berkongsi hasil pencarian, dan bersumber rakan rakan blogger yang lain, tetapi itulah .. kelompok pembaca tidak sama, cara mereka memahami apa yang dibaca juga tidak sama.

Bahaya Blog Berita Informasi Semarak Fitnah

Bahaya Blog Berita Informasi Semarak Fitnah

Gaya Bacaan Berbeza

Gaya bacaan seorang pengunjung yang pertama kali singgah di blog anda, dengan gaya pembacaan pengunjung setia blog berbeza. Persepsi berlainan. Malah, ada pengunjung yang ambil jalan pintas, baca sambil lalu tanpa melihat butiran blog post yang diterbitkan.

Rakyat Malaysia memang gemar buat kesimpulan. Malah ada yang mahu kelihatan jaguh dengan kesimpulan mereka. Mereka merasakan fakta yang ada pada pengetahuan mereka lebih berhak dan lebih layak untuk dijadikan sandaran, walhal ianya adalah sebaliknya. Tak kena citarasa, ditolak.
[Baca] Tips Blogging - Rahsia Mendapatkan 40K Pageview Sehari
Saya juga ada sifat-sifat sebegini. Dek kerana itulah, saya cuba sebaik mungkin menulis sesuatu yang boleh memudaratkan, bukan hanya mengelakkan mudarat pada diri, tetapi yang paling utama memudaratkan masyarakat Malaysia yang sangat gemar membaca dan mencari sumber menerusi Google.

Saya sudah tidak lagi secara giat berkongsi informasi yang boleh mewujudkan semarak fitnah. Saya tahu, dalam penulisan yang tidak seberapa, walaupun cuba buat sehabis baik untuk elak sebarang pertikaian, akan tersasul juga beberapa ayat yang boleh dijadikan akar atau modal oleh orang lain untuk susun ayat yang akhirnya nanti bawa keburukan.

Maaf pada kalian yang mungkin pernah baca beberapa entri yang tidak kena jiwa raga.

Ada yang setuju, ada yang tidak setuju. Itu lumrah manusia yang ada akal dan pengetahuan.

Buat rakan semua, buat pembaca; elakkan mudah percaya dengan setiap titipan yang anda baca di ruangan maya ini. Bukan tak boleh mempercaya, tetapi mohon agar bacaan itu lengkap dan fahami ayat yang ditulis. Adakala, kita perlu baca lapan kali hanya untuk faham sekali.
[Baca] Tips Blogging - 10 Cara Untuk Dapatkan Unique Visitor (UV) Tinggi
Sama-sama kita elak dari menjadi samada tukang komen, tukang like, tukang tulis perkara-perkara yang boleh semarakkan fitnah.

In Sha Allah.

Komen

  1. Masing-masing ada agenda yang tersendiri...

    BalasPadam
  2. Mungkin ada pihak yang memang sengaja menabur fitnah..motif? Tiada yang tahu

    BalasPadam
  3. wah keren bgt deh info sungguh mengairah kan menjadikan kita lebih bijak dan profesional,thanks yah :)
    Ihsan Magazine
    apaantuh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.