14 Panduan Tanggani Stress

Panduan tanggani stress - Jika anda seorang yang kerja keras, macam saya .. hehehe.. tentu tidak akan terlepas dengan masalah stress atau tekanan. Apatah lagi jika anda seorang blogger sepenuh masa yang menjadikan blog sebagai sumber income anda. In Sha Allah, blog post ini saya kongsikan sedikit sebanyak berkaitan panduan atau tips untuk tanggani stress.

Stress atau Tekanan Wujud Dalam Kehidupan

Stress atau tekanan, memang sebenarnya tidak boleh lari untuk wujud dalam kehidupan kita. Saya sendiri sering berhadapan dengan masalah stress ini. Atau dengan kata lain .. berhadapan dengan masalah yang menyebabkan stress atau tekanan.
14 Panduan Tanggani Stress
Percaya atau tidak, tekanan sebenarnya bagus untuk memajukan diri. Cuma yang jadi masalah apabila tekanan tersebut tidak ditanggani dengan cara bijaksana. Sebagai manusia, kita dah diperlengkapkan dengan kepercayaan atau agama sebagai salah satu kaedah untuk tanggani tekanan. Agama ada jalan sendiri supaya manusia boleh berhadapan dengan apa jua tekanan. Tidak percaya?

Haa .. jika anda sedang marah, seandainya anda yang membaca ini seorang muslim atau beragama Islam. Cubalah teknik mudah ini - ambil wudhuk dan sholat sunat. Jika anda bukan seorang Islam, maka cuba anda basuh muka anda dengan air, dan kemudian tenangkan diri.
Wudhuk - Teknik Legakan Kemarahan. Kredit Foto: Giler Kentang

14 Panduan Tanggani Stress atau Tekanan

  1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.
  2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.
  3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.
  4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.
  5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.
  6. Membentuk pengurusan masa yang baik.
  7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
  8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.
  9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
  10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.
  11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.
  12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.
  13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.
  14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.

Apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan kepada pembacaan saya menerusi sebuah majalah kesihatan. Jadi, persoalan samada benar atau tidak atau samada ia berkesan atau tidak, adalah bergantung pada diri anda.

Masalah akan wujud. Stress akan ada.

Persoalan, adakah anda... saya dan kita semua mampu untuk tanggani dengan baik supaya ia boleh menjadikan kita manusia lebih baik dari semalam.


{ 8 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid May 16, 2014
great piece of sharing abang HH...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 16, 2014
Terima kasih banyak2 ... harap berikan manfaat pada orang lain.
Bro hantu Bro hantu May 16, 2014
yang paling susah nak handle kalau stress dengan wife...
weschairs weschairs May 16, 2014
Ha ha bagi je hadiah ok la nnt
Syuhada Baharudin Syuhada Baharudin May 16, 2014
panduan yang sgt berguna..
azzahairi sulaiman azzahairi sulaiman May 16, 2014
Panduan yang berguna HH. Memang betul wuduk dapat melegakan masalah serta kemarahan :-)
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ May 17, 2014
Terima kasih abg HH atas perkongsian ini. Ena memang selalu stress. Macam macam nak kena fikir sampai sakit kepala. Tapi bila ingat pada Allah, ena kembali tenang. SubhanaAllah
ieta mat sa'ad ieta mat sa'ad May 22, 2014
stress selalu boleh buat dapat penyakit... luahkan... hehe

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.