31 Mei 2014

Al Fatihah Al Marhum Tuanku Sultan Azlan Shah

Dukacita. Inilah yang boleh saya gambarkan perasaan saya dan isteri apabila mendengar perkhabaran akan kemangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Ketika perkhabaran kemangkatan baginda sultan diterima, saya dan keluarga sedang dalam perjalanan bercuti ke Kelantan.

Desas-desus akan geringnya Paduka Sultan telah lama saya dengar. Tetapi apabila saya bertanya kepada mereka yang ada hubungan dengan pihak istana, ramai yang menafikan. Perkara biasa dan salah satu rahsia kerajaan negeri, jadi saya faham akan situasi.

Bertanya saya pada seorang rakan yang merupakan pengawal istana Sultan Perak ..

"Ehh Nazim (bukan nama sebenar), betul ke Sultan Azlan sakit tenat?"
"Ishh .. khabar angin je tu .... alhamdulilah, baginda Sultan sihat .. in Sha Allah..."

Ini dialog sebulan dahulu semasa hadir kenduri di kampung saya di Batu Gajah, Perak.

Paduka Sultan Orang Batu Gajah

Ya, saya kelahiran Batu Gajah, Perak, sama tempatnya dengan keputeraan baginda Sultan Azlan Shah. Jadi, inilah sebab kenapa baginda Sultan begitu dekat dengan saya dan isteri. Isteri saya pula pernah berkesempatan bergambar dan bercakap dengan Paduka Sultan semasa perasmian KK Taiping beberapa tahun lepas.

Isteri saya berkata, almarhum seorang yang peramah, dan begitu intelek. Malah, ketika isteri perkenalkan rawatan dan ubat berkaitan diabetes dan penyakit darah tinggi, almarhum tahu akan apa yang diperkatakan. Al marhum Sultan ada penyakit-penyakit ini.

Teringat ketika Aidilfitri, baginda Sultan akan datang ke Batu Gajah untuk bertemu rakyat. Malah, setiap hari raya kedua, almarhum akan ke pusara bondanya yang disemayamkan di situ.

Mengapa saya bangga dengan al marhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah?

Sebab baginda seorang yang bijaksana, intelek dan dikagumi ramai. Jika disorot akan sejarah baginda, banyak kekaguman yang boleh saya ceritakan. Baginda almarhum semasa hayatnya menjadi Ketua Hakim, Ketua Majistret ... peguam ... dan aktif dalam sukan hoki dan juga golf. Almarhum ada sejarah mengagumkan dalam bidang perundangan negara. Memang hebat.

Jika anda mahu mengenali baginda Al Marhum, saya syorkan anda lawat Muzium Di Raja di Kuala Kangsar yang sebelum ini menjadi tempat sambutan 25 tahun pemeritahan baginda di Perak. Serius, ia tempat yang wajib lawat kalau ke negeri Perak Darul Ridzuan.

Al Fatihah Al Marhum Tuanku Azlan Shah

Al fatihah buat Al Marhum Paduka Seri Sultan Perak, DYMM Sultan Azlan Shah.

Kami sekeluarga merafak sembah takziah buat seluruh anggota keluarga baginda almarhum Sultan.



Jana Income Menerusi Blog Semasa Bercuti

Jana income dari blog ketika bercuti dan sedang bersantai. Alhamdulillah, saya dapat jana beberapa komisen daripada affiliate semasa sedang seronok bercuti bersama keluarga di Kelantan. Mengapa saya boleh? Walhal anda dan saya tak ada bezanya pun, ada blog, dan menyertai affiliate? Mesti ada sesuatu yang anda lupa lakukan daripada tips yang telah saya berikan sebelum ini.

Antara teknik paling mujarab untuk jana income menerusi blog dan affiliate ialah dengan menulis berkaitan produk yang anda mahu dapatkan komisen. Tulis dengan cara meleleh sampai orang tak sabar nak dapatkan produk tersebut.

Tips Jana Income Menerusi Blog Semasa Bercuti

Elakkan memaksa. Jual potensi, jual nilai yang dapat mereka dapat jika beli produk yang anda promosikan menerusi entri blog anda. Inilah teknik yang telah membuatkan saya berjaya mendapat komisen hampir RM1K dalam masa kurang 5 hari! Dan teknik ini juga yang membuatkan seorang pelajar yang pernah saya tampilkan sebelum ini membuat jualan sehingga RM7K dalam masa kurang 4 hari!

Jana Income Menerusi Blog Semasa Bercuti

Jana income menerusi blog semasa bercuti memang boleh buat. Pertamanya, anda tulis blog post, ia kekal berada di alam maya, selagi anda tidak padamkan. Jika anda menulis dengan baik, anda pasti akan peroleh apa yang anda nampak seperti apa yang saya kongsikan di bawah ini.

Jana Income Menerusi Blog Semasa Bercuti
Jana Income Menerusi Blog Semasa Bercuti
Seronok tak? Anda hanya tulis sekali dua mengenai produk affiliate, dan lepas tu biarkan internet jalankan tugasnya. Nah, semasa bercuti, sedang lepak-lepak makan kepok lekor ... boleh jana income online menerusi blog ... hanya dengan promosikan produk affiliate sahaja.

Ok. Income tak banyak, beberapa puluh ringgit je. Tapi siapa nak berikan kalau anda sedang dok mesra-mesra dengan isteri, dengan anak-anak? Haaa ... fikirkan ....

In Sha Allah, dengan ilmu anda boleh buat dan jana income online dari blog semasa bercuti seperti apa yang saya paparkan di atas.

Errr .. betul ke saya sedang bercuti semasa paparan income di atas itu saya tunjukkan kepada anda?
Jalan-jalan ke Kampung Kraftangan Kota Bharu
Lihat tarikh pada ketiga-tiga gambar yang saya letakkan ini. Jadi, saya tak berbohong la kan ... memang boleh jana income menerusi blog ketika tidak pun berada di depan komputer. Untuk info, saya post gambar ke Facebook menggunakan telefon bimbit dan iPad mini.

Jana income dari blog semasa anda sedang bersantai .... semasa anda sedang bercuti, boleh anda lakukan jika ikuti tips terbaik dan panduan yang telah diberikan kepada anda.

Saya ada tulis dan kongsikan kepada anda. Terpulang untuk anda guna pakai dan praktikkan. Kena istiqamah. Kena sabar.

Di mana nak cari produk untuk promosi dan jana komisen menerusi affiliate?

Boleh daftar percuma di sini - Jana Income Dari Rumah Menerusi Affiliate


28 Mei 2014

WeChat Speed All Star Race Bersama Diana Danielle

Pernah main WeChat Speed tak? Kalau belum, segerakan diri untuk muat turun WeChat Speed ke dalam telefon pintar anda. Ia permainan yang sangat seronok, tambah seronok bila dapat bermain bersama satu team dengan Diana Danielle, salah seorang selebriti cantik cun Malaysia.

Saya baru sahaja muat turun aplikasi permainan telefon pintar WeChat Speed ini ke dalam telefon android. Nampak tak ada masalah untuk muat turun.

WeChat Speed Review anda Free Diamonds

WeChat Speed All Star Race Bersama Diana Danielle

WeChat Speed ada satu taournament. Ia satu siri perlumbaan bersama dengan selebriti tempatan dinamakan All Star Race, dan salah seorang selebriti yang ada dalam WeChat Speed All Star Race ialah Diana Danielle.
WeChat Speed All Star Race
Selebriti lain yang ada disenaraikan ialah Adam C, Andrian Chan, Elfira Loy, Dj JJ serta Yumi Wong.

Setiap selebriti ada team masing-masing, dan anda boleh join mana-mana team All Star Race ini apabila dah bersedia nak berlumba.

Mula-mula saya macam agak terkial-kial juga nak main game ni, tapi serius, ia satu game yang best dan awesome, mudah nak main, dan paling menarik ....visual dia cukup terbaiklah! Walaupun telefon android saya tidaklah begitu berkuasa, tetapi WeChat Speed tak menghampakan. Saya boleh bermain dengan audio visual terbaik.
WeChat Speed All Star Race

WeChat Speed All Star Race

WeChat Speed All Star Race
Baru je main, dah dapat macam-macam benda boleh upgrade dan tambah power. Permainan ini uji cara pengendalian kereta anda dalam WeChat Speed sambil kumpul mata dan pelbagai bonus yang disediakan. Sebelum bermula, ada tutorial yang akan bimbing anda untuk main secara asas. Tapi percayalah, WeChat Speed tak susah mana nak main, yang susah adalah bagaimana nak dapatkan gold coins dan diamond - antara perkara bernilai dalam permainan ini.

Bila ada gold coins yang banyak, bolehlah buat modifikasi pada kereta. Jika ada lagi banyak, boleh beli kereta lain, tapi kena pastikan tamat level tertentulah .. hehehe....

Yang sedikit sukar ialah cara nak dapatkan diamond. Penting supaya kereta lumba milik anda dapat tamat perlumbaan di satu-satu checkpoint dan pergi lebih jauh. Bila dapat lumba dan pergi lebih jauh, bolehlah kumpul lebih banyak mata gold coins dan bonus. Jika diamond sedikit, jadi nak berlumba dengan yang lain agak terbataslah. Jadi, macamana nak dapatkan diamond ni?
WeChat Speed Review anda Free Diamonds

WeChat Speed Diamonds Percuma (Free Diamonds)

  • 5 Diamonds akan dapat apabila kongsi keputusan perlumbaan di moment WeChat setiap hari!
  • Diamonds percuma boleh dapat bila kita ajak rakan-rakan lain bermain WeChat Speed ini. Lebih 5 rakan dapat 10 diamonds, lebih 10 rakan dapat 30 Diamonds percuma, lebih 15 rakan dapat 50 diamonds, dan jika lebih 20 rakan akan dapat 70 Diamonds.
  • Login Wechat Speed dalam 7 hari, akan dapat 50 Diamonds percuma.
Setiap hari ada event tertentu yang boleh anda target untuk dapatkan Gold Coins dan Diamonds percuma. Anda boleh lihat senarai event mengikut tarikh seperti di bawah, maaflah ehh ... saya malas nak translate, tapi mudah je kan nak faham?

Diamonds Percuma Dari Event Harian


5/19: Reach 880,000 points during 21:00-22:00 to win 20 Diamonds
5/20: Get a score ended with the number "7" (e.g. 208,897) during 21:00-22:00 to win 5000 coins
5/21: Apply Gas Tank 5 times to win 5000 coins.
5/22: Spend 100 Diamonds to get 10 Diamonds for free.
5/23: Reach 1 million points in the current day to win 20 Diamonds.
5/24: Complete 3 races to win 10,000 coins
5/25: Apply Gas Tank 3 times to win 2000 coins.
5/26: Spend 200 Diamonds to get 50 Diamonds for free.
5/27: Get a score ended with the number "7" (e.g. 208,897) during 20:00-22:00 to win 3000 coins
5/28: Reach 880,000 points during 21:00-22:00 to win 20 Diamonds
5/29: Apply Gas Tank 5 times to win 5000 coins.
5/30: Complete 3 races to win 10,000 coins
5/31: Get a score ended with the number "7" (e.g. 208,897) during 21:00-22:00 to win 5000 coins.
6/1: Apply Gas Tank 5 times to win 5000 coins.
6/2: Complete 3 races to win 10,000 coins
6/3: Spend 100 Diamonds to get 10 Diamonds for free.
6/4: Reach 880,000 points during 21:00-22:00 to win 20 Diamonds
6/5: Get a score ended with the number "8" (e.g. 208,897) during 21:00-22:00 to win 5000 coins

Diamonds Percuma Selesaikan Tugasan


CriteriaReward
Complete a race and join a team50 Diamonds
Invite friends to the race for 5 times100 Diamonds
Reach a score of 100,000100 Diamonds
CriteriaReward
Complete a race with a Class B car or above50 Diamonds
Share your score in the All-Star race once on WeChat Moments150 Diamonds
Reach a score of 180,000150 Diamonds
CriteriaReward
Reach a score of 250,000200 Diamonds
Have 10 friends joined the race300 Diamonds
Make the top 200 of your current team300 Diamonds

Namun begitu, ia untuk tempoh terhad sahaja dalam WeChat Speed All Star Race ini. Jangan bazirkan duit untuk beli Diamonds sedangkan anda boleh dapat dengan cara percuma. Hanya ikuti langkah dan tips tadi, bolehlah tambah Diamonds untuk kalahkan peserta lain.

Ok, ada tertanya, berapa skor saya dapat setakat ini?
Kira oklah tu sebab baru main je ... WeChat Speed All Star Race .... bersama Diana Danielle, uhh siapa tak mo nanti dapat online race sama-sama dengan selebriti cun ni.
WeChat Speed All Star Race Bersama Diana Danielle

Dah sedia? Boleh muat turun WeChat Speed ini di Google Play dan juga di AppStore. Hanya carian WeChat Speed .. pasti jumpa.

Jom .. cari nama saya ...kita boleh lumba sama-sama....


27 Mei 2014

Jenama Coklat di Langkawi Positif DNA Khinzir

Saya suka menarik perhatian ramai, bukan hanya coklat jenama Cadbury yang memang telah ada logo halal disahkan dalam ujian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengandungi DNA babi atau khinzir. Dan saya suka juga nak katakan kepada anda semua, bukan hanya produk makanan ada DNA babi (porcine). Malah ada produk-produk lain turut dan boleh mengandungi DNA babi ini termasuklah ubat-ubatan, alat solek, bahan-bahan pencuci malah pinggan-mangkuk serta pakaian.

Terkini, saya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa jenama dan jenis coklat di Langkawi yang dijual sebagai produk halal mengandungi DNA babi; walaupun hakikatnya produk import tersebut memang tiada tanda halal, dan diyakini juga tiada sebarang tanda pengesahan halal dari badan-badan antarabangsa yang lain.

Agak berlainan dengan kes Cadbury yang memang ada tanda pengesahan logo halal, tetapi telah dikesan mengandungi DNA Porcine.
Coklat ada DNA babi

Jenama dan jenis coklat di Langkawi positif ada DNA porcein - Amat mendukacitakan, ia dijual secara terbuka oleh syarikat yang dimiliki oleh bumiputera muslim; yang kalau difikirkan ia adalah salah dari segi etika seorang peniaga yang beragama Islam. Mungkin ini adalah satu kesilapan yang mungkin boleh diperbaiki dan diambil pedoman oleh pihak berkenaan.

Jenama Coklat di Langkawi Diuji Positif DNA Khinzir

Saya difahamkan, jenama-jenama coklat dijual di Langkawi ini telah disahkan menerusi ujian mengandungi DNA babi. Semua jenama coklat yang diuji adalah jenama import dan tidak mempunyai sebarang logo halal, daripada mana-mana badan pensijilan halal antarabangsa yang diiktiraf oleh Jakim.

Gambar dan foto jenama coklat sah ada porcine ini dikhabarkan tersebar luas menerusi media alternatif termasuklah di laman sosial Facebook.
Jenama Coklat di Langkawi Positif DNA Khinzir
Jenama Coklat di Langkawi Positif DNA Khinzir
Jenama Coklat di Langkawi Positif DNA Khinzir
Jenama Coklat di Langkawi Positif DNA Khinzir
Coklat jenama terkemuka dan diimport dari negara luar, apatah lagi dari sebuah negara yang bukan majoriti beragama Islam sepatutnya dinilai secara berhati-hati. Saya pernah ditempelak kerana menyiarkan post berkaitan sebuah jenama coklat terkenal yang digemari ramai iaitu Pepero; yang telah disahkan oleh Jakim tidak ada sebarang pengesahan halal, walaupun ada pihak yang mengatakan bahawa produk itu halal dimakan dan tidak perlu rasa ragu-ragu mengenainya.

Malah, ada insan-insan prihatin yang menganggap apa yang saya tulis cuba untuk menutup periuk nasi mereka memandangkan mereka menjual produk Pepero keluaran syarikat Lotte dari Korea. Bagi mengelakkan kekeliruan, saya telah membuat satu post susulan di sini - Lotte Pepero Guna Sumber Tumbuhan - Halal Korea

Saya tidak menyangkal, logo halal adalah sekadar logo untuk pengesahan. Mungkin benar, bahan-bahannya adalah halal, tidak semestinya produk import yang tiada logo halal itu tidak boleh dimakan;  tetapi bagaimanakah nak dibuktikan ia bebas daripada bahan tidak halal sepertimana yang diketengahkan dalam kes Cadbury yang sedang hangat diperkatakan?

Terfikir saya, dan anda patut juga memikirkannya.

Kredit Foto: Melvister.com 


Cara Letak Widget Lagu Dalam Blog

Sekadar nak bantu blogger-blogger remaja yang teringin nak letakkan lagu dalam blog. Widget lagu dalam blog, anda boleh gunakan pemain muzik dari SCM Music Player. In Sha Allah, menerusi blog post ini saya akan beritahu langkah-langkah perlu untuk meletakkan lagu menggunakan SCM Music Player dalam blog anda terutam blog dalam platform blogspot.

Widget lagu dalam blog memang menjadi antara widget kegemaran ramai blogger-blogger remaja, terutama yang baru nak ada blog sendiri. Saya pasti ramai juga blogger lama yang dulunya pernah memasukkan widget lagu dalam blog masing-masing. Tapi kemudiannya buang atas sebab-sebab tertentu. Yang ini saya akan ceritakan di akhir entri, in Sha Allah.

Cara Meletakkan Widget Lagu Dalam Blog


Anda boleh letakkan widget ini dengan sangat mudah dalam blog. Tidak perlu sebarang pendaftaran. Dan ianya adalah percuma. Tiada had meletakkan berapa banyak lagu yang anda suka, terpulang kepada anda. Tetapi percayalah, jika anda letak banyak sekalipun, yang akan dengar sampai habis hanyalah diri anda sendiri sahaja .. hehehe..

Cara Letak Lagu Dalam Blogspot

Ok, pertama sekali anda perlu ke laman web SCM Music Player (klik). Kemudian, lihat gambarajah yang ditunjukkan di bawah ini, dan ikuti langkah-langkah yang diberikan.
Paparan di atas akan anda nampak selepas anda ke laman web SCM Music Player. Pilih 'kulit' yang anda mahukan untuk pemain muzik anda. Saya cadangkan anda menggunakan warna yang senada dengan warna blog atau pilihan yang lebih baik ialah samada hitam atau putih. Hanya klik pada butang pilihan yang ada di hujung (butang bulat).
Selepas memilih, klik tab edit playlist dan paparan di atas akan keluar. Masukkan lagu yang anda mahu mainkan di dalam blog. Cara mudah untuk masukkan lagu adalah menerusi pautan lagu tersebut yang ada di YouTube. Boleh lihat contoh di atas di mana saya masukkan dua pautan lagu dari video lagu berkenaan di YouTube.
Apabila selesai, klik tab ketiga iaitu Configure Setting. Saya nasihatkan anda untuk membiarkan setting yang ada. Cuma mungkin, mahu kelainan, boleh ubah bahagian Appearence. Apabila selesai, anda klik butang di bahagian bawah - Done, dan akan di bawa ke paparan seperti di bawah ini.
Ada kod HTML telah tersedia untuk anda letakkan di dalam blog anda. Malah, sudah diberikan arahan di mana anda patut letakkan kod HTML yang diberikan ke dalam blogspot. Untuk langkah seterusnya, anda perlu salin (copy ctrl-c) kod HTML tersebut dan buka edit HTML blogspot.

Masukkan kod HTML daripada SCM Music Player ke dalam kod HTML blogspot anda seperti ditunjukkan di bawah ini. Tekan ctrl-v untuk paste kod tadi.
Dah siap. Simpan dan cuba lihat hasilnya.

Kekurangan Widget Lagu SCM Player

Awas, saya ada satu ingatan untuk mereka yang mahu letakkan widget ini ke dalam blogspot. Bukan semua blogspot atau template blog boleh menggunakan widget ini. Ada blog yang menggunakan widget ini apabila diletakkan ia akan dibawa ke satu laman web lain, seperti yang pernah saya ceritakan di entri ini - Masalah Blog Papar SCM Music Player

Widget ini juga akan membuatkan loading blog anda jadi sedikit lambat memandangkan ia perlu 'tarik' lagu-lagu yang telah anda masukkan ke dalam senarai lagu. Lagi banyak lagu ada dalam senarai lagu, maka semakin beratlah blog anda, dan kadangkala ia akan berkedip sesekali.

Jangan sesekali anda letakkan autoplay. Ia agak tidak menggembirakan sesetengah pengunjung blog anda.

Widget ini juga antara widget yang sangat mudah dipengaruhi atau dihinggapi virus dan malware. Jadi penggunaannya tidak digalakkan. Sekali kena efeksi virus internet atau malware, akan efek pada semua terutama kepada bloglist yang ada.

Semoga paparan tatacara letak widget lagu dalam blog ini boleh dimanfaatkan sebaiknya.

Ada kebaikan juga. Cuma kena fikir dan olah sendiri. :)

Selamat mencuba.


9 Negara Tanpa Cukai Pendapatan (Income Tax)

Fakta hangat ni, ketahui bahawa ada sembilan (9) negara di dunia yang tiada cukai pendapatan atau income tax. Benarkah? Dan mengapa negara-negara tersebut boleh tiada cukai pendapatan? Ok, mari baca blog post saya ini sebagai satu perkongsian pengetahuan am yang mungkin perlu anda tahu, almaklumlah ramai antara kita adalah pembayar cukai negara.

Terdapat 9 negara tanpa cukai pendapatan yang telah disenaraikan oleh CompareHero.my. Negara-negara tersebut sememangnya negara-negara kaya, jadi pemeritahan negara tersebut tidak memerlukan rakyatnya untuk keluar duit dan berikan kepada kerajaan sebagai salah satu punca pendapatan.
9 Negara Tanpa Cukai Pendapatan (Income Tax)
Gambar hiasan. Kredit Foto: mybiebie
Saya suka nak buat blog post ini memandangkan isu cukai hangat diperkatakan sekarang. Cuma saya lari sikit daripada tajuk perbincangan hangat isu tersebut, lebih kepada fakta hangat mengenai sistem cukai negara lain yang tidak mengenakan cukai pendapatan sepertimana Malaysia yang secara amnya memperoleh pendapatan hasil dari cukai, dan income tax antara sumber utama kewangan negara.

9 Negara di Dunia Tanpa Cukai Pendapatan (Income Tax)

Emiriyah Arab Bersatu (UAE)

UAE mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi iaitu pada $49,000 dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak $360 bilion. Walaupun tiada income tax untuk jana pendapatan negara, UAE mengenakan cukai kepada syarikat-syarikat minyak sehingga 55% dalam cukai korporat. Selain daripada itu, mereka mengenakan 30-50% cukai ke atas alkohol. Terdapat juga cukai tidak langsung lain, seperti bayaran perumahan, cukai perbandaran, tol jalan raya, dan caj perkhidmatan
Kuwait - 9 Negara Tanpa Cukai Pendapatan (Income Tax)

Kuwait

Negara yang pernah dijajah oleh Iraq ini mempunyai rizab minyak keenam terbesar di dunia, yang mewakili 75% daripada hasil kerajaan, menjadikan KDNK negara ini $173 bilion. Selain daripada petroleum dan gas asli, Kuwait mempunyai industri yang berkaitan dengan perkapalan, pembinaan, simen, dan penyahgaraman air. Seperti negara-negara Timur Tengah yang lain, cukai korporat adalah satu lagi cara untuk mendapat pendapatan di Kuwait; pendapatan syarikat-syarikat asing dikenakan cukai pada 15%. Pekerja dengan kewarganegaraan Kuwait juga menyumbang 7.5% daripada pendapatan mereka bagi liabiliti keselamatan sosial, dan majikan menyumbang 11%; lebih kurang seperti KWSP.

Kepulauan Bahamas

Sebuah negara di Caribbean, ia bergantung kepada pembiayaan luar pesisir dan pelancongan sebagai industri utama ekonomi. 36% daripada $11.4 bilion KDNK negara ini adalah daripada perkhidmatan kewangan, dan lebih daripada 60% daripada industri pelancongan. Selain daripada tiada cukai pendapatan, Bahamas juga tidak kenakan sebarang cukai korporat, mahupun cukai nilai tambah dan cukai keuntungan modal. Cukai gaji, bagaimanapun, yang dikenakan pada 3.9% dibayar oleh pekerja dan 5.9% yang dibayar oleh majikan.

Bahrain

Sebuah lagi negara kaya di Timur Tengah, Bahrain bergantung kepada petroleum dari medan minyak yang dikongsinya bersama dengan Arab Saudi. Sumber utama pendapatan negara merangkumi 70% daripada hasil bajet negara, 60% daripada eksport, dan 11% daripada KDNK. Eksport kedua terbesar selepas minyak adalah aluminium, diikuti oleh kewangan dan pembinaan. Negara ini mengalami krisis ekonomi pada tahun 2011, tetapi pulih dengan perkembangan industri pelancongan yang meningkat pada tahun 2012. Pekerja menyumbang 6% daripada pendapatan bulanan mereka kepada keselamatan sosial, manakala majikan meliputi 9%.

Kepulauan Cayman

Salah satu negara kecil yang merupakan Wilayah Luar kepunyaan British. Kepulauan Cayman adalah kumpulan tiga pulau di Caribbean. Sumber-sumber utama pendapatan negara ini adalah cukai tidak langsung. Negara ini mengenakan cukai sehingga 22% bagi duti import. Memandangkan negara ini adalah sebuah negara bebas cukai, ia menjadi pusat kewangan luar pesisir yang berkembang maju dengan lebih 93,000 syarikat yang berdaftar pada tahun 2008 termasuk 300 bank, 800 syarikat insurans, dan 10,000 dana bersama. Mata wang tempatan, Dolar Cayman Island (KYD), ditambat selepas Dolar Amerika Syarikat (USD) pada kadar yang tetap iaitu 1KYD kepada 1.2 USD.  Pada tahun 2008, 70% KDNK negara ini disumbangkan menerusi sektor pelancongan iaitu dengan nilai $3.28 bilion.

Qatar

Sebuah negara Timur Tengah yang mempunyai KDNK sebanyak $183 bilion, menurut Forbes.com, lebih daripada 50% hasil eksport minyak dan gas dijadikan sumber pendapatan. Pada tahun 2013, Majalah Global Finance menamakan Qatar negara paling kaya di dunia, berdasarkan KDNK dari Pariti Kuasa Beli (Purchasing Power Parity). Kerajaan tempatan di sini juga tidak mengenakan apa-apa cukai jalan, cukai kereta, cukai majlis atau cukai nilai tambah (VAT). Entiti perniagaan dicukai pada kadar rata 10% cukai korporat, bagaimanapun, dan ada cukai kerajaan sebanyak 7% di hotel-hotel dan restoran. Kos sara hidup di Qatar, bagaimanapun, adalah sangat tinggi.

Bermuda

Sebuah lagi negara milik British di luar negara, ekonomi negara pulau ini dijana dari insurans luar pesisir dan insurans semula, serta sektor pelancongan. KDNK per kapita adalah hampir 70% lebih tinggi daripada Amerika Syarikat, pada $86,000 pada tahun 2011. Sebagai ganti sistem cukai pendapatan, Bermuda mempunyai cukai penggunaan (VAT, caj perkhidmatan, dan sebagainya), cukai gaji, cukai hartanah, dan duti import yang tinggi. Oleh kerana itu, Bermuda adalah dianggap sebagai antara senarai negara-negara dengan kos hidup yang tinggi di dunia.

Oman

Sama seperti jiran Timur Tengah yang, Oman tidak mempunyai cukai pendapatan. Negara ini juga bergantung kepada hasil minyak, yang mencakupi hampir 70% daripada jumlah pendapatan negara. Seperti negara-negara Timur Tengah yang lain, Oman mengenakan cukai korporat sebanyak 12% bagi perniagaan tempatan dan sehingga 30% bagi perniagaan asing dan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh negara-negara bukan GCC. KDNK negara ini adalah $95 bilion, dan sedang menghadapi masalah kekurangan rizab minyak semula jadi. Oleh kerana masalah ini, kadar pengangguran di Oman telah meningkat kepada 15%, dan menyebabkan kebanyakkan rakyatnya tidak puas hati kepada pemerintahan yang ada.
Oman - 9 Negara Tanpa Cukai Pendapatan (Income Tax)

Brunei Darussalam

Satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak mengenakan cukai pendapatan terhadap rakyatnya.  Terletak di Borneo dan dahulunya naungan British, industri Brunei terutamanya bergantung pada petroleum, gas asli, pembinaan, dan pertanian. KDNK negara pada $ 22.25 bilion, terdiri kebanyakannya daripada eksport petroleum dan gas. Walaupun tidak ada apa-apa cukai pendapatan, rakyat Brunei dikehendaki membayar dana keselamatan sosial amanah sebanyak 5% daripada gaji mereka, dan tambahan 3.5% yang dimasukkan ke dana pencen mereka. Terdapat juga 12% cukai hartanah di ibu negara, Bandar Seri Begawan, dan cukai korporat sebanyak 20% bagi syarikat tempatan dan bukan tempatan.

Daripada senarai yang telah dinyatakan di atas, anda boleh lihat sendiri bahawa kebanyakkan negara-negara yang tidak mengenakan cukai pendapatan adalah negara-negara kaya dengan minyak dan juga bergantung kepada cukai lain yang lebih tinggi.

Malah, kebanyakkan negara-negara ini terutamanya negara di Timur Tengah mempunyai kos sara hidup yang jauh lebih tinggi dari mana-mana negara di dunia. Maka, tidak hairanlah ada rakyatnya yang hidup serba kekurangan, dan melakukan lebih daripada satu kerja.

Sumber: www.comparehero.my



26 Mei 2014

Takrif Halal Mengikut Undang-undang Malaysia

Perkataan atau kalimah Halal, bukan lagi satu perkataan taboo, tetapi telah digunapakai dengan meluas di Malaysia, tanpa mengira agama dan budaya. Malah, dalam budaya dan agama selain Islam sendiri ada wujudnya perkataan ini sekarang (dulu tidak). Dan sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan halal adalah terkandung di dalam undang-undang Malaysia. Seandaianya ia tidak menepati takrifan itu, ia dianggap tidak halal bagi umat Islam di Malaysia. 

Apa maksud halal? Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal Mengikut Undang-undang Malaysia

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Sumber: Halal Jakim

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku

Jika Telinga Kanan Berdesing

  • Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar buruk
  • Jam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orang
  • Jam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lain
  • Jam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga
  • Jam 10:00 - 11:00 pagi - ada penghalang dalam merencanakan perjalanan. sebaiknya ditunda atau dibatalkan dahulu
  • Jam 11:00 - 12:00 tengahhari - bermakna akan ada khabar yang kurang enak yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu terdekat
  • Jam 12:00 - 01:00 petang - akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita lama
  • Jam 01:00 - 02:00 petang - akan ada undangan makan-makan
  • Jam 02:00 - 03:00 petang - akan ada sesuatu yang membahayakan anda dalam waktu dekat
  • Jam 03:00 - 04:00 petang - ada berita daripada keluarga samada menggembirakan atau menyedihkan
  • Jam 04:00 - 05:00 petang - akan ada perjalanan jauh yang akan dilakukan dalam waktu terdekat
  • Jam 05:00 - 06:00 petang - bermakna anda sedang menjadi percakapan orang
  • Jam 06:00 - 07:00 petang - ada sesuatu yang berharga pergi meninggalkan anda
  • Jam 07:00 - 08:00 malam - akan mendapat berita buruk dari kalangan keluarga sendiri
  • Jam 08:00 - 09:00 malam - bermaksud akan mendapat untung yang besar
  • Jam 09:00 - 10:00 malam - bermakna akan ada yang mengancam anda
  • Jam 10:00 - 11:00 malam - ertinya ada berita yang baik
  • Jam 11:00 - 12:00 tgh malam - beri maksud akan ada seseorang yang jatuh cinta pada anda

Jika Telinga Kiri Berdesing

  • Jam 06:00 - 07:00 pagi - ada tetamu yang menguntungkan anda dalam waktu terdekat
  • Jam 07:00 - 08:00 pagi - akan melakukan perjalanan jauh dalam waktu terdekat 
  • Jam 08:00 - 09:00 pagi - tanda kedatangan keluarga terdekat 
  • Jam 10:00 - 11:00 pagi - selamat dalam perjalanan akan datang 
  • Jam 11:00 - 12:00 tghari - kedatangan keluarga dari seberang lautan 
  • Jam 12:00 - 01:00 petang - didatangi penyakit dalam waktu terdekat 
  • Jam 02:00 - 03:00 petang - bermakna akan kedatangan tetamu 
  • Jam 03:00 - 04:00 petang - bermakna akan berpergian jauh baik untuk urusan perniagaan atau urusan pekerjaan
  • Jam 05:00 - 06:00 petang - bakal mendapat keuntungan besar dalam waktu terdekat bagi usaha perdagangan yang dirintis dan dalam waktu terdekat akan naik pangkat dalam pekerjaan. 
  • Jam 07:00 - 08:00 malam - terima pengakuan cinta daripada seseorang dalam waktu terdekat.
  • Jam 9:00 - 10:00 malam - bermakna akan menerima undangan perkahwinan daripada teman rapat
  • Jam 10:00 - 11:00 malam - bermakna akan didatangi pencuri 
  • Jam 11:00 - 12:00 tgh malam - bermakna akan menghadapi penghalang dalam menguruskan perkara yang sedang dihadapi
Ini adalah sekadar cakap-cakap orang tua lama, petua ini saya ambil dari buku lama .... kulit pun dah tak ada dah. Petua orang lama-lama kadangkala pelik jugak, tapi saya fikirkan apa yang berlaku mungkin sekadar kebetulan, tetapi dijadikan rujukan terkemudian.
[Ads] Peluang Jana Pendapatan dalam USD Menerusi Dropship dan Affiliate AliExpress Daftar sekarang!

Seperti saya cakap awal-awal tadi, ia mungkin satu tanda penyakit pada diri. Maka, andai kekerapan telinga berdesing seringkali berlaku, dinasihatkan supaya jumpa doktor....

Apa yang saya kongsikan ini sekadar pengetahuan am je, mana tahu kot-kot ada orang tua yang tetiba dok rancang sesuatu lepas kita beritahu telinga kanan dok berdesing jam 1 petang ... hehehe...


Hanya Padamu Ainan Tasneem Anak Sukakannya

Lagu dan lirik lagu Hanya Padamu oleh Ainan Tasneem menjadi kesukaan anak-anak saya. Masuk sahaja dalam kereta, akan capai CD Ainan Tasneem .... dan ketiga-tiga beradik akan nyanyikan lagu ini. Gamaknya apa yang menarik mengenai lagu ini ye? Saya pun jadi tertarik ...

Dengar melodi sahaja belum cukup menarik untuk saya, kena lihat juga pada liriknya. Saya mahu anak-anak saya suka nyanyi tapi biarlah yang ada lirik bagus. Dan nampaknya lirik lagu Hanya Padamu oleh Ainan Tasneem ini ... memang boleh dianggap terbaiklah.

Hanya Padamu Ainan Tasneem Anak Sukakannya

Lagu dan Lirik Hanya Padamu - Ainan Tasneem

Ku ingin selalu dekat padaMu
Oh cinta hatiku
Kau memberikanku semangat baru
Cerianya duniaku
Hanya padaMu ku serahkan segala hidup matiku

[Chorus]
Hasbi robbi jallallah
Ma fi qalbi ghoirullah
Nur muhammad sollallah
La ilaha illallah


Ku ingin selalu dekat padaMu
Oh cinta hatiku
Kau memberikanku semangat baru
Cerianya hidupku
Hanya padaMu ku serahkan segala hidup matiku


[Ulang Chorus 2X]

Sesungguhnya ibadahku
Sesungguhnya hidupku
Sesungguhnya matiku
Hanyalah untukMu
Ya Allah


Sesungguhnya ibadahku
Sesungguhnya hidupku
Sesungguhnya matiku
Hanyalah untukMu


Ulang Chorus 2X

Video Muzik HD Hanya Padamu Ainan Tasneem




10 Perkara Perlu Tahu Bila Blog Bertukar Domain Sendiri

Apakah yang akan berlaku kepada blog jika domain percuma menjadi domain berbayar? Dalam blog post ini, saya akan ceritakan pengalaman lampau saya mengenai perkara ini. Saya fikir masih ramai blogger yang tidak tahu akan impak yang bakal mereka tempuhi bila dengan sendirinya mengambil langkah untuk bertukar dari nama domain ada blogspot menjadi kepada domain sendiri samada dot com atau dot my.

Tahukah anda apabila anda guna nama domain baru, seperti yang berlaku kepada blog ini dari blogspot.com menjadi hanya hasrulhassan.com sahaja, anda bakal kehilangan beberapa benda yang pada fikiran saya amat penting. Apalagi kalau anda menggunakan hosting sendiri .... ia ibarat melahirkan sebuah blog baru. Apa yang dikecapi oleh blog lama dengan domain dan hosting lama bakal hilang!
10 Perkara Perlu Tahu Bila Blog Bertukar Domain Sendiri

Tak tahu apa itu tukar ke nama domain berbayar?

Contoh dari hasrulhassan.blogspot.com menjadi hasrulhassan.com atau hasrulhassan.my

Harga untuk dapatkan domain berbayar adalah dalam purata RM30-50 setahun, bergantung dengan jenis nama domain.

10 Perkara Perlu Tahu Bila Blog Bertukar Domain Sendiri

Saya nak kongsikan info ini sebab ianya berlaku apabila saya bertukar nama domain blog ini. Apakah yang saya kehilangan bila menapak selangkah ke depan dengan menggunakan nama domain sendiri?
  1. Trafik ke blog anda akan jatuh dan bounce rate blog anda akan jadi tinggi. Ini adalah kerana enjin carian, robot-robot carian yang crawl blog dan entri tak menjumpai alamat url blog anda yang baru.
  2. Biarpun blog anda tersenarai di banyak bloglist blogger lain, ia tidak lagi tampak menyerlah, kerana blog anda ibarat tidak 'wujud' di situ - ini adalah kerana url anda telah bertukar, rss blog jadi tunggang-langgang.
  3. Ramai orang tak leh nak akses blog anda sebaik sahaja menggunakan nama domain baru walaupun anda telah melakuan redirect dari blog lama ke blog baru (dengan nama domain sendiri).
  4. Blog anda akan dianggap satu ancaman berbahaya, dan disifatkan sebagai pembawa virus oleh beberapa antivirus serta firewall komputer.
  5. Entri di blog anda jadi tunggang langgang kerana perubahan nama domain.
  6. Anda sendiri tak dapat nak login ke blog anda disebabkan beberapa masalah teknikal.
  7. Domain baru akan mengambil masa lebih dari 24 jam untuk kembali pulih dalam alam maya untuk boleh diakses oleh orang lain terutama pembaca.
  8. Pembaca blog anda akan berkurangan secara tiba-tiba kerana menyangkakan blog anda telah tiada (alamat url tak sama).
  9. Ranking trafik blog anda akan hilang, ibarat direset semula.
  10. Semua statistik mengenai blog lama akan hilang disebabkan ia tidak lagi ujud. Dan blog baru anda ini pula akan menjadi seperti blog baru lahir yang memerlukan banyak kerja untuk diperkenalkan di dunia maya.
Untuk info, apa yang disenaraikan di atas adalah disebabkan kelemahan saya dalam dunia blogging. Saya bukan hebat sangat pun, jadi adakala melakukan salah dan silap sehingga mengundang keburukan pada blog.

Sebenarnya hampir semua perkara di atas boleh dielakkan dengan baik jika kita tahu ilmu blogging yang betul.

Jangan gentar pula nak menapak lebih dalam dunia blog dengan tukar nama domain sendiri, ini adalah kerana perkara-perkara di atas hanya bersifat sementara dan akan kembali pulih seperti sediakala.



20 Kata Hikmah dan Nasihat Pilihan

Kata-kata hikmah boleh menjadi antara satu daripada kaedah memotivasikan diri kita. Terdapat banyak himpunan kata-kata hikmah yang sebenarnya boleh dijadikan pembakar semangat diri kita di saat sedang dilanda resah dan kekecewaan. In Sha Allah, saya ingin berkongsi beberapa kata hikmah terbaik untuk semua pembaca blog ini, sebagai pemangkin diri menjadi lebih baik dari semalam dan persiap diri untuk lebih baik bagi hari esok.
20 Kata Hikmah dan Nasihat Pilihan

20 Kata Hikmah dan Nasihat Pilihan

  1. Tapak kaki kita kalau dah keras,pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya sudah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut,terpijak duri sikit sahaja sudah berdarah. Demikianlah juga hati,kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa.
  2. Andai iman lemah, diberikan ujian seringan kapas pun akan terasa berat. Tetapi ketahuilah, Tuhan takkan menguji hambaNya andai dia tidak mampu menghadapinya.
  3. Alangkan saiz kasut dan saiz baju pun berbeza-beza, inikan pula ujian dari Tuhan.
  4. Merantau dan bepergianlah. Akan ada lima keutamaan untukmu; melipur duka dan memulai penghidupan baru, memperkaya budi, pergaulan yang terpuji, serta meluaskan ilmu.
  5. Bukan mekap, beg tangan, baju seluar, kasut tumit, yang membuatkan kita cantik di mata Tuhan. Tetapi menjadi mukminah lagi solehah.
  6. Mengejar manusia kita akan lelah. Kejar Tuhan in sha Allah kita takkan rebah.
  7. Bukan mudah nak sayang seseorang kerana Allah.Tapi lagi payah nak membenci orang kerana Allah.
  8. Dan ketika aku menjauhiMu, Kau tidak berkurang apa-apa walau sezarah, dan bila Kau mula menjauhiku walau sekali kelip mata, aku kosong tak bermakna.
  9. Untuk mengajar orang tentang ketinggian Allah dan Islam, kita mesti terlebih dahulu merendahkan hati sendiri.
  10. Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri.
  11. Allah itu lebih dari cukup. Lebih dari segala-galanya. Kau ada Allah, kau ada semuanya.
  12. Yang cantik belum tentu setia. Yang setia sudah pasti cantik. Bila ia tidak cantik di matamu. Setidaknya ia cantik, di mata Tuhan...
  13. Kalau sayang, hargai. Kalau benci, maafkan. Kalau diterima, manfaatkan. Kalau dikhianati, doakan.
  14. Tak semua mereka yang peduli itu, mampu mengungkapkan rasa prihatin mereka dengan kata-kata.
  15. Belajar untuk bezakan, menasihati ataukah menghakimi? Kerana yang kau nasihati itu manusia yang (masih) punya hati.
  16. Elakkan terlebih berduka, bila berduka syaitan suka, sebab saat itu hati kita terluka, mudah syaitan hasut ke jalan murka, lalu mengheret kita ke neraka.
  17. Kadangkala hati itu perlu kosong sebelum dapat diisi dengan rahmat Allah. Berbahagialah kepada mereka yang hati terasa kosong, kerana Allah sedang membersihkan hatimu.
  18. Hidup dalam fitnah akhir zaman, jalan ke neraka 'lebih lurus' berbanding jalan ke syurga.
  19. Istighfar akan mengembirakan hatimu.
  20. Sesungguhnya iman dalam dada seorang itu lusuh sebagaimana lusuhnya pakaian.
Kata-kata dan ungkapan yang saya terbitkan ini saya cedok dan cari dari pelbagai sumber, samada dari buku, majalah, internet dan juga dari Facebook.

Kata hikmah dan nasihat pilihan untuk semua serapkan dalam diri menjadi lebih baik. Sesiapa pun akan tiba waktu memerlukan kata-kata semangat dan nasihat pilihan terbaik kata hikmah supaya hati jadi kuat dan lebih tenteram.

Dapatkan lagi kata-kata indah hikmah di sini - https://www.facebook.com/1001.Ayat.Indah

Kongsikan jika perlu.


Bio Energy Sticker Jimat Minyak Petrol

Bio Energy Sticker - Cara jimat minyak petrol cara mudah dan murah! Bolehkah? Satu revolusi dalam cara untuk pengguna menjimatkan penggunaan minyak petrol kenderaan masing-masing mungkin. Ini pertama kali saya mengetahui bahawa terdapat satu jenis sticker dinamakan Bio Energy Sticker yang dipercayai boleh membantu dalam penjimatan penggunaan minyak.

Bio Energy Sticker? Mungkin dah ada pembaca blog ini yang tahu akan kewujudan sticker ajaib yang boleh membantu mengurangkan kos petrol kenderaan ini. Dan mungkin ramai pun dah menggunakannya. Saya? Belum lagi .. hehehe....

Bagaimana rupa sticker yang dikatakan boleh jimat petrol ini?

Tips Jimat Minyak Petrol Menggunakan Sticker Bio Energy

Sticker Bio Energy untuk Tips Penjimat Petrol
Sticker Bio Energy untuk Tips Penjimat Petrol
Nampak seperti sekeping kad biasa je kan? Tapi sebenarnya ia bukan kad biasa. Ia adalah satu kad sticker yang boleh anda tampal di bahagian tempat pengisian petrol kenderaan anda supaya ia boleh memberikan impak untuk mengurangkan penggunaan bahan api petrol dalam kenderaan.

Bagaimana benda ni boleh jimat minyak? Saya pun tak pasti, tapi kalau rasa-rasa nak penerangan, boleh jenguk entri ini - http://goo.gl/z644QY

Yang nak saya tunjukkan kepada anda semua ialah testimoni mereka yang menggunakan Bio Energy Sticker ini. Bukan saya main reka ehh, ini adalah testimonial saya rembat daripada si penjual .. harap dia izinkan saya buat benda ni .. hahaha...

Testimonial - Penjimat Minyak Petrol Guna Bio Energy Sticker
Ok. Dah baca? Nampak menyakinkan tak? Jika tak .. ok cuba baca testimonial lain lak? Saya pun dok ragu-ragu gak ni .. hmmm ...meh tengok dan baca lagi testimonial pengguna sticker penjimat minyak ini.
Testimonial - Penjimat Minyak Petrol Guna Bio Energy Sticker
Wallaweihh .. nampaknya sticker penjimat minyak ... Bio Energy Sticker ini memang ada bukti ia berkesanlah. Jadi bagaimana? Mungkin tips penjimat petrol guna sticker ini benar-benar boleh bantu ramai yang dok gusar pasal peningkatan harga minyak atau petrol.

Bagaimana nak gunakan sticker penjimat minyak ini ehh?
Penjimat Minyak Petrol Guna Bio Energy Sticker
Senang je rupanya. Hanya lekat di bahagian tempat pengisian minyak petrol kenderaan. Hmm .. kira okla kan, tidaklah rumit. Lagipun nama pun sticker .. jadi kena lekatlah.

Kepada yang mungkin berminat nak tahu lebih ataupun mahu mendapatkan produk ini, bolehlah hubungi seperti apa yang saya tampilkan di bawah ini. Dapatkan penerangan sejelas-jelasnya sebelum anda membeli, supaya anda yakin bahawa apa yang anda beli akan beri keuntungan jangkapanjang buat anda.

Siapa yang mahu menjimatkan petrol kenderaan, bolehlah mencuba tips penjimat petrol guna Bio Energy Sticker ini.

Bio Energy Sticker (Sticker Penjimat Minyak)

Harga: RM35/Sekeping

Hubungi
Amirul Shahnaz
0133191140 (SMS/Whatsapp)
fb.com/amirulsyahnaz

25 Mei 2014

2 Tips Dapat Trafik Blog Menerusi Twitter

Tips mendapatkan trafik blog menerusi Twitter. Saya tahu ramai blogger yang mahukan trafik blog mencanak-canak naik. Tapi sukacita nak beritahu, trafik mencanak-canak ni tak berapa bagus sebenarnya. Yang lebih baik ialah konsisten. Bagaimana nak konsistenkan trafik blog? Salah satu cara ramai blogger trafik tinggi buat ialah menerusi twitter.

Ada yang beritahu saya, seorang blogger kena ada akaun twitter yang ramai follower. Heh ... haiyo, jangan takutlah dengan nombor. Jangan cepat sangat putus asa dengan nombor ni. Ia ciptaan manusia je pun... hehehe... ok, itu ayat memujuk. Tapi benarlah, jika ada akaun Twitter yang ramai pengikut, itu merupakan satu kelebihan. Tapi, tak bermakna pemilik akaun Twitter yang hanya ada 10 orang pengikut tak boleh nak jemput trafik ke blognya.
2 Tips Dapat Trafik Blog Menerusi Twitter

Saya seorang pengguna Twitter yang kurang pengikut. Tapi saya tidak sedikitpun menidakkan kemampuan Twitter untuk memberikan trafik blog saya. Jika kena cara dan teknik, in Sha Allah, akaun Twitter yang ada 10 orang pengikut boleh berikan sesuatu yang mungkin tak terfikir pun oleh anda.

2 Tips Dapat Trafik Blog Menerusi Twitter

Saya nak kongsikan 2 tips cepat dan mudah untuk meningkatkan trafik blog menerusi akaun Twitter. Boleh mencuba kalau mahu. Tak cuba pun tak mengapa, saya tak rugi apa-apa.

Tweet entri blog anda dengan disertai nama twitter di hujung Tweet. Contohnya:
Mengapa guna teknik ini?

Ia akan memberikan dua kemungkinan. Satu trafik akan masuk menerusi link atau pautan yang dikongsikan. Dan satu lagi menerusi nama twitter di hujung tweet, nampak tak saya punya tu .. siap hasrulhassan.com.

Tips kedua ialah dengan mention pemilik akaun twitter yang memang ramai follower. Saya fikir tak perlu kot nak cerita lebih. Saya pasti ramai boleh fikir sendiri bagaimana caranya.

Erkk .... nak juga tunjuk contoh? Ok, saya berikan satu.



Namun, harus saya betulkan persepsi anda. Ia bukan cara nak berikan trafik mencanak-canak ehhh .. tapi nak berikan trafik yang konsisten. Bermaksud, akan ada sentiasa ada trafik ke blog anda walaupun ia tidak tinggi mana.

Teknik ini terbaik dilakukan bila dirasakan trafik blog nampak slow atau hampir tiada dalam satu jangkamasa tertentu. Anda boleh gunakan untuk tweet entri-entri lama yang ada kaitan dengan situasi semasa.

Satu lagi tips percuma untuk dapatkan trafik dari Twitter.

Gunakan hashtag. Dan gunakan ia sebaik mungkin terutama untuk 'musim-musim' tertentu. Contohnya sekarang, ada kempen VMY2014. Gunakan hashtag berkaitan pelancongan, #VMY2014, #VisitMalaysia untuk entri-entri yang ada Tweet dari blog.

Cubalah.



Tips Menulis Entri Mendatangkan Income

Tips menulis entri yang boleh mendatangkan income. Ada yang tanya bab nie, almaklumlah semakin ramai yang sedar bahawa buat blog memang boleh buat duit. Tapi, bukan semua jenis penulisan kita itu harus dan perlu memberikan output duit semata. Anda harus tahu, bahawa dalam menjemput rezeki terutama menerusi blog, anda seharusnya memberikan sesuatu dulu ... mungkin boleh dianggap sebagai satu sedekah jariah.

Cara Buat Duit Dengan Blog

Ramai blogger Malaysia terutama blogger baru beria-ria memikirkan cara nak buat duit dengan blog, sampai ada satu tahap, mereka melakukan sesuatu yang melanggar peraturan serta terma. Malah, banyak yang melakukan dengan cara yang kurang telus dan ada yang memaksa.

Saya bukanlah nak jadi guru hebat atau sifu yang melarang si anak didik untuk jangan buat itu dan ini. Cuma saya mahu anda gunakan akal dan fikiran dalam melakukan sesuatu. Fikir samada tindakan dan cara itu boleh atau tidak boleh. Adakah ia akan beri kesan kepada kredibiliti anda sebagai seorang penulis blog dan sebagainya. Adakah ia dibolehkan?
Tips Menulis Entri Mendatangkan Income

Untuk menulis entri yang mendatangkan income, anda perlu tahu teknik bagi mengumpan pengunjung untuk baca entri tersebut. Jika tiada pembaca, agak sukarlah nak jana income. Dan paling mustahak sekali, ialah untuk memberikan tindak-balas kepada setiap entri yang anda tulis.

Anda boleh tulis satu entri panjang berjela mempromosikan sesuatu, tetapi andai tiada siapa yang klik kepada 'pautan rezeki' dalam entri tersebut, saya boleh katakan anda gagal.

Ciri penting sebuah entri yang mendatangkan income adalah mempunyai pautan ke sesuatu yang anda promosikan. Kalau tidak, mana nak datangnya income tersebut.

3 Tips Menulis Entri yang Mendatangkan Income

Ada beberapa cara untuk menulis entri mendatangkan income.
  1. Menerusi pautan affiliate. Ada dua cara income dijana menerusi affiliate. Satu menerusi PPL dan kedua menerusi PPS. Iaitu anda akan terima income kerana orang daftar secara percuma, dan kedua anda terima komisen jika orang beli produk yang anda promosikan menerusi entri.
  2. Menerusi advertorial. Yang ini bukan semua blog boleh melakukannya. Hanya blog-blog yang ada kekuatan tersendiri sahaja boleh menawarkan dan menerima tawaran untuk penulisan entri berbentuk advertorial. Anda tulis atau buat review mengenai sesuatu servis atau produk, dan tuan punya servis atau produk akan bayar apa yang anda tulis. 
  3. Menulis produk yang anda guna dan jual. Yang ini banyak diguna pakai untuk blogshop. Anda tulis sesuatu produk yang anda gunakan dan anda jual produk tersebut. Penulis blog personal pun boleh juga buat income dengan teknik ini, tanpa jejaskan niche blog. Anda ceritakan pengalaman anda guna satu-satu produk, atau ceritakan mengenai servis yang anda ada tawarkan. Contohnya, anda buat design kad bisnes, anda tulis satu entri anda buat design untuk seseorang pelanggan, dan ada gambar .. nampak cantik, di akhir entri, anda tulis bahawa anda menyediakan servis ini. Nah ... income dari blog!
Itu antara 3 cara yang boleh saya kongsikan kepada anda. Mungkin ada cara lain, itu terpulang pada kreativiti masing-masing untuk menulis entri yang mendatangkan income.

Dalam menulis entri yang boleh mendatangkan income ini, anda perlu rajin dan pandai mengolah ayat agar apa yang anda tulis itu boleh menjual atau boleh mempromosikan. Teknik ini dinamakan sebagai Copy-Writing.


Oh ya, satu lagi .. seperti awal saya ada sebut. Dalam keinginan sangat kuat mahu apa yang anda tulis dalam blog mendatangkan income, amalkan konsep memberikan manfaat dan konsep sedekah. In Sha Allah, anda tak akan rugi.

Dan bersabarlah seperti pemancing udang galah!



23 Mei 2014

Apakah Entri Blog yang Bagus?

Entri bagus sebuah blog itu bagaimana? Heh .. ada pula yang dok tanya saya. Dan dalam tanya-tanya tu, tak habis nak nyakat. Ok, diakui saya bukan seorang blogger yang popular, dan blog ini pun bukan popular. Jadinya mohon janganlah nak dengki-dengki dengan blog saya ini ehhh.

Ok ... nak rembat apa saja dalam blog ni ... saya persilakan. Saya langsung tiada masalah anda nak copy paste ke apa ke ... tak ada masalah langsung, malah saya suka je anda buat. Itu tanda entri saya buat itu ada kualiti tertentu sampaikan ada yang buat kerja nak salin tampal ini. Jadi, kalau ada di kalangan anda yang tanya, boleh ke ambik artikel ni .. artikel tu ... saya ok je. :)... no problem.
Apakah Entri Blog yang Bagus?

Entri Kena Copy-Paste adalah Enti Blog yang Bagus?

Tapi ada juga blogger yang tak berapa suka. Betullah tu .. hasil kerja dan penat lelah mereka ... kenala sedikit sebanyak diberikan kredit. Weihh ada yang tak tidur malam tau ... semata-mata nak hasilkan entri yang bagus.

Apakah Entri Blog yang Bagus?

Entri yang bagus? Macam mana dan bagaimana tu ehh? 
  • Entri itu menarik pembaca hanya dengan melihat tajuk atau gambar yang ada pada entri.
  • Entri itu tak perlu dipromote, ia secara sendiri dicari oleh enjin carian kerana isinya yang mantap serta yang sangat berkaitan dengan apa yang orang lain cari.
  • Entri itu menghasilkan banyak respon dan komen dari pembaca.
  • Entri itu sering dibaca berulang kali .. :)
Hmmm ini pendapat saya saja. Ada entri yang bagus dari segi trafik, tapi isinya tak pulak ... kadangkala isi dalam entri hanya 3 baris ayat je .. tapi ... perghh penangannya .. sampai LIKE ribu2 tu ... aha ... ada pula blog yang tampil dengan entri2 mantap tapi tak ramai nak baca atau LIKE .... sebab apa? Sebabnya mungkin cara penyampaiannya yang tak diminati.

Apapun .. bukan senang nak buat entri yang bagus, dapat trafik tinggi menerusi entri dan dah tu pulak entri itu tak undang bahana dan hasad dengki ... sebab bila entri yang ntah apa2 dapat trafik tak terhingga .. mulalah ada yang nak ngata-ngata .. hehehee.. Betul tak?

Blog adalah satu medan perkongsian. Jika mahu berkongsi sesuatu yang bagus, maka lakukan cara betul lagi bijaksana. Jangan sampai ada yang tuduh menuduh, bermasam muka dan mula pasang lembing untuk balik sembunyi tangan dan ditikam dari belakang.


Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank 2014

Cara daftar blog untuk berada dalam Alexa rank 2014. Ada blogger yang bertanyakan kepada saya, bagaimana nak daftar blog untuk ranking Alexa. Sebelum ini, saya pernah tulis di entri ini - Cara Bolehkan Blog Dapat Ranking Alexa

Tetapi yang tu lama punya versi, jadi untuk Alexa versi 2014 ini dah ada beberapa kelainan yang membuatkan ramai blogger terutama blogger baru lost in menu.... hehehe.. jadi, dengan masa terhad ada ini, saya akan kongsikan cara nak daftar blog untuk Alexa rank.

Saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana nak daftarkan blogspot anda. In Sha Allah, saya akan buat sehabis baik semoga anda faham dan tak sesat ... hahaha.. ok? Nanti, jika ok, sila silalah like ehhh dan share apa yang patut.

Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank 2014 Langkah Demi Langkah

Langkah pertama - Daftar diri anda sebagai pengguna Alexa. Paling mudah, daftar menerusi Facebook. Untuk daftarkan diri, sila ke pautan ini - http://www.alexa.com
Langkah kedua - Dah daftar, masukkan pula url blog anda. Masukkan di kotak Enter a site dan tekan Go seperti gambarajah di bawah ini.
Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank 2014
Langkah 3 - Anda akan nampak statistik asas yang diberikan oleh Alexa. Tapi, anda masih belum claimed blog anda lagi. Lihat contoh di bawah ini. Saya daftarkan blog Exam Kerjaya Kerajaan. Apabila nampak page seperti di bawah, sila skrol ke bawah sehingga anda nampak bahagian yang ada butang Edit Site Info seperti gambarajah kedua yang dipaparkan di bawah ini.
Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank 2014
Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank 2014
 Langkah 4 - Klik Edit Site Info dan paparan di bawah akan keluar. Klik Claim This Site.
Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank 2014
Langkah 5 - Apabila anda klik butang tadi, paparan di bawah akan keluar. Akan keluar 3 pilihan untuk anda claimed blog anda tadi. Jika anda menggunakan blogspot, maka pilihan nombor 2 adalah yang paling mudah. Pilihan 1 selalunya untuk blog wordpress atau hosting sendiri.

Klik nombor dua, dan akan papar cara nak claimed blog anda. Satu kod HTML diberikan untuk anda masukkan ke dalam HTML blogspot anda.
Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank 2014
Langkah 6 - Buka HTML blogspot anda, dan letakkan kod HTML yang diberikan oleh Alexa tadi. Ianya adalah kod HTML satu baris. Letakkan ia selepas bahagian head seperti saya tunjukkan di bawah ini. Mudah je kan?
Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank 2014
Selesai.

Harap dapat bantu mana-mana blogger baru nak dapatkan rank Alexa ini bagi blog masing-masing. Bagi memudahkan anda lihat ranking blog anda dan blog orang lain setiap hari, boleh install toolbar Alexa yang telah saya sediakan ini di sini - Toolbar Alexa untuk Blogger Blogspot

Kepada yang dah muat turun dan install, saya ucapkan terima kasih. Jika ada apa-apa berkaitan toolbar itu yang nak tambah apa-apa, sila beritahu.

Siap cara daftar blog dengan Alexa versi 2014.

Selamat mencuba.



Menakluk Kosmos - Album Baru Kumpulan Wings

Menakluk Kosmos. Begitulah tajuk album baru daripada kumpulan rock tersohor Malaysia, iaitu Wings. Ini merupakan album ketujuh-belas daripada lagenda kumpulan rock tanahair ini. Ia diterbitkan oleh KRU Music dan telah mula berada di pasaran pada 22 Mei 2014.

Saya difahamkan, album Menakluk Kosmos menampilkan 10 buah lagu baru yang telah diberi kelainan dari sudut susunan muzik, pembikinan lagu, lirik dan kerja-kerja produksi. Dan dikatakan merupakan album terbaik pernah dihasilkan.

Album baru ini memang dinantikan ramai termasuklah saya sendiri. Almaklumlah, zaman remaja saya didewasakan oleh muzik-muzik dan lagu mereka. Masa sekolah rendah lagi dah layan lagu-lagu mereka yang terbaik seperti Misteri Mimpi Syakila, Bazooka Penaka, Bujang Senang, Sejati ... dan macam-macam lagilah. Memang segar mekar sampai sekarang rasanya. Malah ada yang dah diberikan nafas baru oleh komposer dan penyanyi baru.

Kalau dok ingat baliklah lagu-lagu Wings nie, pasti terimbau kenangan zaman sekolah. Serius nih. Teringat zaman melompat-lompat cam beruk dalam bas sekolah sambil kacau budak-budak sekolah Convent, Batu Gajah yang perghhh ... pakai skirt kau .... hahahaa....

Punya minat, ada beli kaset sendiri dan siap ada buku tulis lirik lagu-lagu Wings. Cuma tak beli majalah hiburan je sebab waktu tu duit poket pun hanyalah 50 sen. Sekali bawa, sekali habis. Yang beli kaset tu pun sebab dapat duit raya rasanya .. hehehe..

Menakluk Kosmos - Album Baru Kumpulan Wings 2014

Menakluk Kosmos - Album Baru Kumpulan Wings
Ok, album terbaru kumpulan Wings ini yang berjudul Menakluk Kosmos menampilkan lagu-lagu seperti Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia dan Bisa Yang Tertunda, album terbaharu itu turut menampilkan tujuh lagi lagu baharu iaitu Menakluk Kosmos, Raja Segala Duri, Komplikasi Pramaya, Gurindam Mahsyar, Adoney Dari Paran, Segitiga Piramida dan Penanti; yang nie saya petik dari sumber berita.

Kena Cetak Rompak

Dengar-dengarnya album terbaru Wings ini dah kena cetak rompak. Kena cetak rompak sebelum berada di pasaran .... hmmm macam kes filem tu ... apa tu .. lupa lak nama tu. Sebanyak 4 buah lagu telah dicetak rompak dan diedarkan menerusi iTunes. Itu yang didakwa oleh Awie, penyanyi utama kumpulan Wings seperti dilaporkan akhbar tempatan.

Nak dengar lagu baru Album Menakluk Kosmos tak? Ok, saya sediakan beberapa video klip ini dari KRU Studios untuk halwa telinga anda.

Oh ya, nak dapatkan perkembangan terbaru Wings? Boleh ke laman web mereka - Sayap2Wings
Lirik dan Lagu Album Wings 2014 Menakluk Kosmos

Video dan Lirik Peti Pandora Mu - Album Menakluk Kosmos (Wings 2014)

Video dan Lirik Lagu Ingatkan Dia - Album Menakluk Kosmos (Wings 2014)


Kumpulan Wings ambil masa setahun lebih untuk hasilkan album Menakluk Kosmos, dan ini merupakan kali pertama Wings menerbitkan album di bawah label KRU Music. Album terakhir Wings adalah pada tahun 2012 dengan tajuk .... errrr lupa la pulak ... malas nak Google .. hahaha .. boleh gitu?

Ok, apa pendapat anda semua?