Widget follower blogspot terapung - Ada rakan blogger baru yang mohon saya sediakan tutorial ini. Walaupun blog saya tidak dipasang kekal widget ini, tetapi saya boleh katakan ia satu widget yang bagus untuk blog, terutama yang mahu blog mereka diikuti (pengunjung jadi pengikut) dan dalam masa yang sama, jimat ruang di sidebar blog.

Terima kasih kepada +IeDaa SuzieAnnA yang bertanya kepada saya dalam entri ini - Kod HTML Widget Follower Blogspot

Widget Pengikut (Follower) Blogspot Terapung

Widget yang dimaksudkan iaitu widget follower blogspot yang terapung di bahagian atas (sebenarnya boleh terapung kat mana-mana bahagian blog), seperti contoh di bawah ini.
Widget Follower Blogspot Terapung
Widget Follower Blogspot Terapung

Widget ini ambil ruangan minima dalam blog. Jadi ruang dalam blog terutama bahagian sidebar blog bolehlah digunakan untuk meletakkan widget lain yang bermanfaat untuk blog. Ok, apa yang perlu anda buat ialah salin tampal (copy paste) kod HTML di bawah ini. Kod HTML ini boleh diletakkan menerusi Add HTML/Javascript di dashboard Layout blogspot anda.

Sebelum anda save kod HTML ini di sidebar blogspot anda, pastikan anda gantikan dulu ID BLOG ANDA dalam kod di atas. Untuk dapatkan id blogspot anda, cuba lihat contoh di bawah ini.
Widget Follower Blogspot Terapung

Apabila dah tukar, sila save dan lihat hasilnya pada blog anda.

Dah Letak Tapi Widget Tidak Kelihatan

Mungkin ada yang letak, tapi tak kelihatan. Ini disebabkan oleh kedudukan widget follower tersebut yang mungkin terletak di belakang widget lain. Untuk itu, anda boleh cuba ubah kedudukan widget follower blogspot anda, untuk ubah .. perhatikan kod-kod ini.

Cubalah ubah nilai top dan right itu. Untuk turun atau ke tengah blog .. naikkan nilai sehingga top - 50px, untuk ubah kedudukannya untuk hampir dengan bahagian tepi, boleh kurangkan nilai 90 tu menjadi 20 atau -90 ...

Bab ni, nak cerita lebih susah sikit dalam blog. Kena one-on-one kena tunjuk baru faham lebih sikit. Tapi andai penerangan di atas buat anda faham, alhamdulillah.

Ok. Selamat mencuba.


p.s: Ada masalah, boleh PM saya menerusi facebook 



7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih HH..dah berjaya..sebelum ni pernah buat tapi error..

    BalasPadam
  2. Widget terapung ni menggunakan ruang yg minimum eh

    BalasPadam
  3. thanks..widget camni menarik sikit dari statik punye

    BalasPadam
  4. Kita gunakan widget ni coz google widget tu selalu ada problem..

    BalasPadam
  5. hmmm.... nnti boleh try laa...

    BalasPadam
  6. saya pernah try dulu tapi tak menjadi. so kekalkan dgn yang ada je

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement