Kita semua tahu Jackie Chan seorang jaguan martial art yang hebat di layar perak. Namun, dalam kehebatan beliau itu, Jackie Chan nyata kalah dengan wanita ini. Red Hong Yi pakar dengan chopstik. Dia mempunyai kelebihan yang unik. Kelebihan ini digunakan sepenuhnya untuk menjadikan ia pakar, lebih pakar daripada seorang seperti Jackie Chan.

Setiap orang punyai kelebihan tersendiri.

Kelebihan tersendiri ini yang menjadikan seseorang itu unik.

Saya suka nak kongsikan satu video yang memaparkan bagaimana wanita bernama atau dikenali sebagai Red Hong Yi ini menghasilkan sebuah potret hanya dengan menggunakan chopstik. Bukan satu dua chopstik, tetapi ribuan ... puluh ribu hanya bagi menghasilkan sebuah hasilan seni yang cukup hebat dan unik.
Video Penghasilkan Potret Jackie Chan Dengan Chopstik

Video Penghasilkan Potret Jackie Chan Menerusi Chopstik oleh Red Hong Yi



Dalam dunia blog, mahu tampil unik, maka carilah kelebihan sendiri. Saya pasti setiap individu itu ada kelebihannya. Perlu asah, dan perlu praktik sehingga ia menyerlah.

Red Hong Yi bukan sehari dua dia melatih dirinya untuk mahir dengan penghasilkan potret sebegini. Ia memerlukan ribuan latihan .... dan perlu ada trial-n-error ... mesti berani mencuba.

Anda juga boleh tampil tersendiri.

Ehemm .. jangan takat kagum je ... belajar sesuatu daripada tampilan ini.

Dan oh ya ... Red Hong Yi bukan sahaja boleh 'melukis' potret dengan chopstik .. malah pernah melukis potret dengan menggunakan Coffee Cup Stains .. err atau dalam bahasa pasar lambaknya ialah .. hmmm .. err .. errrr ... ntah .. tak tahu la pulak nak terjemah.

Layan lagi di sini ...


Sebelum anda tutup blog ini dengan pangkah, agak-agak dah terfikir tak akan kelebihan diri anda? Jika ada, nyatakan di dalam ruangan komen di bawah ini. Mana tahu, mungkin ada yang memerhatikan bakat anda ....



2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wahhh... amazing betul diaorang nih!^^ Errr... kelebihan diri... Tak pasti pulak.. uhuk uhuk

    BalasPadam
  2. Sungguh kagum! Antara kelebihan saya... menaip pantas

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement