Video Believe in Good - Unsung Hero

Sebuah video Unsung Hero - Believe in Good yang saya syorkan untuk anda tonton dari awal sehingga habis. Ada perkara yang ingin disampaikan, walaupun ia dalam bahasa Thai, tapi mesejnya cukup jelas dengan hanya melihat video ini.

Saya percaya bahawa setiap kebaikan itu akan ada balasannya. Inilah yang diajar dalam agama. Kita berbuat baik sesama makhluk, tidak kira tua muda, miskin mahupun kaya. Jika kita percaya, segalanya mungkin dan pastinya dunia akan lebih aman.
Video Believe in Good - Unsung Hero

Kita bukannya tidak boleh menjadi seorang manusia yang terbaik untuk manusia lain, tetapi ramai dari kita terlalu takut bahawa kebaikan yang diberikan akan tidak mendapat balasan yang sepatutnya, walhal apabila melakukan sesuatu kebaikan, bukanlah balasan yang perlu diharapkan. Jujur. Ikhlas.

Video Believe in Good - Unsung Hero (Percayalah Kepada Kebaikan)


Dunia sudah terlalu rosak sehingga antara kita saling tidak percaya. Ada skeptikal. Ada ketakutan. Ada kerisauan. Ada syak wasangka. Kita sering berpandangan negatif terhadap sesuatu. Kita mudah menilai dari pandangan pertama. Kita sangat mudah mengungkap keburukan orang daripada kebaikan yang ada pada dirinya.

Kita sepatutnya mencontohi sikap lelaki ini dalam Video Believe in Good - Unsung Hero.

Awal lagi kita sudah silap arah. Sebelum kita meninggalkan dunia ini, perbetulkan mana yang sudah silap itu. Ini adalah kerana, apabila kita sudah tiada lagi di dunia ini ... kita tidak akan ada peluang lagi untuk berbuat baik sesama makhluk, apatah lagi untuk mengungkap kata maaf.

Believe in Good. Percayalah kepada kebaikan.





3 comments.. read them below or add one

deno deno April 09, 2014
deno ada tengok video ni kat fb.. penuh makna :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 10, 2014
Itulah pasal ... tak susah pun nak buat baik kan Deno?
alin marlini alin marlini April 10, 2014
Dah tgk...mmg best...mmg apa yg kt buat jgnlah hrpkan balasan...krn balasan itu akan hadir dgn sendirinya

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.