Tips menjadi blogger travel bijak merupakan satu inspirasi kepada saya. Ramai dah blogger travel yang lahir di Malaysia. Dan mereka sangat pantas mengambil peluang dengan kempen Tahun Melawat Malaysia #VMY2014. Disebabkan itu, mereka dapat jana income sampingan lumayan dan sertai banyak event berkaitan VMY2014 ini. Hebat. Jadi, apakah tips menjadi seorang blogger travel atau blogger pelancongan ini?

Untuk menjadi seorang blogger travel yang bijak, ada beberapa aspek penting perlu ada. Perlu dan saya fikir wajib ada pada seorang blogger travel yang bijak. Saya sudah melihat beberapa blogger travel hebat yang mencipta nama dan brand mereka sendiri. Dan saya melihat bagaimana mereka bekerja dan menjadikan blog sebagai sumber income, dengan hanya berkongsi pengalaman berharga melancong dan bercuti ke sana sini ..... yang adakalanya ditanggung dan ditaja oleh organisasi, syarikat dan individu .. perghhh best tu.
Tips Menjadi Blogger Travel Bijak
FaizalFredley.com | Travel Blogger

Setiap kejayaan blogger travel adalah bermula dari bawah. Bukan terus kecapi kejayaan. Betul? Saya fikir ramai akan angguk akan statement mudah ini. Tapi nak bermula bagaimana? Haa ... tu akan ada yang garu kepala sikit. Ye tak?

Tips Menjadi Seorang Blogger Travel Bijak

Nama Blog dan Jenama

Buat permulaan, buat satu blog dengan ada brand atau jenama sendiri. Boleh buat dengan guna nama sendiri, tetapi ada sentuhan berkaitan niche blog travel. Contoh nama blog yang disyorkan - Din Travel, Cuti Malaysia Dengan Ayob, Miss Pelancongan, Mr Travel Malaysia ... dan banyak lagi ...

URL Blog

URL blog biar senada seirama dengan nama blog anda, atau tagline blog anda. Boleh jadi seperti ini sebagai contoh - Cuti Malaysia Dengan Ayob (cutiayob.blogspot.com), Din Travel (travelwithdin.blogspot.com), Miss Pelancongan (misspelancongan.com).

Keperluan Penting

Seorang blogger travel kena ada beberapa keperluan ini - passport, kamera, kenalan di kalangan agen pelancongan, beg travel, baju untuk travel, lesen memandu antarabangsa, boleh bertutur bahasa antarabangsa. Kamera tu memang aset paling penting .. serius ...!

Mungkin ada yang senyum simpul dengan apa yang saya tulis di atas, tetapi perkara-perkara tersebut penting jika anda tidak mahu lepaskan peluang untuk jadi seorang blogger travel yang bijak. Bijak tak kalau semua keperluan tu dah siap sedia? Yaa .. tentulah bijak, sebab dah bersedia, tak lagi terhegeh-hegeh ... time is no wasting la ....

Kebolehan Kuasai Bahasa

Ini memang bonus. Jika mahu menjadi seorang blogger travel yang bijak, kebolahan kuasai bahasa asing memang satu kelebihan. Lihat sahaja mereka yang berjaya menjadi blogger travel sampai ke luar negara, hanya fasih dua tiga bahasa ... akan dapat pendedahan dan dapat offer pelbagai sumber. Hanya satu - mempromosikan apa yang menarik di tempat mereka.

Si Traveler Comel - www.thebigsmallboy.com
Tak pun, jika pilihan menjadi blogger travel tempatan, kuasailah loghat tempatan. Inipun bukan sikit impaknya. Dengan kuasainya, anda boleh jadi blogger yang dapat penginapan murah, tahu dapatkan makanan best .. dan macam-macam lagi, hanya kerana anda tahu berbicara dengan petah dengan penduduk tempatan.

Khidmat Percuma

Setengah orang tidak melihat akan kelebihan ini. Untuk bermula menjadi 1, 2 dan 3 ... anda perlu bermula dengan kosong. Amalkan berbuat baik kepada orang, dan tanamkan konsep sedekah. Perlu ingat rezeki itu datang dari Tuhan. Jika kita tak bergantung dengan Tuhan untuk memberikan rezeki ... kepada siapa lagi? Ye tak?

Ok, nampaknya cukup kot buat masa ini. Nanti tips lain saya akan kongsikan di entri yang lain pula. Saya bantu atas pengalaman dan pengetahuan yang sejemput-jemput pisang.

Moga bermanfaat. In Sha Allah.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement