Bagaimana Entri Blog Menyerlah di Facebook?

3 saat - inilah masa untuk anda perlukan bagi menarik perhatian orang lain baca entri anda di Facebook. Anda mesti pastikan entri blog anda yang dikongsi menerusi laman sosial Facebook menyerlah daripada orang lain. Dan in Sha Allah, dalam blog post kali ini, saya nak kongsikan sesuatu tentang bagaimana nak menyerlahkan entri blog anda yang dikongsikan di group-group atau page di Facebook.

Bagaimana Entri Blog Menyerlah di Facebook?

  1. Salah satu kebaikan anda kongsikan entri blog menerusi Facebook ialah anda boleh gunakan tarikan gambar untuk orang klik dan baca entri. Maka, pastikan anda letakkan gambar dalam format *.jpg di awal perenggan entri blog anda. Jika anda letak di pertengahan atau di akhir entri, kemungkinan besar gambar tersebut tidak dapat dipaparkan menerusi laman sosial Facebook.

    Tips bagaimana Entri Blog Menyerlah di Facebook
    Jika entri blog anda tiada gambar berkaitan, anda boleh gunakan snippet gambar pengomen sebagai alternatif seperti contoh di atas. Untuk membolehkan gambar pengunjung blog yang komen entri anda keluar di paparan Facebook, pastikan entri tersebut sudah ada yang tulis komen, kalau tidak, ia takkan muncul di Facebook. Selepas ada 1-2 komen pengunjung, barulah anda kongsikan entri tersebut di Facebook.

  2. Cara kedua ialah dengan menggunakan ayat-ayat dalam entri yang boleh menarik perhatian pembaca. Nak cara senang, ialah copy-paste (dengan Tynt) dan teruskan berikan link kepada entri anda.
    Bagaimana Entri Blog Menyerlah di Facebook?
  3. Cara ketiga ialah dengan menggunakan ayat-ayat karangan sendiri yang lebih kepada teaser supaya orang lain nampak entri anda di Facebook. Ayat-ayat ini boleh gunakan ayat umpan seperti mana telah saya berikan sebelum ini. Ayat-ayat tidak perlu panjang, cukup sekadar buat orang tertanya-tanya, dan menimbulkan rasa ingin tahu.
  4. Cara keempat yang boleh menyerlahkan entri blog di Facebook ialah komen yang ditinggalkan di ruangan komen Facebook itu sendiri. Jika ada komen, cepat-cepat anda balas supaya ia akan muncul di wall tukang komen. Malah akan keluar juga di wall Facebook anda. Tag nama komentar tersebut untuk lebih mengena. 
  5. Cara kelima ialah dengan tag nama-nama page yang ramai pengikut. Cara ini adakala berjaya, adakala tidak, tapi semenjak Facebook ini sudah bertukar layout yang baru, kemungkinan agak tinggi juga untuk dapatkan entri menyerlah di page-page ramai pengikut ni. Saya sering lakukan untuk entri-entri yang melibatkan nama-nama selebriti, blogger terkenal dan juga nama jenama tertentu, seperti mana saya telah lakukan dengan entri berkaitan Faizal Ismail (FBI) letak jawatan, yang akhirnya mendapat lebih 3.9 ribu Likes menerusi Facebook dan menjana lebih 30 ribu trafik hanya menerusi satu blog post sahaja.

Diharap 5 tips bagaimana nak menyerlahkan entri blog di Facebook ini berguna dan bermanfaat untuk mana-mana blogger dapatkan trafik kencang daripada laman sosial ini. Ingat akan 3 saat bernilai untuk tarik perhatian orang lain di Facebook, jika 3 saat itu tidak berjaya ... maka, ada sesuatu yang anda tidak lakukan. :)

Selamat mencuba.



p.s: Jangan lupa undi blog ini untuk Karya Digital dalam DiGi WWWOW 2014, klik pada logo yang disediakan. Terima kasih.



{ 15 comments.. read them below or add one }

msredcheesecake msredcheesecake April 16, 2014
love this tips...pemilihan tajuk entry pun penting...tajuk as a teaser...
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid April 16, 2014
great piece of sharing....
Bin Muhammad Bin Muhammad April 16, 2014
Ya! Tidak dinafikan peranan Facebook sebagai medium sosial utk burst entri, tapi selalunya entri berkaitan hiburan dan isu semasa yg mudah menyerlah di Facebook berbanding entri lain...
hantu pokkan hantu pokkan April 16, 2014
Thanks atas pencerahan...
Azwar Syuhada Azwar Syuhada April 16, 2014
thanks for sharing.. :)
Ct Annallyssa Ct Annallyssa April 16, 2014
Tips berguna....thanks ya
Lobam Lobam April 17, 2014
Teeima kasih bang.
salmiah awang salmiah awang April 17, 2014
nampaknya kena juga letak link facebook kat blog kalau macam ni.
Mama Olin Mama Olin August 05, 2014
Salam. Saya nak tny, macam mane nak tag nama komentar pada comment yang kita nak reply di page kita?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 05, 2014
Jika kat page FB memang tak boleh nak tag direct, cuma klik reply je pada komen tersebut.
Mama Olin Mama Olin August 06, 2014
Mcm mana kita nak reply dan mention nama pengomen dalam reply kita? Maksudnye pengomen akan dpt notification yg kita sudah reply komen tersebut.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 06, 2014
Cara paling mudah, kita direct reply (PM) kepada orang tersebut.
Mama Olin Mama Olin August 06, 2014
Tapi page tak boleh PM kan? Kalau PM gune personal fb masuk dalam folder 'others' pulak. Apa cara plg berkesan utk reply org yg komen sroh kita PM mereka?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.