Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) - Penyakit berkaitan pernafasan yang mula dikesan pada September 2012 oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Badan itu melaporkan kes jangkitan virus yang dinamakan Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus (MERS-CoV) yang dahulunya dikenali sebagai Novel Coronavirus telah dikesan menular dari negara-negara di Asia Barat seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Qatar dan Tunisia.

Baru-baru ini, media massa tempatan melaporkan bahawa kes pertama MERS-CoV telah dikesan di Kampung Bintang Laut, Batu Pahat, Johor melibatkan susulan kematian seorang penduduk yang baru pulang menunaikan umrah. Daripada laporan media terkini, seramai 64 penduduk kampung tersebut telah dikuanratin oleh Jabatan Kesihatan Johor.

Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV)

Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV)

Menurut WHO, sebanyak 82 kes telah dilaporkan sehingga 9 Julai 2013, dan merekodkan sebanyak 45 kematian seluruh dunia. Ini menjadikan jangkitan virus ini amat merbahaya dengan kadar kematian yang tinggi, melebihi 50 peratus.

Punca dan cara jangkitan MERS-CoV ini masih lagi belum jelas, namun daripada pemerhatian awal virus ini boleh merebak melalui hubungan secara langsung dengan pesakit atau melalui titisan daripada salur pernafasan seorang pesakit kepada orang lain.

Risiko Tinggi Terkena MERS-CoV

Golongan yang dianggap mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan virus MERS-CoV adalah warga emas, mereka yang mengidap penyakit kronik dan mempunyai kurang daya tahan terhadap jangkitan penyakit.

Menurut WHO, masih lagi tiada rawatan khusus atau vaksin untuk mengelak jangkitan MERS-CoV ini. Tanda-tanda jangkitan virus MER-CoV adalah seperti demam dan kesukaran bernafas iaitu tanda-tanda radang paru-paru (pneumonia) yang berlaku secara akut dan serius serta cirit-birit.

Langkah Pencegahan Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV)

Saya telah merujuk Tabung Haji berkaitan penyakit ini, dan berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan buat mereka yang mahu pergi samada umrah mahupun haji di Mekah, memandangkan asal usul MERS-CoV dipercayai dari negara Asia Barat.
Persediaan Sebelum Berangkat ke Mekah/Madinah
  • Sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik, khasnya yang berpenyakit kronik seperti asma, penyakit salur pernafasan tersekat kronik (COPD), sakit jantung, diabetes dan lain-lain.
  • Kerajaan Arab Saudi mencadangkan agar bakal jemaah haji serta yang mengerjakan umrah warga emas dan yang mempunyai penyakit kronik menangguhkan pemergian.
  • Mengambil vaksin tambahan iaitu vaksin influenza dan Pneumococcal (amat digalakkan) terutama yang berumur atau mempunyai penyakit kronik dan mengikut nasihat pegawai perubatan.
  • Membawa bekalan penutup mulut dan hidung (mask) yang mencukupi dan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk kegunaan sendiri semasa berada di Mekah, Madinah dan dalam kapal terbang.
  • Sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai wabak ini dan langkah pencegahan yang perlu diambil dari semasa ke semasa.

Pencegahan Semasa Berada di Mekah/Madinah
  • Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, seperti kerap mencuci tangan, terutama selepas batuk, bersin atau selepas bersalam.
  • Sentiasa membawa penutup hidung dan mulut seta pencuci tangan untuk digunakan ketika perlu.
  • Sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik.
  • Mengelakkan daripada mengambil makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya.
  • Membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu sebelum dimakan.
  • Mengelak minum air tidak terawat.
  • Memakai penutup hidung dan mulut sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan MERS-CoV dan dapatkan rawatan segera. 
Saya berharap dengan perkongsian info ini, agar mereka yang hendak ke Asia Barat khususnya mengerjakan umrah dan haji supaya bersedia dan mengambil langkah perlu agar MERS-CoV tidak terkena pada diri, dan mengelakkan ia tersebar sebagai satu wabak yang serius di negara kita.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terbaca juga di paper tadi... thanks for sharing abang HH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penyakit ni memang bahaya, terutama yang berisiko tinggi, andai ada sedara mara yang nak ke tanah suci kena ambil perhatian mengenai penyakit ini yang secara amnya tiada penawar khusus dari sudut perubatan moden.

      Padam
  2. bahaya..harap2 tak menular di malaysia

    BalasPadam
  3. Bahaya gak ni. harap2 semuanya masih dalam kawalan terutama di kes di johor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doakan yang terbaik ...sejak akhir2 ini banyak ujian diberikan Allah S.W.T kepada rakyat Malaysia.

      Padam
  4. terima kasih bagi info...

    BalasPadam
  5. Info yg sgt berguna.. Terima kasih..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement