Rakan blogger pemilik blog Eyriqazz.com - Nor Iman Nazuki kemalangan selepas pulang dari bermain futsal bersama rakan-rakan blogger yang lain di Putrajaya, Presint berapa .. tak dapatlah nak dipastikan. Malang tidak berbau, saya dapat berita ini apabila keluar di wall Facebook pada jam 1 pagi (lebih kurang)

Jika dilihatkan pada gambar keadaan kereta terbabit kemalangan, memang nampak teruk juga. Al kisahnya, kemalangan ini berpunca daripada masalah lampu isyarat di persimpangan. Itulah menurut apa yang dikatakan oleh rakan blogger ini - http://goo.gl/y6h4k4

Rakan Blogger Eyriqazz Kemalangan Jalanraya

Kereta eyriqazz kemalangan di putrajaya
Daripada berita yang dikongsikan oleh rakan blogger di tempat kejadian +Hisyamudin Fadzil keadaan blogger Nor Iman Nazuki (eyriqazz.com) tidak ada kecederaan serius, kecuali sakit dada disebabkan hentakan ke stereng kereta.

Pada entri ini ditulis, Eyriqazz telah pun menjalani pemeriksaan doktor, dan kes kemalangan ini juga sudah dilaporkan kepada pihak polis.

Alhamdulillah selamat.

Baru-baru ini seorang rakan blogger +Tengku Syukri  juga kemalangan selepas pulang daripada Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB2014). Dan alhamdulillah, walaupun terpaksa duduk berehat di wad beberapa hari, blogger pemilik blog Minda Syukri sudah sihat walafiat.

Punca Kemalangan

Punca kemalangan setakat yang saya tahu masih belum jelas. Tapi seandainya benar berkaitan lampu isyarat yang asyik kuning, izinkan saya kongsikan sedikit informasi berkaitan mode lampu isyarat kekal kuning (adakala berkelip) di persimpangan.
Kawasan kemalangan blogger eyriqazz

Sistem Simpang Berlampu Isyarat Menjadi Simpang Keutamaan

Ada sesetengah tempat di Malaysia terutama di persimpangan lampu isyarat tertentu yang lazimnya agak lengang di waktu tengah malam, automatik lampu isyarat akan menyalakan warna kuning (samada berkelip atau tidak). Lampu isyarat ini tidak rosak, tetapi menunjukkan bahawa persimpangan itu perlu berhati-hati kerana peraturannya sudah menjadi persimpangan bukan berlampu isyarat atau menjadi persimpangan keutamaan.

Persimpangan berlampu isyarat yang sudah menjadi simpang keutamaan di waktu tengah malam memang sering menjadi faktor kemalangan.

Masalah ini berlaku, pada pandangan saya disebabkan oleh kurangnya atau tiada langsung tanda amaran sebelum persimpangan diberikan buat pengguna jalanraya yang sering menganggap bahawa lampu isyarat kuning adalah lampu isyarat rosak, walhal ia merupakan tanda meminta pengguna jalanraya berhati-hati.

Sistem ini ada pro dan kontra. Sebagai bekas penyelidik berkaitan trafik di Malaysia, saya boleh ceritakan ... tapi saya fikir tak sesuai kot nak cerita di sini, saya serahkan kepada anda ... samada patut atau tidak sistem seumpama ini dibuat atau diteruskan?

Untuk info, sebelum perlaksanaan sistem isyarat kekal kuning ini, fungsi lampu isyarat adalah seperti biasa, kekal hijau kuning merah walaupun pada waktu-waktu kenderaan lengang di persimpangan tersebut.

Doakan Kebaikan Buat Blogger Eyriqazz - Nor Iman Nazuki

Apapun, didoakan semoga rakan blogger Nor Iman Nazuki tak ada apa-apa ... dan harapnya lepas ni buat pemeriksaan susulan jika berlaku keganjilan dalam diri ..



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

13 Komen

harap2 dia cepat sembuh...slalu juga baca blog dia...

Reply

support moral dia.. dan masing2 pun kena hati2 memandu..

Reply

Di Presint 14 ni , presint diplomatik . Dekat dengan Mydin Putrajaya . Alhamdulillah , tak ada kecederaan yang serious .

Reply

Kadang warna kuning tu yg keliru tapi kalau dah tahu.time tu kita kena hatai2 tgk ada kenderaan ke simpang lain

Reply

semoga Allah permudahkan urusannya ...

Reply

Assalammualaikum...bro HH,

Moga blogger eyriqazz cepat sembuh...

mselim3

Reply

bikin kaget aje..alhamdulillah x dapat kecedaraan yang teruk kan?

Reply

Betulkan apa yang dikongsi oleh bro pada waktu lewat malam lampu trafik akan bertukar menjadi kuning dan berkelip-kelip. Cuma perlu berhati-hati melalui simpang kerana ada pengguna lain yang mungkin memandu secara cuai.

Reply

Alhamdulillah nasib x de pape

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.