Perlukah Blogger Paten Nama Blog?

Hak Paten - sesuatu yang baru bagi kebanyakkan orang. Teringat saya satu cerita yang diceritakan oleh abang ipar, nak tahu kisah ini, kena baca sampai habis. Tapi sebelum tu, mari sama-sama tambah sikit ilmu berkaitan paten ini. Apakah itu paten?

Di Malaysia, hak paten ini diselenggara, dipantau dan diuruskan oleh MyIPO - Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Segala informasi berkaitan paten, hak cipta, tanda dagangan boleh anda dapati menerusi laman web MyIPO.
MyIPO

Perlukah Blogger Paten Nama Blog?

Apakah Itu Paten?

Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta, sama ada suatu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu, ataupun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Paten dilindungi selama 20 tahun dari tarikh pemfailan.

Apakah hak pemunya paten? Pemunya paten mempunyai hak untuk menggunakan rekacipta yang dipatenkan atau memberi lesen kepada orang lain bagi menggunakan rekacipta tersebut atau menjual hak tersebut kepada orang lain yang akan menjadi pemilik baru kepada rekacipta tersebut.

Itu sedikit sebanyak mengenai paten. Dan apa kaitannya dengan blogger ehh? Ok, apa yang saya nampak, blogger Malaysia boleh gunakan hak paten ni untuk satu benda iaitu trademark atau tanda niaga. Dalam hal ni, logo blog, logo kelab blogger, tagline blog boleh dimohon untuk diminta hak paten.

Trademark atau Cap Dagangan

Trademark ni, atau dengan kata istilah lain ialah cap dagangan. Manalah tahu kot-kot ada blogger yang mahu gunakan logo blog untuk bisnes-bisnes tertentu misalnya nak buat kelas SEO Blogspot. Bagi blogger yang sudah ada kredibiliti dan dipercayai oleh dunia blog Malaysia, cap dagangan ini boleh memastikan agar tiada salah guna dilakukan ke atas cap dagangan (logo).

Cap dagangan ialah apa-apa tanda yang dapat membezakan barangan dan perkhidmatan seseorang peniaga daripada peniaga-peniaga yang lain. Cap dagangan termasuklah perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut. Cap dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna membuat pilihan barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan.

Katakan saya nak patenkan doodle saya yang kacak bersama lelaki ensem ini:
Blogger perlu paten jenama blog
Jadinya, saya perlu memohon menerusi agen-agen paten yang telah dilantik bagi merealisasikannya. :) Tapi, idak ler nak buat gitu, sebabnya ialah .... saya tiada bisnes hakiki yang memerlukan paten ini dibuat. Lagi-lagi, gambar doodle ni adalah percuma, diberikan sebagai hadiah oleh blogger lain. Makanya, ia bukan hak intelektual saya, kecuali saya membayarnya dengan harga tertentu. Jadi, tak patutlah sangat kannn ... huhuhu... benda percuma, ambik dan paten untuk keuntungan sendiri ... mana boleh banggg ...

Sekarang persoalan adakah perlu blogger paten nama blog? Hmm ... dah baca dari awal sampai takat ni, rasanya jelas dah kot. Jika nak paten, ada benda yang boleh dipatenkan maka patenlah, seandainya anda merasakan ada kemungkinan salah guna digunakan ke atas logo-logo, gambar, ayat tagline untuk kepentigan tertentu terutama sekali dalam perniagaan. Ia juga untuk lindungi daripada disalah guna pihak tertentu ....ada wooo ... jangan memain.

Nak tahu siapa blogger atau blog yang ada perlindungan paten ini? Blog Denaihati.

Buat Duit Disebabkan Hak Paten

Ok, skang nak cerita kesah awal-awal tadi, berkaitan abang ipar saya bercerita mengenai paten. Dia pernah cerita, berkaitan paten satu bahagian dalam enjin sebuah kereta jenama terkenal. Jenama kereta mewah. Oleh sebab produk atau hasil kreativiti seorang anak tempatan, syarikat itu telah menggunakan paten bahagian enjin itu, dan sampai sekarang anak muda tu dapat komisen sebab syarikat tu gunakan hasil kreativiti produknya. Hak paten itu dikongsi bersama.

Oh ya, hak paten itu hanya tertakluk di Malaysia sahaja, memandangkan anak muda itu tidak apply untuk part antarabangsa. Kalau tak, memang leh jutawan dah mamat tu .. hehehe....

Dapat komisen setiap kali kereta jenama mewah itu terjual. Jika komisennya adalah 5 peratus untuk sebuah kereta mewah berharga RM300,000, pastu terjual pula lebih 100 unit.... uiskk .. jadi ini antara kelebihan memiliki hak paten atas sesuatu produk, jenama, logo dan sebagainya.

It's strictly business my mann .. hehehe...

Jadi, sekarang ... meh sama-sama fikir ya.



{ 28 comments.. read them below or add one }

Aku Penghibur Aku Penghibur April 14, 2014
terima kasih penjelasannya .... suka dengan explanation HH
Aniq Bukhary Aniq Bukhary April 14, 2014
Waahhh.. menarik entry nie.. saya baru je baca pasal benda nie kat blog Denaihati.. siap mention nama HH lg.. hehe
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid April 14, 2014
kalau secara melawaknya dan mungkin juga nak serious, nak jugak patenkan supaya duplicate tak dapat nak claim entri kita tiru entri dia...ha ha ha...
Azri Johan Azri Johan April 14, 2014
saya dengar paten tu adalah untuk alarm lock kereta.. tak pasti betul ke tidak
permatabiru permatabiru April 14, 2014
mcm2..nak terpelihara kna paternkan la..
Hairul Hafiz Hairul Hafiz April 14, 2014
baru tau apa tujuan paten ni..
Paly Paly April 14, 2014
paten ke trademark nama blog ? huu..
yangbaik yangbaik April 14, 2014
suka sangat dengan entri ni dan jalan ceritanya.....
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah April 14, 2014
kalau busines mmg pentng nk patenkan, tapi kalau blog biasa2 mcm cn, tak ada apa2 nk dipatenkan..hehe
suri suri April 14, 2014
baru lari ke blog denaihati terus singgah sini baru dapat pencerahan lagi.dan lagi.busines pun nak petenkan blog mau juga ceh wah..sah kena daftar pastu kena keluarkan duit dan wajid renew ke ? hii...

jangan mara aeh..
Faizal Zaman Faizal Zaman April 14, 2014
kalau utk buat bisnes seelok eloknya baik patern kan.....kalau just main suka2 macam saya ni x kisah sgt pom..
Denaihati Denaihati April 14, 2014
sama-sama fikirkan, insyaAllah takkan rugi untuk jangkamasa panjang
Fazrol Fazrol April 15, 2014
Nak fikirkan nak paten apa ye.. he he...
hazman fadzil hazman fadzil April 15, 2014
Kalau blogger bukan komersil macam saya mungkin belum ada keperluan sangat untuk hak dan paten nie
bella luna bella luna April 15, 2014
kalau 1 blog yg menjadi rujukan dan sumber ntk para pembaca di luar sana. better paten kan. its not talk about money. tp idea dan sumber rujukan biarla 100% dari yg asal. barula boleh maju. kan.. ^__^
ieta mat sa'ad ieta mat sa'ad April 15, 2014
semalam baca kat blog tn. Amir, denaihati pun sebut nama sifu HH gak. Glamer sifu... ^__^
Erk, Blog ieta tu kalo patenkan tak kelakar ke sifu?
Afandi Othman Afandi Othman April 15, 2014
Salam.
Takut jadi macam Ujang je nanti kalau tak patenkan. Kalau rasa blog kita boleh pergi jauh, elok patenkan. Kan3. Hehe
Afandi Othman Afandi Othman April 15, 2014
Salam.
Takut jadi macam Ujang je nanti kalau tak patenkan. Kalau rasa blog kita boleh pergi jauh, elok patenkan. Kan3. Hehe
Hafiza AizZawa Hafiza AizZawa April 15, 2014
hak cipta terpelihara.. bila ader tulisan mcm tu, mmg takut org nk ambil.. tak pasal2 kene saman kan...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 15, 2014
Terima kasih juga kerana kesudian achik share di wall ... banyak trafik masuk ke blog dan ketahui entri ini. Alhamdullilah.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 15, 2014
Sbenarnya ada banyak citer pasal paten ni, mengenai cadar yang ada fitted getah tu, citer pasal Zul Design .. dan macam2 lagi.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 15, 2014
trademark atau tanda niaga terletak di bawah paten
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 15, 2014
Betul tu .. lagi2 kalau logo, kata2 .. blog... entri boleh dijadikan sumber duit ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 15, 2014
Ya betul. Tapi sebelum nak paten apa2 kena pastikan apa kelebihan yang kita ada untuk dipatenkan. Kalau tak ada apa2 ... buat abis duit je . hehehee
Dunia IP Dunia IP June 11, 2014
Assalam.

Secara asasnya, penerangan tentang maksud komponen-komponen harta intelek adalah tepat iaitu paten untuk rekacipta dan cap dagangan (trademark).

Namun dalam artikel di atas, terdapat beberapa salah faham berkenaan penggunaan istilah paten. Ini juga banyak terjadi kepada kebanyakan rakyat Malaysia termasuk juga dalam penulisan artikel berita surat khabar. Adalah kurang tepat untuk menyatakan "mempatenkan cap dagangan" atau "mempatenkan hakcipta". Sepatutnya,penggunaan istilah yang lebih tepat ialah disebut mendaftarkan cap dagangan (logo perniagaan, jenama, tagline dll.)

Bagi kes doodle di atas dan juga tajuk artukel ini "patenkan nama blog", kedua-dua ini lebih menjurus ke aras hakcipta (copyright). Di Malaysia dan hampir kessemua negara di dunia yang menyertai Bern Convention, hakcipta tidak perlu didaftarkan. Walaubagaimanapun, bermula dari 2012, MyIPO menyediakan kemudahan pemberitahuan hakcipta secara sukarela (copyright voluntary notification) untuk orang ramai.

Di harap sedikit pencerahan berkenaan paten, trademark dan hakcipta dapat meluaskan pemahaman semua berkenaan harta intelek.
Nuha Nawawi Nuha Nawawi July 01, 2015
Izinkan saya menegur, Trademark ianya tidak tertakluk kepada Paten, Tagline tuan jadilah orang yang kaya ilmu. Sila pastikan maklumat yang tuan tulis tidak memburukkan lagi kecelaruan masyarakat perkeadaan hak harta intelek.

Salam hormat

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.