Nampaknya ramai juga blogger Malaysia hadapi masalah buka blog tapi keluar laman web lain. Masalah ini saya mulanya di tanya kepada saya oleh rakan blogger di Fanpage HASRULHASSAN.COM. Awal memang sukar nak selesaikan, namun atas bantuan rakan-rakan blogger yang lain, saya fikir penyelesaian telah ditemui. Baca blog post ini sehingga habis untuk mengetahui penyelesaian masalah bila buka blog sendiri, keluar laman web lain.

Masalah Buka Blog Tapi Keluar Laman Web Lain - BLM50.net/MyPageResults.com

Sebelum tu, nak bagi clear skit mengenai apakah masalah yang saya ceritakan ini. Blog yang hadapi masalah ini, apabila buka blognya .. mula-mula ok ... kemudian apabila selesai sahaja blog dah habis loading, tetiba blog itu hilang di paparan dan digantikan dengan sebuah laman web lain, contoh seperti ini:
Masalah Buka Blog Tapi Keluar Laman Web Lain MyPageResults.com
Paparan di atas hanyalah salah satu contoh laman web yang saya maksudkan, kadangkala akan keluar laman web lain, seperti yang ditunjukkan oleh rakan blogger Mialiana.com di sini - Contoh Laman Web

Saya telah membawa perbincangan masalah ini di dinding Facebook saya, dan berikut antara penyelesaian yang telah diberikan oleh ramai rakan blogger yang lain.



Nampak tak ada beberapa penyelesaian diberikan tu? Ok, saya buat beberapa kesimpulan bagi atasi masalah ini.

  • Buang script yang tak berkenaan dalam blog, buka HTML blogspot dan cari semua script yang mencurigakan atau dengan kata lain, script dari luar. Adakala script ini asalnya ok, tapi kadangkala telah rosak atau dijangkiti malware atau virus. Untuk pastikan script yang digunakan selamat, saya syorkan buat hosting sendiri script ... boleh baca entri ini - Cara Simpan Kod Javascript Sendiri
  • Bersihkan cookies pelayar internet anda. 
  • Buat scanning menggunakan antivirus.

#Update: Blog yang terkena masalah ini adalah kebanyakkan blog yang memasang widget dari Guablog.com ... jadi untuk sementara, buang dulu widget berkenaan dari blog anda.

p.s: Jika anda hadapi masalah ini, dan blog telah dapat penyelesaian masalah, sudilah kiranya dapat berikan VOTE untuk blog ini dalam DiGi WWWOW 2014. Terima kasih.


15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Moga yang menghadapinya boleh cuba cara ini.

    BalasPadam
  2. setakat ni tak pernah kena lagi, good tips ;)

    BalasPadam
  3. nice tips..nasib tak letak GUA,Blog..huhuw

    BalasPadam
  4. tadi kena jugak sekejap.. pastu ada terbaca kat facebook HH, try buat, terus jadi.. TQ yer sifu!

    BalasPadam
  5. Blog sy kena melware detect dgn avast bila buka blog..panik gak..ada terbc entri2 sblm ni pasal jika blog kena virus..buang link yg pelik..tp sy x tau mna yg pelik..jd sy remove je link2 kt blog..
    Mula sekali buang busuk.org n gua.com, lepas check blk dah ok

    BalasPadam
  6. Terima kasih utk tips berguna ni...blog sha baru dapat problem ni....keluar web sebijik mcm kat atas tu...& sha buang link gua.com & now dah ok.

    BalasPadam
  7. terima kasih HH untuk bantuan anda ^^ .. jom VOTE HH dalam DiGi WWWOW 2014

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum.. bro HH,

    alhamdulilah dah settle masalah nie.. tadi tak boleh buka blog pucat sekejap... alhamdulilah . dapat tahu daripada blog farah yang buat link ke blog bro nie...pape thanks bro.. kerana sentiasa memberi ilmu yg berguna utk blogger lain. Moga bro HH sihat, diperluaskan rezeki.. amin.

    mselim3

    pls: sebagai menghargai bro HH mselim3 vote bro HH...orait..

    BalasPadam
  9. tak pernah lagi terkena kat blog saya...

    BalasPadam
  10. saya terkena semalam. penat cari rupa-rupanya mmg widget guablog.

    sila lihat cara2 nak buang bende tu
    http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/04/blog-dialihkan-kepada-mypageresults.html

    BalasPadam
  11. Nice tip ...tak pasang guabloh.com

    BalasPadam
  12. belum pernah jadi. Btw thanks atas perkongsian ini. :)

    BalasPadam
  13. dah lama cari jalan penyelesaian ni. alhamdulillah blog dah kembali macam biasa =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement