Adakala, dalam mengimpikan sesuatu, kita perlu ada satu motivasi. Dan dalam dunia blog Malaysia, motivasi berblog itu haruslah dapat dan diterima dari rakan blogger sendiri. Ramai blogger yang dah lama ada blog yang suka bantu blogger lain. Tak percaya? Cubalah anda blogwalking, anda akan nampak dan tahu serta kenal siapa mereka ini.

Dalam dunia blog, jika mahu berjaya, berjayalah secara berjemaah, atau dalam kata lain sebagai satu #teamwork. Saling bantu sesama blogger, boleh mendorong supaya setiap blogger itu mahukan kejayaan.

Kata-Kata Blogger Yang Mahu Berjaya

Sebagai contoh mudah, #teamwork dalam #denaihati network. Anda akan nampak bagaimana mereka sesama blogger menyokong jenama masing-masing, dan paling terbaik berkongsi rezeki yang ada. Tak ramai blogger yang ada keupayaan seperti itu. Saya sendiri sedang cuba meniru langkah mereka ini. Tiru ...bukan copy-paste entri blog ehh ...
Kata-Kata Blogger Mahu Berjaya

Teamwork juga saya cuba terapkan dalam group Kelab Blogger Belia. Saya cuba kongsikan tips yang saya tahu mengenai blog. Cuma mungkin belum berapa nak menjadi kerana nampaknya ramai blogger lebih suka ping entri semata-mata.

Terbaru, saya melihatkan bagaimana Encik Titan juga berusaha ke arah itu. Pakar SEO Merah Jambu buat duit bertalu-talu menerusi affiliate ini dengan sempoinya wujudkan group Kelab Blogger Encik Titan, yang menjurus kepada perkongsian tips dan teknik buat duit online. Mungkin sebab ketegasan Encik Titan, nampak ramai yang guna ruangan tersebut untuk yang menjurus ke arah yang lebih spesifik.

Blogger yang mahu berjaya akan suka ambil kata blogger lain untuk capai kejayaan. Mereka jadikan sebagai satu motivasi ke arah impian.

Saya kongsikan beberapa kata-kata blogger lain ... yang saya fikir mahu berjaya dalam dunia blog.

Muhammad Nasruddin - "betul saya agree..dulu saya tak der target tetapi lepas tengok member punya blog rangking 200,000 rasa tercabar pulak nak upkan ranking blog dari 5.1 juta ke dekat sikit dengan member, syukur dalam 4 bulan ranking saya adalah 355,000 nyata usaha saya tidak sia-sia .. bak kata orang hidup kena ada target .. dan selalu baca tips dari ..... " http://www.kacamataview.com

Nur Faizuddin - "sabar tu penting , xde kejayaan yg dtg dlm tmpoh yg singkat , kene bertatih dulu , lama2 baru berlari .." http://faizuddinfuad94.blogspot.com

Najeeb Abdullah - "Take a break. Relax dulu...macam saya.. banyak kali juga malas...down... Tapi kita jangan berhenti terus, ambil masa untuk relax sekejap.. Tapi jangan la lama sangat. Fikir balik tujuan kita menulis... dalam masa yang sama boleh perbaiki mana yang rasa tak okey, tambah mana yang kurang.. Dah rasa okey,... kita boom dan ping balik kasi naik... Hehehehe.." - http://katanajeeb.blogspot.com/

Karlisa Halim - "popular dan traffic yang tinggi belum tentu menjana sesuatu yang berfaedah. Lakukan perkara yang berfaedah walaupun sebaris ayat. YAKIN 90% rezeki Allah adalah dari PERNIAGAAN." http://satunsiam.blogspot.com/

Encik Titan - "makan Cendol" http://ahmadfaizal.com

Yang ini ada satu kata-kata semangat yang bagus untuk blogger baru ... dikongsikan oleh rakan blogger yang suka main Galah Panjang, iaitu pemilik http://www.aimanaziz.com. Kata-kata +Bro Framestone yang terpapar di bawah mungkin boleh berikan sedikit pencerahan .. agak-agak keliru .. tanya pada empunya badan.
Kata-Kata Blogger Mahu Berjaya

Saya harap entri ini dapat berikan sedikit semangat pada blogger yang mahu berjaya. Kejayaan itu manis kalau kita dah rasa perit dan pahitnya. Jadi, jangan takut nak alami kepahitan itu. Pahit itu ubat.

Selamat berjaya semua.

p.s: Syok tak andai Fatin Liyana singgah dan komen blog post anda macam kat sini - FL Minat Zaquan


35 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. gua tak tegas.

    gua cuma seorang lelaki yang cuma suka makan cendol sahaja.

    BalasPadam
  2. Betul, nak berjaya perlukan kesabaran!
    sabar dan istiqamah dalam membuat sesuatu insyaAllah membuahkan hasil..

    BalasPadam
  3. Biasalah, ada pasang surut. Penat kejar otai, rehat dulu. Masing-masing lain stamina. Takut karang ramai blogger mee segera. Tiada identiti. Semua jadi zombie trafik. Hahaha. Waktu takda idea, pergilah berjalan. Ada idea menimbun, pulun buat artikel. Set schedule post.

    sekadar 50 sen dariku.

    BalasPadam
  4. Nampak sangat masa gua balas komen itu gua tengah lapar dan fikir pasal makanan je he...23x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaiklah contoh yg Bro buat tu... cukup manthop... :)

      Padam
  5. Selagi ada rasa percaya untuk berjaya.... selagi itu pasti ada usaha yang berterusan.....

    BalasPadam
  6. macam saya kan...kan...kan... jadikan blogger2 hebat sbgai sumber inspirasi..bhehehe..

    BalasPadam
  7. That's why kena pandai pilih kawan untuk berjaya. Lagi-lagi blogger otai. Dari mula saya blogging sampai sekarang, saya nampak kemajuan sahabat blogger semua.Tahniah tahniah

    BalasPadam
  8. Betulkan niat dalam menulis blog dan pastikan hati kita tiada hasad dengki..InsyaAllah akan dipermudahkan.

    BalasPadam
  9. Saya akan dapat banyak belajar dari HH... Terima kasih kerana sudi memberi ilmu yg bermanfaat

    BalasPadam
  10. buat blog ni kadang-kdang utk kepuasan diri sendiri gak...kalau utk puaskan org lain mudahlah sampai jalan mati sb kita x kan boleh puaskan semua org....saya kalau x der mood saya akan baca blog org lain utk dptkan kembali mood blogging ni...

    BalasPadam
  11. Tq kerana bkongsi tips. Saya menulis kerana hobi menulis & suka jalan ke mana2 yg boleh.

    BalasPadam
  12. CN berblog kerana hobi, tapi bila tengok rank alexa makin cantik, mcm ada semangat baru pulak utk berblog dan untuk terus menurunkan lagi angka alexa tu ;)

    BalasPadam
  13. di mana ada kemahuan di situ ada jalan... penting juga untuk terus bersemangat :D

    BalasPadam
  14. Sokong abg titan dengan bro framestone.
    Memang depa berdua bijak mengulas.
    Sorang minat cendol seorang ingat makan..hihi
    Maksud tu kena campur semua bahan. Bagi dia rasa menarik. Letak susu full krim bagi ada lemak..seterusnya punyai rasa yang hebat.
    Hanya dari cendol dan ingat makandepa berdua mengulas artikel tuan hh.
    Memang terbaik.
    Makseh berkongsi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul-betul.. Kalau dah cukup segala perisa, insya Allah akan sedap di makan.. Hahaha

      Padam
    2. Teti ae je akak lapar cendol Cik akak weh... :D

      Padam
  15. kata-kata semangat tu kena ambik perhatian dan hadam cukup-cukup untuk kita ikut jejak mereka menjadi orang berjaya.

    BalasPadam
  16. apabila ada rasa nak menulis...aku tulis blog..kalau tak..senyap je kot..itupun sebab bizi..:D

    BalasPadam
  17. Salam Abang, tq sebab highlight blog saya..sekarang semakin bersemangat saya untuk kejar member saya next target alexa 300,000 ranking

    http://www.kacamataview.com/

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah.. Saya banyak belajar dari blog ni..

    p/s: ampunn.. saya antara yang selalu ping entri dalam Kelab Blogger Belia.. pasni try nak aktifkan diri plak la dalam group tu.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok. sama juga dgn saya. Mohon ampun. lps ni takkan ping n3 dah kat situ. tak faham fungsi lg sbb tu selalu share entri ke situ

      Padam
  19. Tips sangat bagus. Pasti ambil sebagai pelajaran dan pengajaran. Terima kasih brother.

    BalasPadam
  20. rakan-rakan blogger banyak memberi sokongan moral untuk saya berblogging...

    BalasPadam
  21. kadang2 pernah rasa down ..pastu up balik

    BalasPadam
  22. Selalu rasa down lebih2 lg bila kita g blogwalking mat blog org tu tp org tu tak sudi pun singgah blog kita tapi kat blog orglain komen berjela2... tp sekejap je down... lps tu... sori lah nk bw ke blog org tu lg... kecuali blog otai... blog otai, hr2 bw pown takpe... :D

    BalasPadam
  23. suke entri abg HH nih. terbaik!!!!

    BalasPadam
  24. Kata-kata yang paling style dari.... Encik Titan - "makan Cendol" Hahahahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement