Komen Terbaik Facebooker - Isu Tudung Fareeda

Perghh, hangat juga isu tudung Fareeda Nyata Jelita ini ye. Saya tak mahu nak panjangkan isu, cuma nak kongsi sedikit mengenai satu komen facebooker di page FB Fareeda Nyata Jelita. Satu komen teguran yang ditinggalkan berkaitan isu Jual Tudung Fareeda Tiruan.

Semalam, saya kongsikan pendapat berkaitan tiru paten tudung Fareeda ni. Itu dari sudut dan pandangan bahawa jangan menipu pelanggan dengan jual tudung tiruan dengan guna satu jenama terkenal, jual lak dengan harga sama mahal. Tak patutlah tu. Hang jual produk 'ciplak' tapi harga sama.

Al Kisah Tudung Fareeda

Isu tudung Fareeda memang hangat diperkatakan, bukan sahaja di Facebook malah di blog-blog Malaysia.
FB Fareeda

Bukan terpakai kat produk si Fareeda ni sahaja, tetapi semua produk-produk lain, termasuklah Quran Digital, telefon bimbit, alat solek, produk pemakanan .... nampak je satu produk ... lagi-lagi yang ada brand yang digilai ramai, terus buat yang ciplak .. pastu jual harga sama ... yang pelanggan punyalah percaya lalu beli. Walhal leh je dapat produk tu dengan harga lebih murah.
 
Jelas tak keypoint kenyataan di atas? Jual produk tiruan dengan harga sama dengan produk original.

Komen Terbaik Facebooker Dalam FB Fareeda Nyata Jelita

Blog post kali ini, ada lain sedikit .... seperti awal saya sebutkan, saya nak highlight satu komen dalam page FB Fareeda Nyata Jelita. Satu nasihat, satu teguran yang sangat baik. Dan pihak yang dimaksudkan mesti ambil peduli akan teguran tersebut. Bukan nak menutup periuk nasi ... tetapi sebagai satu langkah untuk memperbetulkan apa yang yang mungkin tidak betul.

Isu tudung Fareeda ... 

Inilah komen dan teguran yang saya maksudkan:
"sy beli tudung murah2 je.tdung bawal biasa.selesa jgk dan yg penting labuh ttp dada,dan labuh belakang xnampak lekuk bdan.ikut syariat jgk..xmampu beli yg mahal2,tp pendek..nampak bntuk dada..kesian suami nti kne tnya kat akhirat.."
Komen Terbaik Facebooker Dalam FB Fareeda Nyata Jelita
Jelas komen yang ditinggalkan itu sangat benar. Sekarang terpulang .. baik empunya bisnes Tudung Fareeda, mahupun pelanggan yang setia-setia tu. Fikir dalam-dalam, masak-masak ... apa yang sebenarnya yang ingin dicapai dengan jual tudung ....

Tudung berkaitan aurat muslimah ... bukan berkaitan fesyen. Nak berfesyen pun ... hmmm .... biarlah kena dengan apa yang sudah termaktub dalam hukum hakam.

Maaf andai ada yang cedera di hati ....

Pilih nak untung kat mana - untung kat dunia ke .. untung kat akhirat.

{ 58 comments.. read them below or add one }

Salam Yahya Salam Yahya April 09, 2014
wife pun memang tak berkenan tudung fareda nie, singkat sangat.
Bin Muhammad Bin Muhammad April 09, 2014
Saya cukup suka dan tertarik dgn entri HH ini dan amat setuju dgn komen tersebut serta pandangan HH. Ayat terakhir tu adalah kesimpulan yang paling jelas dan perlu dijadikan renungan!
Wafa Cw Wafa Cw April 09, 2014
Segala sesuatu tu atas niat... dan perbuatan yang baik di balas baik... perbuatan tak baik tuhan janji dah balasan yang setimpal... Apa yang di hati biarlah sama dengan bicara di mulut... Moga-moga Allah buka pintu hidayah... kepada saya dan semua..

Bagus komen dia tu... bertuah suami dia... semoga dua-dua suami isteri tu kekal bahagia dan sentiasa dalam syariat... :D

Tak berapa tahu pasal tudung Fareda ni... huhuhu... isteri biasa beli kain dan tempah jer buat tudung hahahaha... katanya nak bagi match dengan baju... :)
Khairul Nizam Khairul Nizam April 09, 2014
Nampaknya termasuk saya.. hanya lelaki saja komen entri ini buat masa ini.. huhu
Tunggu komen wanita plak.. ;)
Phat Phat April 09, 2014
biar lah mereka selesaikan masalah mereka. yang penting siapa yang mampu beli anda teruskan membeli yang tak mampu membeli beli ikut kemampuan kita..fesyen2 jugak tetapi jgn membelakangkan syariat
Shark Kay Shark Kay April 09, 2014
kompom lepas ni fareeda keluar jnis labuh pulak tudung dia,
Misya (Aimi Syahirah) Misya (Aimi Syahirah) April 09, 2014
Terbaekkk la komen tu! Betul, nak berhijab banyak lagi fesyen yang lebih sopan dan menutup aurat boleh digayakan..:) Hope Fareeda terima dengan hati terbuka...
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz April 09, 2014
Huhuhu Dah La MAHAL ..Singkat pulak tu ...
Diaorg tak pikir ker sebelum design ...
Berapa banyak la dosa si ''PENDESIGN'' aka ''PEREKA'' itu sendiri apabila ramai pelanggan yg membeli ... Tepuk dada tanya iman ..
Maaf andai komen melukai hati sesiap ..
Sekadar komen dari rasa hati sendiri...
yangbaik yangbaik April 09, 2014
dah jadi isu besar macam ni... semoga timbul kesedaran
Dari mula lagi memang kagum sangat dengan harganya...
seperti biasalah harganya memang tak mampu ditandingi tetap juga dapat sambutan
kini... sudah tiba masa untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Hairul Hafiz Hairul Hafiz April 09, 2014
Memang mahal sangat, isteri pun tak pakai, beli yg biasa2 je
Maria Firdz Maria Firdz April 09, 2014
Pernh dh kena fire pemilik freeda ni..psl aurat dan design tudung singkt tu.. Tpi balas blik tu.. Xpe lah moga diorg dpt hidayah satu hari nnt...
Khairil Mazri Khairil Mazri April 09, 2014
jual tudung singkat sama macam jual tudung tapi tak pakai tudung. seee
Mama Safiy Arfan Mama Safiy Arfan April 09, 2014
heheh tahu xpe..memang singkat melampau...tu bukan nak tutup aurat tp skadar tutup kepala...dorg ni kdg2 slh phm tutup aurat dgn tutup rambut.huhuhu...harap fareeda amik pendekatan lebih muslimah la lps ni.
farhana mohamad farhana mohamad April 09, 2014
indeed. malu nak pakai tudung tu. better beli tudung bawal je. rm5 je pun then pakai dengan inner. belanja beratus utk tudung yg tak menepati shariah compliance such a wasting time.
Firdaus Azizi Firdaus Azizi April 09, 2014
Terbaik lah komen tu... Entri nih pun bagus sangat sebagai peringatan buat penjual tudung :D
sal ya sal ya April 09, 2014
Ada terbaca psl org yg jual tudung singkat ni , hasil tu jadik x berkat sbb bkn galakkan tutup aurat pun. Mahal tp aurat nmpk x ada maknanya. Size tudung xl. Murah2 je pn. Beli kat hijab galeria. Murah pn murah. Labuh pn labuh.
Cik Balqis Cik Balqis April 09, 2014
saya memang tak pakai tudung fareeda sebab terlalu pendek menampakkan dada. saya masih lagi memakai tudung bawal versi lama dan selendang yang labuh. cukup la menutup aurat. tak perlu beli tudung sampai harga mencecah RM 60++. tak berbaloi saya rasa.
hanafi hanafi April 09, 2014
Rasanya dh ramai orang tegur pasal tdung nih. Tp pihak tudung ni jual tudung ni atas dasar untuk mengajar untuk pakai tudung. Dari tak pakai tudung baik pakai tdung macam gini. Mungkin lama2 derang pakai tudung yg sebetolnya. Entahla. Macam tak kene pun ade.
Afnan Afnan April 09, 2014
Kini. Bertudung untuk berfesyen dan bergaya itu lebih utama daripada bertudung untuk menutup aurat.

Sigh. -_-
AnonymousAnonymous April 09, 2014
Hmm, bukan masalh duit bang oiii..masalah agama ni..bak kate ustaz azhar idris, nk tutup aurat ni, pakai baldi pon boleh..tp biarlah betul tutup auratnye..nabi pon da ckp, ade satu saat nnt, manusia bogel walau pakai baju (aku senangkn maksudnye)..yg nk dkatwkn, zaman tu nnt, org pakai baju, tp nmpk mcm xpakai..zaman kite la ni la tu..
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy April 09, 2014
tak mampu nak membeli tudung fareeda yg makan harga ratus...baik penuhkan barang keperluan dapur...huhuhu..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 09, 2014
Sebagai suami .. jadi tanggungjawab utk nasihatkan si isteri ... benda camni bukan pada diri si pemakai je, tapi yang dok tengok derang pakai gak. Tak kuat dengan 'tangan' guna cara lain.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 09, 2014
Ilham dari Allah S.W.T ...
Nasrul Muhaimin Ariff Nasrul Muhaimin Ariff April 09, 2014
jawapan itulah yg sebaik-baiknye... :)
KiD KiD April 09, 2014
Beli tudung kak siti lah best....
norhayati norhayati April 09, 2014
Kalau labuh sedikit mesti ramai yang beli lagi.
Normi Nieza Normi Nieza April 09, 2014
tudung diaorg jual just untuk biz bukan untuk menjaga aurat wanita..
therylisa nurul ain therylisa nurul ain April 09, 2014
setakat ni tak pernah ag beli tudung fareda @ lebeh kurang mcm patern tudung pendek , hehe,,
Mas Zull Mas Zull April 09, 2014
assalamualaikum hh..betul ckp pengomen tu beli tudung mahal2 tapi x tutup dada nak buat apa susah suami nanti nak menjawab kat akhirat...:)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 09, 2014
Terima kasih atas komen jujur ikhlas ni .. harap yang baca boleh ambil positif. Kita semua ni pun bukan baik sangat, utk itu kena saling menasihati.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 09, 2014
Begitulah nampaknya ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 09, 2014
Haa kan.. lebih baik begitu, hanya labuhkan sedikit je ...
Nrf Nrf April 09, 2014
Saya juga berharap agar Pihak fareeda and the crew buat design semula yg lebih islamic, bukan sekadar bergaya mengikut fesyen shj...Malah, dalam islam tidak di salah untuk bergaya tapi jika aurat tidak ditutup dengan sempurna,(faham2lah kan)..

Semoga komen tersebut mampu menjentik semula team fareeda agar memperbaiki design tudung ke lebih islamic.

okawa okawa April 09, 2014
Dulu,ada yg request fareeda buat labuh dan ikut syariat, mereka kata,ada yg version labuh (koleksi umrah kot) dan mereka menjual tudung bukan utk berdakwah tapi utk perniagaan.

(saya ada baca comment Fareeda tu dgn mata kepala saya sendiri, tp saya x ss plak)

Dan mereka mengatakan, bahawa Cina pun suka tudung ini kerana apa saya tidak ingat.

Comment fareeda tu pada tahun lepas.
eray ayang eray ayang April 09, 2014
ramai dah salah faham pasal hijab nie. hijab yang tak comply, pakai tudung saji pun boleh. lagi satu, bro highlight juga rancangan hijabnista, sebab ramai gadis2 yang tengok, dan simply tiru dan ikut. baju nangka, tapi pakai hijab :(
Wafi Remli Wafi Remli April 09, 2014
Bagaimana agaknya kalau Rasulullah SAW ada bersama kita sekarang, apakah perasaan Baginda bila melihat umatnya sedemikian rupa...
Huny eda Huny eda April 09, 2014
Tertarik dengan ayat ne...Pilih nak untung kat mana - untung kat dunia ke .. untung kat akhirat...yalah..tudung ni bukan utk fesyen gak, tapi ia merupakan syariat wanita untuk menutup aurat... dahlah mahal, tapi...hihi..tak nak cakap banyak...semoga gak ada perubahan dangan apa yag berlaku sekarang..
Ainim Suju Ainim Suju April 09, 2014
jujur cakap, saya mmg tak suka pakai tudung fareeda sbb susah sgt nak tutup kat bahagian dada.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 09, 2014
Kena juga ditegur dan diberikan jalan penyelesaian .. tudung masalah berkaitan aurat seorang Muslimah, kalau kita yang muslim ni ..lagi2 lelaki yang konon khalifah ... tak buat apa2 ... susahlah Phat.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 09, 2014
Dulu orang tak ambik port .. tapi itu dulu.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 09, 2014
Heh .. marah nampaknya yeop
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 09, 2014
Saya ada baca .... ya, mereka cakap semuanya kerana bisnes dan hal dakwah aspek lain, mereka kata nak menarik perhatian kaum lain pakai tudung ... masalahnya ialah .. ini berkaitan aurat muslimah ... diikutkan aurat seorang muslimah, oang bukan islam walaupun sama jantina pun tak leh tgk ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 09, 2014
Semoga kita semua dilindungi dan diberikan rahmat oleh Allah S.W.T
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 09, 2014
Tudung labuh cantik gak apa .. haishhh .. kan Mas Zull?
Mama Darwiish Mama Darwiish April 09, 2014
Betul2...selain harga yg agak mahal, nak beli kena ambil no, tudung pun terlalu colourful, singkat....emmmm ada hikmahnya...
Denaihati Denaihati April 09, 2014
komen yang jujur, betul dan menepati syariat, kira tanggungjawab bersama mengingatkan. tahniah bagi yang komen macam tu.
Sobri Yaacob Sobri Yaacob April 09, 2014
memang terbaik komen tu.. iklas daripada hati.. sedih juga kita sebagai pengguna memang nak kan harga yang murah..sampai beli yang tiruan tapi harga murah..bukan yg tiruan tapi harga sama degan original.. so pikirkanlah sendiri...:P
Ezad Skytech Ezad Skytech April 09, 2014
da la mahal bukan main tudung tu...terlalu singkat pula tu...fesyen je lebih...pelik kenapa ramai yang sanggup beratur nak dapatkan koleksi tudung2 tu...
tarmizi tarmizi April 09, 2014
Pelikkan ada juga orang yang beli kalau tak xde la dia jual...
Nieyna Zainal Nieyna Zainal April 10, 2014
xpenah minat dgn tudunbg spesis mcm ni .. kesian kat suami nnt kne soal ..
Lobam Lobam April 10, 2014
Bila dijual terlalu mahal orang lain ambil untung atas angin. Sama.seperti produk2 ternama.

Ya benar. Suka dengan ayat untung di dunia atau untung di akhirat.

Salam ziarah http://lobam.my
kamil salleh kamil salleh April 10, 2014
Salam... saya tak ikut sangat yang berjenama ni... Fareeda ke, Siti Nurhaliza ke, Fatin Liyana ke, Rosalina ke, Ashwarya Rai ke. Asala saja yang jenis Shawl sopan dan dapat menutup aurat isteri, gua beli.
Khumaera Ismail aka Mariam Ismail Khumaera Ismail aka Mariam Ismail April 11, 2014
sy pun tak berkenan sgt sgt sgt dgn tudung nie.dari awal2 lagi.tapi ramai aja kwn2 yg beli.hanya disebabkan ianya 'mahal', konon nya ada 'class'. I just don't like it..memanipulasi hijab,kononnya menutup aurat padahal.....hurmm...
Tembikai Laici Tembikai Laici April 12, 2014
Sy tak pakai tudung Fareeda tu pon tetap nyata jelita jugakk... :D
Kurang minat pasai singkat sangat juga harga makkk haii..
boleh beli stok ikan utk mkn seminggu...xoxoxox
Tembikai Laici Tembikai Laici April 12, 2014
Sy tak pakai tudung Fareeda tu pon tetap nyata jelita jugakk... :D
Kurang minat pasai singkat sangat juga harga makkk haii..
boleh beli stok ikan utk mkn seminggu...xoxoxox
Tembikai Laici Tembikai Laici April 12, 2014
Sy tak pakai tudung Fareeda tu pon tetap nyata jelita jugakk... :D
Kurang minat pasai singkat sangat juga harga makkk haii..
boleh beli stok ikan utk mkn seminggu...xoxoxox
Tembikai Laici Tembikai Laici April 12, 2014
Sy tak pakai tudung Fareeda tu pon tetap nyata jelita jugakk... :D
Kurang minat pasai singkat sangat juga harga makkk haii..
boleh beli stok ikan utk mkn seminggu...xoxoxox
Yan Saflina Yan Saflina April 14, 2014
Takpernah lagi pakai tudung Fareeda sbb tak suka ngan awning dia..:D

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.