Hadiah Terbaik Sebagai Blogger Part 2

Antara hadiah terbaik sebagai seorang blogger .... blog berjaya dapat Google Pagerank 3 dan berjaya berada dalam kedudukan ranking Alexa terbaik 166. Bukan mudah untuk mendapat hadiah sebegini. Makan tahun tu, bukan setahun, tapi banyak tahun. Dan bagaimana saya mencapainya?

Saya dulu pun seperti anda juga. Merangkak di dalam dunia blog Malaysia ni. Sejak dari tahun 2010, saya wujudkan blog ini dalam cuba merealisasikan impian yang ada sekarang. Dulu, saya segalanya bermula dari kosong. Semua kosong. Pembaca kosong, pengunjung kosong. Alexa rank ntah juta berapa ntah, Google Pagerank pun tak ada nilaian lagi.

Hadiah Terbaik Sebagai Blogger Part 2


Dengan langkah yang ada, saya buat promosi blog sana-sini. Ada segmen saya antara terawal yang join. Ada giveaway, saya terus tak lepaskan peluang. Contest ... mana yang nampak boleh menarik perhatian pengunjung blog saya sertai. Alhamdulillah, daripada banyak-banyak segmen dan kontest, ada yang memberikan impak positif.

Menang Kontest dan Giveaway

Saya menang beberapa contest dan giveaway yang diadakan oleh blogger lain. Blog diketahui kewujudan. Bila sudah ada yang menyinggah, saya mula tarik perhatian mereka membaca setiap inci blog ini - saya pasang widget popular post, saya letak related post, saya kumpulkan entri berdasarkan topik tertentu.



Kekerapan tulis entri .... sampai 10-15 entri sehari. Dengan menggunakan beberapa widget trafik dari laman ping, saya tingkatkan trafik blog ini berganda-ganda. Menggunakan gambar menarik yang unik dan lain dari yang lain, semakin ramai kunjungi blog. Sampai ada entri yang dijadikan sumber pembelajaran oleh mereka yang lain.

Blogwalking tanpa jemu, tinggalkan komen merata. Bina backlinks, bina rangkaian rakan blogger. Sana sini saya tempek nama blog ini... sampaikan ada yang dah naik meluat asyik nampak blog saya je.

Cabaran memang ada, sebab semua orang mahu dapatkan peluang. Ada yang main kotor, ada yang main cantas.... itu biasalah. Onak duri dalam dunia blog Malaysia yang tidaklah sehebat mana.

Saya gunakan segala ilmu yang saya dapat, saya aplikasikan semaksima mungkin.

Alhamdulillah, dengan bantuan ramai rakan blogger lain, apa yang dikecapi sekarang menjadi sesuatu yang tidak mustahil.

Anda juga boleh jadi seperti saya. Kita serupa cuma mungkin langkah tak berapa nak sama. Masing-masing ada kekuatan dan keunikkan. Dan menjadi unik itulah yang boleh membezakan antara seorang blogger dengan seorang blogger yang lain.

Follower blog ini mungkin tidak seramai mana, tetapi alhamdulillah, ada yang membaca.

Mahu jadi blogger dan dapat hadiah-hadiah terbaik ini, usahalah dengan tekun dan bijaksana. Tetapkan niat yang murni dan peganglah agama sebagai panduan dalam menulis.

In sha Allah.


{ 15 comments.. read them below or add one }

HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 15, 2014
Terima kasih banyak-banyak ..
Salam Yahya Salam Yahya April 15, 2014
tahniah bro HH.......murah rezki
wafacw wafacw April 15, 2014
Alhamdulillah... mencapai ranking alexa 166 dan 30k sememangnya hadiah yang terbaik sebagai blogger. Tahniah dan terima kasih kerana tuan boleh menjadi contoh blogger yang pada saya suatu kejayaan yang patut dicintohi... Kini impian saya adalah untuk menyusul jejak tuan dengan izin Allah... :)
ctfand (ctfand.com) ctfand (ctfand.com) April 15, 2014
tahniah HH..moga murah rezeki selalu..
Khairul Asrol Khairul Asrol April 15, 2014
tahniah bro! penulisan bro pun memang dah terbaik dah. bila la nak capai tahap penulisan bro HH ni.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 15, 2014
Terima kasih, in Sha Allah. Amin.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 15, 2014
In Sha Allah. Moga hendaknya begitulah. Tak berharap sangat
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 15, 2014
Masa akan menentukan. Ada usaha, adalah kejayaan.
Wafi Remli Wafi Remli April 15, 2014
Tahniah atas pencapaian tersebut
Hafiza AizZawa Hafiza AizZawa April 15, 2014
bukan senang nak berjaya dan ada nama macam HH.. Tahniah.. kerana usaha HH berjaya...
Syuhada Baharudin Syuhada Baharudin April 15, 2014
diatas usaha yang berterusan, tiada apa yang mustahil untuk dicapai..saya sangat mengagumi bakat penulisan abang..

tahniah! teruskan perkongsian.
semoga terus sukses.
Faizal Zaman Faizal Zaman April 15, 2014
semua bermula dgn kosong..naam dulu pom bangku kosong...hehehe
Nur Madihah Nur Madihah April 15, 2014
wah, taniah2 encik ^_^ Salah seorang blogger berjaya yang patut dicontohi blogger2 lain :)
Innanie Ariffin Innanie Ariffin April 16, 2014
Buat entry memang mudah, tapi nak pembaca baca setiap ayat dalam entry bukan mudah! tahniah HH!

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.