Doodle oh Doodle

Doodle, mulanya haram aku tak tahu rupanya doodle ni adalah conteng-conteng atau dengan kata lebih adab manis, ia merupakan lukisan tatkala fikiran kosong. Nak bagi jelas, alah ... conteng-conteng time cikgu ngajar kat depan atau masa dengar ceramah yang membosankan.

Tapi skang doodle ni dah jadi satu hasil kerja seni yang boleh buat duit dah. Siapa pandai conteng-conteng semasa fikiran mengelamun dan kosong, bolehlah jadikan melukis doodle sebagai income sampingan. Ada je yang buat, dan ramai antaranya ialah blogger sendiri.

Doodle oh Doodle Satu Keunikan

Nak cari siapa pelukis doodle yang bagus, pandai-pandailah anda semua Google. Setakat ini ada la dua tiga orang yang saya tengok lukisan doodle derang memang best. Dan saya bernasib baik, ada pelukis doodle ini hadiahkan kepada saya doodle wajah yang kacak lagi menawan .. hahaha... mekasih la banyak-banyak sebab berikan doodle wajah yang nampak lebih kacak dari saya sendiri.
Doodle oh Doodle hasrulhassan.com

Terima kasih ya caerwhizz.net

Bakat semulajadi jika diketengahkan memang boleh memberikan sesuatu keunikan pada diri. Jika dalam dunia blog, siapa yang unik, maka cepatlah dapat perhatian.

Keunikan - Tips Cepat Dikenali dalam Dunia Blog

Tak percaya?

Inilah yang berlaku pada blog ini satu ketika dahulu. Unik kerana namanya blog ini Bangku Kosong, dapat jugaklah merasa berada dalam satu kolum kecil majalah hangat masa tu. Dan kerana Bangku Kosong jugaklah beberapa ikon blogger Malaysia telah memilihnya menjadi blog pilihan beberapa kali.

Bangku Kosong popular sehingga pengunjung blog panggil saya BK ....singkatkan untuk Bangku Kosong.... yang kini sudah tak wujud dah, kerana diambil alih oleh lelaki bernama Hasrul Hassan (HH) ... hahaha... erkk ...

Unik dan mudah nak ingat.... in Sha Allah, peluang cerah dalam dunia blog Malaysia.

Doodle oh doodle.

Wife saya cakap, saya pandai lukis. Tapi saya fikir, jari dah keras asyik ketuk keyboard je dah. Namun, alhamdulillah, ada gen-gen melukis itu diperturunkan kat anak-anak saya.
Doodle oh Doodle



6 comments.. read them below or add one

myrujukan myrujukan April 14, 2014
saya pun nak ada jugalah doodle saya sendiri, hehhee
wafacw wafacw April 14, 2014
designer mestilah pandai d melukis sikit sikit... cuma doodle guna software grafik ni bukan senang jugak..kena ada bakat tersendiri... macam saya lebih kepada 'fine art' so tak reti nak lukis kartun hahahaha
(My doodling trial using PS3 yang tak berapa menjadi hahaahha)
Amir Khalis Amir Khalis April 14, 2014
gambar doodle paling bawah tu saya pun pernah alami hahaha :D
dulu memang suka lukis kartun
MissNadia MissNadia April 14, 2014
doodle guna software pun best tapi kene kreatif baru menjadi
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah April 14, 2014
kalau melukis pakai pensil tu CN pandai la, kalau guna komputer mmg keras tangan ! hehe
ieta mat sa'ad ieta mat sa'ad April 15, 2014
Dulu masa kecil saya suka melukis wajah2 yang ada dalam Majalah Salina Memang menjadi tapi... terkubur je bakat melukis tu sebab takde galakan dan malas. hehe

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.