02 April 2014

Bila Dah Fed Up Dengan Blog

Saya pernah rasa fed up dengan blog. Bila fed up dengan blog, saya akan berhenti. Selalunya, jika saya fed up dengan blog A, saya akan pergi menulis blog post di blog B pula. Bila saya fed up dengan blog blogspot, saya alih perhatian dengan kemaskini blog-blog wordpress pula. Bagaimana dengan anda?

Bukan selalu sahaja mood datang singgah ketika mengadap komputer dan blog. Bila idea tak ada, mula tak tahu nak tulis apa. Bila tak tahu nak tulis apa, blog terbiar tanpa update terbaru.

Bila dah selalu sangat tiada entri baru, mulalah rasa gundah gulana ..... yang akhirnya memungkin diri jadi fed up dan putus asa dengan blog. Mahukan trafik tinggi, tapi sampai sekarang tak dapat-dapat. Mahu blog jana income, tapi sampai sekarang ... masih lagi di takuk lama.

Bila Dah Fed Up Dengan Blog

Bila Dah Fed Up Dengan Blog

Sabar.

Sabar.

Sabarlah.

Bila fed up dengan blog sendiri yang sedang anda tatapi sekarang, maka carilah perkara lain yang menggembirakan anda. Kehidupan blogger bukan hanya di blog sahaja. Blogger mesti aktif dan peka dengan sekeliling, untuk itu ada banyak macam cara untuk dibuat.

Apabila saya memikirkan saya tiada idea untuk tulis, saya akan habiskan masa dengan anak-anak. Bawa mereka keluar bermain atau bawa berjalan bersiar. Adakala saya bawa mereka berkelah atau memancing. Percayalah, sedikit luangan masa dan bebas dari blog akan kembalikan mood segar untuk blog. Dan percayalah, ia juga akan berikan anda ilham banyak untuk menulis pelbagai perkara.

Bila fed up dengan blog, saya minta anda lupakan blog sebentar. Usah risau tentang trafik. Usah risau mengenai income blog. Usah risau tiada yang membaca. Cari dulu keghairahan diri untuk menulis kembali.

Ya, tinggalkan blog dan cari ghairah diri untuk menulis.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

29 Komen

Kawe kalau fed up, pegi layan game kejap. Nanti ok balik ehhh...

betul tu... kena tinggalkan blog kejap kalau fed up... layan anak-anak... bawak wife keluar minum berdua-duaan ker... huhuhu... buat Apple Pie sama-sama atau masak makanan kegemaran sama-sama ker... kan? Lepas tu dia jadi entry lah... :D

setakat ni belum fed up lagi tapi tengah terfikir nak mewujudkan wordpress blog...

baru nak ada wordpress, tapi setakat nie tak pernah fed up. suka menulis nie. sebab dapat berkongsi :)

dah biasa sangat down pasal nak update entri,,,tapi cara saya ; tak akan maklumkan pembaca yang blog saya sedang mengalami masalah tuu..biarkan seketika dan kembali semula.

bila saya fed up dgn blog, saya main coding2 html je.. heheh

saya bila fed up saya gi jalan-jalan blog org lain dulu...nanti dpt idea baru tulis di blog sendiri..

banyaknye blog..
teringin nak memiliki wordpress
kalau ketandusan idea sy selalu layan tv, layan tv syok especially bab2 mengeluarkan air mata. beremosi bila tgk cerita. lepas habis cerita ngantuk, terus tdo, bgn tdo sure dpt energy. mood pun dtg, insha Allah sure idea dtg mencurah2..

terima kasih atas...
curahan ilmu tiada berpenghujung

kalau tengah fed up / tiada idea nak update blog...memang saya akan tinggalkan blog untuk tempoh masa tertentu...buat benda lain...bila buat benda lain ni kadang2 idea datang mencurah2 nak menaip entri...hee

Muz kalau fed up, slalu baca novel, kemudian tulis review bacaan... Huhu

blm fed up cuma kekurangan masa nak update ... adeh .

Tertarik dengan cara bro Titan memaksa diri untuk menulis blog kerana duit. :-)

Fed up belum lagi HH..cuma tak ada idea nak update tu memang ada......

Argghhh...fed up gak kadang-kadang..uv tak naik-naik haha

Menulis perlukan idea. Tak ada ada idea saya lakukan minat saya menjahit. Selepas itu pasti ada idea. Kalau dah betul-betul fed up juga biarkan blog beberapa hari tanpa update.

Macam kebanyakkan kami blogger biasa ni...hanya itulah satu2nya blog yang ada nak tak nak ...bosan tak bosan blog yang tu jugak akan di hadap jugak nanti...

Betul tu, bila mood bosan menyinggah...take a break...keluar..santai2...mana tahu diluar sana tiba2 ilham masuk... InsyaAllah..

Blogger ni macam penulis jugak. Ada masa terkena penyakit, writer's block. Sampai tak tau nak tulis apa lagi sebab terlampau tumpu sangat.

ada wordpress tapi xtau guna hehehe

Dulu, masa ada PS2 oklah, skang dah rosak ... dah malas nak layan dah. Game dalam iPad pun kadang2 je main ...huhuhu... tapi memang bagus gak idea tu ...

Hmm bagus ada WP blog. Saya pun sekrang tgh dok bangunkan WP blog untuk cenel makanan .. :)

Ya betul, bila suka mudah .. time bila jadi muak tu yang susah sikit .. hehehe

Hehehe .. ya betul, memang tak perlu nak maklumkan ... saya pernah tulis benda ni, macam tak perlu nak publish yang blog kita tak akan update utk jangka masa ...

Itulah sebaiknya, memang langkah dan teknik berkesan nak cari idea, saya sering je buat

Betul tu, kena take a break ... segarkan balik missing chapter dalam idea .. hehehe

Idea yang bagus, lagi2 kalau ada niche blog sebegitu ...

itulah untungnya ada banyak blog..

Btul jg kn.. kadang2 keghairan ntuk mnulis entry pndai lesap..bila zara xda idea nk tulis kat entry, mmg abaikn sbentr blog sb kalo trus tgk blog tmbh lg idea xnak dtg.. beri ruang pda diri sdiri dlu ngan pkara2 lain.

Teringin nak explore wordpress jugak.


EmoticonEmoticon