Bila Ada Persoal Nilai Keinsafan - Tadi ada satu isu dalam Facebook saya, persoalan sebenarnya, ditanya akan keikhlasan. Bagaimana nak ukur keikhlasan? Ada sesapa tahu?

Saya berkata: "Pengakuan berani .. 34 tahun tak sholat .. bukan sebarang pengakuan tu .. pengakuan kat TV!"

Lalu dijawab: "Siapa? Mengaku dgn bangga? Megah? @ insaf?"

Saya berfikir seketika lalu jawab:"Dia celebriti ... biasalah mesti ada golongan yang akan menangguk di air keroh ... tak macam si A, dulu banduan ... siap badan betatoo lagi ... tapi dah jelajah 3 negara ... banduan ... sapa nak buat coverage? Insaf gak tu .... bukan kita nak menilai ..."
Bila Ada Persoal Nilai Keinsafan
Ye .. saya pernah kenal seorang banduan, badan dia bertatoo .. masa saya berjumpa, dia berazam nak buang sebab dia tahu HARAM ada benda tu kat badan. Bekas banduan - tapi saya tak tahu apa salahnya sampai dia meringkuk di dalam penjara. Masa saya jumpa tu, dia sedang duduk berdekatan, sedang dengar kuliah, jika tak salah kuliah mengenai sholat - 'sempurnakan wudhuk dahulu'. Maaf ...Errkk tak berapa ingat.

Dengar2, dia dah jadi pendakwah ... lelaki bertatoo yang saya kenal ni dah jelajah 3 negara, menyampaikan ilmu. Dia tak ada keluarga, tak ada sedara - kalau ada ... siapa nak mengaku? - kan ke banduan? (itu fikir dan kesimpulan saya). Jadi bila dah tak ada yang dekat nak terima, dia pergi ke tempat yang dirinya diterima.

Seorang selebriti ini ... ada terasa sangsi dengan pengakuannya, ada berasa sangsi dengan keikhlasannya, benarkah dia bertaubat? Kadangkala kita disogok dengan mentaliti .. ahh dia selebriti, tu semua lakonan, nak dapat publisiti je. Jadi kerana dia selebriti terkenal, bila dia insaf - kita persoal? Bila dia berubah - kita persoal? Tak mahu panjatkan syukur ke? Atau setidaknya mendoakan dia agar terus kekal begitu? Mengapa tidak?

Ya, mungkin buat sesetngah agak memualkan bila melihat si selebriti ini menangis depan TV, mungkin rasa dia bangga ceritakan soal kehidupan lampaunya. Tapi cuba tengok sirah, dakwah para sahabat, mereka dulu ada tanam bayi perempuan mereka, ada pulak dah bunuh ramai orang sesuka hati, sebelum mereka buka cerita Islamnya dia, dia ceritakan dulu kisah silamnya dan bagaimana NUR cahaya telah membuka hatinya. Dan tengok hasilnya ... kita?

Kita suka nak persoal itu dan ini. Benar, kita cuma nak mencari kebenarannya ... tapi sebolehnya bersangka baiklah .. kan dia seagama. Hak sesama saudara Islam - kena bersangka baik. Lupa? Tak mengapa ... kita boleh saling mengingati - ini juga hak sesama seagama.

**p.s: Harap maaf jika tulisan menyentuh hati, saya mungkin salah.  


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

10 Komen

terima kasih untuk entry ni,..
memberi pengajaran..
Alhamdulillah..

Reply

kisah lama tak perlulah nk diungkit. kita tak berada dalam situasi mereka. andai suatu hari nanti kita diuji sperti mreka diuji. apa pula yang kita akan fikirkan dan kata?

fikir2kan sebelum terus melemparkan cacian

Reply

entri yang mendalam dan juga memberi kesan, tapi betul, bila kita berhijrah ada jer manusia tu yang mempersoalkan dan mencerca serta menabur tohmahan... paling tak menahan boleh dituduh kita bermain bomoh??? nauzubillahminzalik.... sendiri mengaku diri suci yang tak sesuci mana, lepas tu suka melabelkan orang...

Reply

Sebenarnya mereka lagi beruntung kerana diberi Nur Hidayah..

Reply

bila ada yg nak buat baik, support ajer. toksah dikutuk...kalau niat dia mmg nak berubah, alhamdulillah, kalau niat dia cuma nak menunjuk...terserah kpd dia. wallahu'alam.

Reply

Sayang sekali bagi mereka yang memperlekehkan seseorang yang insaf... siapalah kita nak kata orang tu ikhlas ke tak ikhlas ke keinsafan dia tu... dah tentu kita tak tahu isi hati orang lain...tuhan saja yang tahu... jadi sama-sama lah kita usaha untuk bersangka baik... ada sebab nabi SAW tegaskan supaya kita bersangka baik... di SINI hadith supaya jangan hina/caci/kutuk/laknat orang atau sesuatu...

Reply

manusia mmg suka cari keburukkan orang lain.
kebaikan pula dipandang sebelah mata.

Reply

Betul tu patut kita bersyukur mereka dah berubah

Reply

Mendalam entri ni HH.. mmg sesetengah manusia tu selagi tak kena btg hidungnya sendiri, mcm2 benda dipersoalkan.. sebaiknya kita berbaik sangka & membantu serrta belajar dari mereka.. wallahualam. Semoga kita semua tergolong dikalangan org2 yg sentiasa beringat & berbaik sangka... aamiin..

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.