Andainya Aku Berbuat Satu Kesalahan ... Punahkah Kebaikanku?

Hidup sebagai manusia, hendak tak hendak pasti akan berlaku dalam hidup melakukan salah dan silap. Untung menjadi seorang Muslim, beragama Islam ada hari-hari kebesaran yang menggalakkan umat Nabi Muhammad S.A.W saling bermaafan dan melupakan silap dan salah silam. Untung mereka yang faham akan ajaran agamanya bahawa memaafkan itu satu perbuatan yang mulia.

Andainya Aku Berbuat Satu Kesalahan ... Punahkah Kebaikkanku?

Andainya saya, mungkin kerana alpa, mungkin kerana kurangnya ilmu melakukan satu kesalahan yang dirasakan sukar dimaafkan, adakah nanti punah segala kebaikan yang diberikan (jika ada)?

Sekarang, mungkin boleh menitipkan bahawa, "Bang .. jangan risau, in Sha Allah, orang akan ingat kebaikan abang pada orang lain ...pasti mereka akan memaafkan".

Tapi, hati manusia. Apabila guris yang terjadi, selalunya ia kekal dan terus bernanah. Walaupun nanah itu disapu kain putih yang lembut dan dibasahi ubat luka yang baik mutunya, ia akan tetap juga meninggalkan kesan .. yang kemudian menjadi parut.

Sesekali mungkin parut itu dilupai. Tetapi ada masa, tangan yang mengusap akan terasa juga bekas parut itu.

Manusia, ramai antara kita melihat akan keburukan memusnahkan segala kebaikan.

Tatkala dia memperlihatkan kebaikan dirinya, ramai yang memuji melangit, sampai diangkat menjadri hero dan idola ikutan, ada yang memanggilnya sifu yang suka membantu. Tetapi ..... langit tak selalu cerah, dan adakala berjalan juga tersadung batu ...

Tatkala dia melakukan satu salah dan silap yang mengguris hati ramai, semua pakat menghamburkan kata kesat. Langsung dilupakan segala pujian terdahulu, langsung lupakan gelaran hero, idola dan sifu. Begitulah hakikat .... di mana sahaja.
Andainya Aku Berbuat Satu Kesalahan

Maka, perlulah bersedia apabila tiba saat itu. Ini ingatan untuk diri yang tak seberapa. Hari ini ramai yang memberikan pujian, esok lusa ... tiada yang pasti. Percaya akan Qada' dan Qadr', bersedia untuk menempuh apa jua yang bakal berlaku.

Dunia blog Malaysia. Bukan satu tempat yang nyaman sentiasa, adakala ribut, adakala petir. Buat semua, banyakkanlah melakukan kebaikan di alam maya, entah esok lusa .. akan dicaci cerca oleh segenap ceruk hingga diri rasa tak berharga.

Dan kepada Tuhan Sekalian Alam, tempatku berserah.

Maafkan saya semua ... jika terguris hati, terkasar bahasa, tersilap tindakan.




{ 9 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid April 17, 2014
biasanya manusia macam tu, lebih memandang kesalahan dari kebaikan...
cahaya nur cahaya nur April 17, 2014
walaupun ada 10 kebaikan yg kita buat,tetapi disebabkan hanya 1 kesalahan yg pernah kita lakukan,mereka langsung tak nampak 10 kebaikan kita itu...kita akan terus di pandang salah...
❤Kamsiah❤ ❤Kamsiah❤ April 17, 2014
begitulah manusia..lbh mudah mengingati keburukan dari kebaikan seseorang..seolah tiada maaf bagimu...seumpama setitik warna hitam diatas kain putih...yg hitam tu jugak yg dipandang org..

Akak Adek Akak Adek April 17, 2014
Sebab itu Allah maha pengampun... - Sayang Allah sangat..! :'(
Liza Yati Liza Yati April 17, 2014
Marilah kita melupakan dan memaafkan kesalahan org lain. Manusia ini ada kelemahannya. Jadilah yg baik hatinya dgn memafkan merek
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim April 17, 2014
Maafkan orang lain adalah suatu perbuatan yang sangat mulia di sisi Allah SWT.
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah April 17, 2014
lumrah manusia mmg mcm tu, even setitik ink hitam akan kelihatan pada sehelai kertas putih yang bersih..sekali buat silap akan diungkit2 sampai bila2
Khir Khalid Khir Khalid April 18, 2014
Sama2lah kita sentiasa bermaaf-maafan. Perkara aib kita sempadankan & yang baik kita suburkan. In shaa Allah, semoga berkat di dunia & akhirat... aamiin..
Suria Lekatlekitgurl Suria Lekatlekitgurl April 18, 2014
Setiap hari saya cuba menjadi seorang pemaaf & senang untuk mengucap kata maaf.. Dengan kemaafan saja ubat segala penyakit hati.. biar berparut asalkan rasa sakit tu takde lagi.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.