5 Tips Tambah Follower Twitter

Tips dan petua untuk menambah pengikut Twitter - Jika anda seorang pengamal media sosial yang aktif, tentu sahaja anda mahukan pengikut yang ramai. Saya baru-baru ini terbaca mengenai tips untuk menambah pengikut (follower) di twitter. Saya fikir, mungkin ada baiknya saya kongsikan tips ini kepada anda, sebab saya tahu ramai yang memiliki akaun media sosial Twitter.

Tips atau petua menambahkan pengikut Twitter ini asalnya ditulis dalam bahasa inggeris, jadi maafkan saya jika penerangannya kurang jelas. Tips original anda boleh baca di sini - 5 Tips to Gain Twitter Followers
Petua Teknik dan 5 Tips Tambah Follower Twitter

5 Tips Terbukti Bagi Menambah Pengikut Twitter

Tunjukkan Anda Punyai Akaun Twitter

Tunjukkan bahawa anda punyai akaun Twitter dan anda aktif di dalamnya. Akaun twitter yang sentiasa aktif selalunya akan menjadi perhatian. Orang lain tidak akan ikut sebuah akaun twitter yang lesu. Jadi, anda perlu menampakkan bahawa akaun twitter anda hidup.

Pastikan letakkan URL akaun twitter anda di blog, paling bagus, anda letakkan widget twitter seperti yang pernah saya tampilkan dalam entri ini - Cara Letak Follower Twitter di Blog

Anda juga boleh tampilkan feed live tweet anda di dalam blog seperti yang pernah saya tulis menerusi tutorial widget tersebut di sini - Widget Twitter Pilihan untuk Blog

Anda juga boleh meletakkan URL akaun twitter anda di Facebook, Google+ mahupun email anda. Beritahu orang lain bahawa anda punyai akaun twitter, terutama kepada pembaca blog anda.
Petua Teknik dan 5 Tips Tambah Follower Twitter

Kongsi Tweet

Share the #Love. Kongsikan tweet orang lain juga mampu meningkatkan jumlah pengikut atau follower akaun twitter anda. Lebih-lebih lagi jika ia sesuatu yang menarik dan ada kaitan dengan kehidupan anda. Misalnya saya, ada akaun twitter hasrulhassan.com, yang selalunya berkaitan dunia blog, jadi mana-mana tweet dari mana-mana sumber ada kaitan mengenai blog, akan saya kongsikan dan retweet.

Gunakan hashtag (#) tertentu. Ada orang suka membaca tweet berdasarkan hashtag ini. Jadi, pastikan setiap tweet anda ada hashtag berkaitan, selain memberi impak pengikut, anda juga membina jenama anda sendiri dalam media sosial twitter.

Tweet Program atau Event secara Live

Haa .. ini merupakan antara cara dan kaedah yang semakin popular sekarang. Mana-mana event besar yang ada, kongsilah apa yang berlaku secara Live di twitter anda. Gunakan hashtag event berkenaan dalam tweet live anda. Mereka yang mahu mengikuti perkembang, cerita terkini pasti akan klik menjadi pengikut twitter anda. Terbukti! Ia pasti akan menambah pengikut atau follower twitter anda.

Jadi Pengikut Akaun Twitter Orang Lain

Untuk mendapat ramai pengikut yang sama mode dengan anda, maka anda juga perlu mencari pemilik akaun twitter yang berkongsi atau tweet perkara yang sama dengan anda. Jadi pengikut individu atau organisasi ini. Kongsikan tweet anda dengan mereka dengan meletakkan @nama pada setiap tweet anda yang ada kaitan.
Petua Teknik dan 5 Tips Tambah Follower Twitter
Teknik ini juga saya gunakan untuk menambahkan trafik ke blog, malah ia cukup berjaya membuatkan nama-nama yang ada pengaruh tertentu menjadi follower akaun twitter anda. Contohnya seperti yang pernah saya tampilkan dalam entri ini - Bila Selebriti Jelita Baca Tweets dan Follow

Promosikan Akaun Twitter

Dalam apa jua produk, jenama dan sebagainya; jika mahu dikenali dengan lebih cepat, pastilah menggunakan teknik promosi. Ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk mempromosikan akaun twitternya. Namun, ada sahaja teknik atau promosi percuma yang boleh dilakukan.

Anda boleh promosikan akaun twitter anda merupakan giveaway atau kontest - samada menjadi penganjur atau penaja. Boleh juga sediakan banner tertentu dan letakkan di blog-blog.

Cubalah tip-tips dan petua yang telah dikongsikan ini untuk tambah pengikut twitter anda.

Oh ya, jangan lupa untuk follow akaun twitter saya - http://www.twitter.com/hasrulhassan

Selamat mencuba.



4 comments.. read them below or add one

KHAIRUL AMRAN KHAIRUL AMRAN April 07, 2014
Hanya perlu rajin buat semua tips tu. Kalau malas memang tak jadi la.
nur farahain nur farahain April 07, 2014
ain nampak twitter ain disituu~~~

terima kasih sebab sudi follow tweet ain
deno deno April 09, 2014
Deno ada acc twitter tapi tak aktif... huhu
Ananda A. Ramadhan Ananda A. Ramadhan April 15, 2014
Ada yang typo mas :3. Kata "Akaun" hehe

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.