30 April 2014

Telaga Harbour Park Langkawi #VMY2014

#VMY2014 Foto Telaga Harbour Park, Langkawi Kedah - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.

Telaga Harbour Park Milik Dato' Azhar Mansor



Langkawi Duck Tour

#VMY2014 Foto Langkawi Duck Tour - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.

Langkawi Duck Tour

Langkawi Duck Tour #VMY2014
Langkawi Duck Tour #VMY2014
Langkawi Duck Tour #VMY2014
Sunset at Langkawi #VMY2014


4 Tips Kecantikan Wajah HESTA 1Stop Beauty

Tips Kecantikan Kulit Cantik HESTA Beauty. Siapa yang tidak mahukan kecantikan? Ramai yang cari tips kecantikan wajah, terutama wanita. Alhamdulillah, ada yang sudi kongsi tips mencantikkan wajah ni. Kalau dicari, memang macam-macam petua kecantikan ada, tapi blog post ini saya nak kongsikan tips kecantikan wajah dari Hesta 1Stop Beauty.

Pertama sekali, saya jarang gunakan alat-alat kecantikan ni .. hehehe... sebab saya lelaki, itu faktor utama. Tetapi, walaupun saya lelaki, saya tidak menolak bahawa kecantikan dan kebersihan wajah itu penting. Dan saya pasti, ramai wanita, gadis-gadis, perempuan, isteri orang, bekas isteri, janda mahupun mak orang yang mahukan wajah cantik berseri, bebas dari kekotoran, bebas dari partikel yang mencacatkan.
4 Tips Kecantikan Wajah HESTA 1Stop Beauty

4 Tips Kecantikan Wajah

Tips kecantikan wajah dari Hesta 1Stop Beauty ni tak ada apa yang istimewa, tetapi jika diamalkan ... kelak bukan anda sahaja yang akan tersenyum gembira, tetapi juga jiran, anak-anak jiran, jiran kepada jiran, sanak sedara, kawan-kawan di pejabat ... dan paling utama, bagi yang dah ada suami, buat suami bagai tak paling memandang yang lain. Cuba amalkan ....

Membersihkan Wajah

Setiap hari wajah akan terdedah dengan pelbagai debu, partikel, asap dan juga sinaran UV matahari. Tiap kali terdedah, tiap kali itulah wajah kita akan menjadi kotor. Dan penting bagi diri untuk bersihkan wajah kita daripada segala kekotoran dan pendedahan ini.

Oh ya, alat mekap juga boleh menjejaskan 'kesihatan' kulit jika ia tidak dibersihkan. Mekap hanyalah agen sementara menaikkan seri wajah, jika alat mekap yang ada di wajah pun dah terpalit kotor, pastilah perlu dibersihkan, ye tak?

Menyegarkan Wajah

Seperti tubuh badan, wajah juga perlu disegarkan. Wajah yang berat bermekap, di penghujung hari, ia akan nampak letih dan kulit di wajah menjadi kering. Segarkan wajah penting untuk tampak muda dan bertenaga. Wajah lesu, suami pun tak mahu .. hehehehe .. betul? Maka, proses menyegarkan wajah selepas membersihkannya adalah perlu, supaya kulit wajah kekal tegang, berseri dan cantik.

Melembapkan Wajah

Kulit wajah yang kering akan membuatkan ia cepat menampakkan garis-garis penuaan. Bagi wanita, garisan penuaan ini menjadikan mereka kurang menarik. Wajah kering juga akan menyerlahkan kelesuan selain menghilangkan keanjalan kulit wajah. Anjal, barulah sedap bermain cubit-cubitan manja dengan si suami .. ye tak?

Melindungi Wajah

Makanan yang sedap, kalau tidak ditutup, dihurung lalat, boleh membawa ke sakit perut dan cirit birit. Jadi kulit wajah juga perlu 'ditutup' dan dilindungi sebaiknya. Jika tidak dilindungi, maka akan cepatlah ia rosak, dan makin banyaklah kos nanti nak jadikan ia cantik menarik .. huhuhu...

Produk Hesta

Produk Hesta sumber tumbuhan
Tips kecantikan wajah Hesta ini akan lebih berkesan seandainya anda yang sayangkan kulit cantik berseri menggunakan produk atau set perawatan kulit wajah Hesta (Hesta Facial Treatment Set). Sebab apa nak guna produk ini? Bukankah ada produk lain yang boleh digunapakai bersama tips kecantikan wajah tadi tu?

3 Sebab Memilih Produk Hesta untuk Kecantikan Kulit Wajah

Ok, sebabnya ialah ...

Sumber bahan untuk kandungan set perawatan wajah ini adalah dari sumber tumbuhan. Jadi, secara umumnya ia selamat dan paling penting ia suci dan halal digunakan oleh semua. Produk ini mengandungi ekstrak tumbuhan dari Rosemary, Chamomile, Aloe Vera, Minyak Zaitun, dan serbuk mutiara. Ia juga ada approval dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Kalau Google, anda boleh nampak banyak kelebihan sumber-sumber yang dah saya nyatakan tu.

Kedua, guna pakai produk ini hanya perlu dua kali sehari. Tak payah setiap kali ke bilik air, nak kena guna .... sekali pakai pagi, dan sekali lagi pakai malamnya.

Ketiganya ... ... itu rahsia produk Hesta .. bab ni .. anda boleh rujuk blog Hesta 1Stop (klik). Di situ, ada tips lain untuk kulit cantik berseri macam gambar di bawah ni .. yehaa .. hehehe...
Panduan dan tips untuk menjaga kulit wajah
Produk penjagaan kulit wajah hesta
Untuk info lanjut mengenai produk ini:

Blog - http://hesta1.blogspot.com
Pembelian - http://hesta1stopbeauty.com
Facebook - https://www.facebook.com/HESTA1STOPBeautyCenter

Wajah itu satu pemberian dan anugerah, jaga sebaiknya bukan hanya luaran tetapi juga dalaman. Jika tidak menjaganya, jangan pula merungut kemudian hari ...


Tips Tingkatkan Pageview Blog Menerusi Agen Perkongsian

Bagaimana mahu meningkatkan trafik atau pageviews ke blog? Salah satu cara yang saya suka dan sering gunakan ialah menerusi agen perkongsian. Apakah itu agen perkongsian? Agen perkongsian adalah seperti Facebook Share, Facebook Likes, Twitter, Instagram dan Google+.

Kenapa saya katakan ia satu agen perkongsian? Sebab di laman-laman sosial ini, amat mudah orang lain nak kongsikan apa yang telah kita kongsikan, saya berikan contoh dibawah.

Tips Tingkatkan Pageview Blog Menerusi Agen Perkongsian

Kaedah perkongsian menerusi laman sosial Twitter.
Tips Tingkatkan Pageview Blog Menerusi Agen Perkongsian
Follow Twitter Saya Tak? Klik Sini.
Nampak tak bagaimana orang lain retweet apa yang anda telah kongsikan? Saya selalu sahaja tweet entri-entri dari blog ini, ubah sedikit ayat supaya tak nampak macam skema sangat. Ubah tu dengan cara membolehkan orang lain rasa mahu kongsi pada orang lain.

Sama juga dengan Facebook, gunakan agen perkongsian yang ada. Gunakan Share supaya anda boleh kongsi satu-satu entri ke banyak group atau profile rakan anda. Tapi, jangan sampai ia dianggap Spam pula.

Sama juga menggunakan Instagram, selain anda ambil gambar diri anda, gambar makanan, gambar pemandangan, cuba pula instagramkan entri blog anda, berikan link ke entri tersebut. Jika entri itu ada gambar cun lagi bagus .... nanti akan ada yang LIKE, dan mungkin buat repost sebab nampak gambar cun dia sedang dijadikan modal ... hehehe... oh ya, taglah sesapa yang anda fikir berminat nak baca entri tersebut, gunakan hashtag yang sesuai.

Ada blogger yang hanya letak je agen-agen perkongsian ini dalam blog, tetapi mereka sendiri tak klik dan kongsikan. Hanya harapkan orang lain .... dey .. jika diri sendiri tak suka entri ditulis diri sendiri, camner orang lain nak suka .. kasikkk LIKE la jugak!

Sekian, harapnya tips ini boleh bantu blogger dapatkan lebih banyak lagi sumber trafik. Ada banyak cara, cuma kena bijak pilih mana yang sesuai dengan kemampuan diri.


Kehebatan Blogger Indonesia

Hebat blogger dari Indonesia ni. Saya memang cukup kagum dengan mereka. Kagum bukan apa, sebab di kalangan mereka mudah dan suka benar berbagi ilmu berkaitan blogging ni. Tak payah seru nama mereka untuk terbitkan tips blogging, mereka sendiri akan hulurkan tanpa minta apa-apa. Dalam blog post ini saya akan menyingkap kehebatan blogger Indonesia supaya kita semua, blogger Malaysia boleh belajar sesuatu dari mereka.

Oppss sebelum itu, saja nak peringatkan, yelah manalah tahu kot-kot ada yang nak tinggalkan komen di entri ini, pastikan anda baca sampai habis ehhh ... jangan tengok dua perenggan ni je, dah mula buat kesimpulan, kasihanilah saya yang dok menulis dan buat 'kerja' ni. Catatan yang anda akan baca ini merupakan pengalaman dan pendapat peribadi saya sahaja, mungkin anda lain nada dengan saya.
Kehebatan Blogger Indonesia

Kehebatan Blogger Indonesia Perlu Anda Tahu

Tak Kejar Trafik Terkinja-Kinja

Berlainan dengan kebanyakkan blogger Malaysia, mereka tidak kejar ranking sangat macam kita ni, terutama sekali macam sayalah .... hahaha. Apa yang mereka kejar ialah cara mereka mahu jadi terdahulu berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat semua.

Trafik Berkualiti

Blogger Indonesia mementingkan trafik berkualitas, apabila saya periksa blog mereka secara rambang, kebanyakkan blog blogger Indonesia punyai bounce rate cukup rendah. Walaupun trafik atau pageview tak tinggi mana.
Kehebatan Blogger Indonesia
Blog Fatamorgana - Salah Seorang Rakan Blogger Disegani

Kemas Teratur Menyenangkan

Blog blogger Indonesia lebih kemas dan teratur. Semuanya tersusun rapi dan menyenangkan. Selesa buat pengunjung nak baca blog, dan selesa juga buat enjin carian nak indeks.

Jarang Header Gambar Sendiri

Yang ini saya paling nampaklah, ramai blogger Indonesia jarang menggunakan gambar mereka untuk header blog. Header lebih kepada penekanan mengenai apa yang terkandung di dalam blog mereka. Gambar tentang mereka hanya wujud di profile, samada blogger profile atau Google profile.
Top Blog Indonesia - Pakar SEO Malaysia
Antara Blogger Popular Indonesia - Diana Rikasari

Tiada Paksaan Untuk Suka

Setiap kali saya singgah ke blog-blog rakan blogger Indonesia, amat jarang sekali saya ketemui blog yang ada pop up. Tak kiralah pop up LIKE Facebook atau iklan. Sekali klik, terus masuk blog mereka tanpa ada halangan yang memaksa. Jarang juga saya nampak mereka merayu untuk diikuti atau dirayu mohon menjadi follower.

Tiada Widget Merapu

Ketara gak ni, tak pernah setakat inilah saya masuk ke blog blogger Indonesia yang ada pasang lagu-lagu automatik. Tak ada widget burung terbang sebagainya, tak ada widget merapu yang tiada kesan langsung ke atas blog. Semua clean and clear sound .... senyapppp je masuk blog derang ni.

Wordpress

Kebanyakkan Top Blog adalah Platform Wordpress. Mungkin mereka lebih senang berblog dalam platform ini, berbanding dengan blogger Malaysia yang memilih blogspot untuk blogging platform percuma atau untuk newbie.

Berbahagi Ilmu Cara Terbaik

Yang bab ni saya memang suka sangat. Blogger Indonesia tak kedekut ilmu. Walaupun entri mereka dilakarkan bukan milikan original, tapi mereka suka berikan backlink dan pautan ke sumber. Ada sekali saya pergi ke satu blog tutorial, ada pautan sumber diberikan, ikut punya ikut punya ikut punya ikut ... akhirnya pautan itu kembali ke blog yang asal yang saya mula ikut tu ... macam satu kitaran, entri hampir serupa, tapi setiap titip blog saya singgah ada benda baharu saya belajar. Dan mereka saling hormat antara satu sama lain, dan sering ucap terima kasih pada penulis asal atau sumber yang mereka dapat.

Inilah yang saya ingin katakan mengenai kehebatan blogger Indonesia. Walaupun negara Indonesia cukup luas, dan saya fikir jumlah blogger juga lebih ramai, namun secara rambang ... saya lihat mereka adalah lebih baik dalam beberapa perkara nak dibandingkan dengan blogger Malaysia.

Pemerhatian saya terbatas, mungkin anda boleh tambah sesuatu jika pernah dan rajin blogwalking ke blog-blog rakan blogger Indonesia. Apa ditampilkan hanyalah jangkauan rambang saya selama ini.

Oh ya, mereka juga tak macam blogger Malaysia yang suka gah-gah terhadap sesuatu, ala macam sayalah dok gedik keyword Pakar SEO Blogspot Malaysia.... dan buat income online dari blog....hahaha...

In Sha Allah, kita boleh belajar sesuatu dari mereka.

Oh ya, saya acapkali juga jumpa beberapa blogger Malaysia yang dikenali suka meninggalkan komen di blog-blog dari Indonesia .... tak perlulah saya sebut, sebab saya pasti seandainya mereka baca entri ini akan angguk dan tersenyum. Patutlah blog mereka jadi popular dan dimesrai oleh blogger dari seberang laut. Syabas ehhh ...

p.s: Sejak dua menjak ni ramai juga blogger dari Indonesia yang sering komen blog ini, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Jika boleh komenlah entri ini juga .... terima kasih ya gannn ...



29 April 2014

Tips Menjual Blog

Ada sesapa nak jual blog mereka tak? Jika dah malas nak berblog, dan rasa mahu jual blog yang dah sedia miliki, saya ada tips untuk anda menjual blog anda. Jual tak susah, tapi kena ikut terma dan syarat umum ini, in Sha Allah, dalam blog post ini; saya kongsikan sekadar pengetahuan cetek saya tentang tips menjual blog. Dan salah satu tempat nak menjual blog atau website adalah di fiverr.com.

Oh ya, fiverr.com bukan sahaja tempat anda jual blog yang anda dah tak suka nak update, tetapi ia juga tempat anda jual kelebihan anda, pergilah jenguk sesekali. :)

Ok, tips menjual blog. Apa kriteria untuk membolehkan blog anda dijual kepada mereka yang mungkin berminat nak membeli?
Panduan blogger Malaysia untuk jual blog harga tinggi

Tips Menjual Blog Dengan Harga Tinggi

Blog Perlu Domain/Hosting Sendiri

Domain dengan hosting sendiri, atau guna domain sendiri. Ada dua benda yang anda boleh jual di sini, iaitu nama domain, dan juga domain serta hosting blog anda. Jika anda guna blog dengan platform percuma, susah sikit nak tarik perhatian orang nak beli, lainlah jika trafik ke blog itu main juta-juta setiap bulan macam blogserius.blogspot.com.

Usia Blog

Selalunya pembeli akan melihat usia sesuatu blog itu. Jika blog baru, ada kriteria lain yang perlu dilihat. Namun, secara amnya, pembeli akan lihat blog yang telah ada tapak kukuh dalam dunia internet, sudah berada lama, dan banyak artikel atau terbitan yang sudah berada di internet. Hemat saya, usia blog yang sudah melepasi angka 24 bulan dah boleh jual dengan baik.

Rekabentuk Blog

Blog yang mempunyai rekabentuk minimal selalunya mudah nak dijual. Ini adalah kerana kerja-kerja nak ubahsuai mudah dan tidak rumit. Pembeli sukakan blog yang tidak banyak widget, dan boleh loading dengan pantas tetapi pada masa yang sama, sesuai dengan citarasa. Dan pendapat saya, citarasa umum ramai pembeli ialah sebuah blog yang kemas tetapi menarik.
Panduan Blogger untuk Jual Blog Dengan Harga Tinggi

Sumber Trafik

Ini antara cirian terpenting untuk menjual blog anda. Sumber trafik daripada sumber organik iaitu dari enjin carian adalah jadi keutamaan. Ini adalah kerana seandainya blog itu banyak terima trafik dari laman sosial seperti Facebook atau Twitter, ia tentu akan bermasalah pada pemilik baru kerana jaringan sosialnya sudah tidak sama dalam menarik perhatian pembaca. Maka, blog yang punyai kekuatan untuk menarik trafik daripada enjin carian adalah terbaik. Pembeli akan melihat jumlah trafik blog itu dari enjin carian untuk meletakkan harga tertentu.

Blog Mesra SEO

Seperti yang saya katakan sebelum ini, blog yang banyak terima trafik dari sumber organik adalah blog yang senang dijual dengan harga menarik. Maka, blog mestilah mesra SEO, terutama sekali dari segi rekabentuk atau on-page SEO. Blog sudah tersedia dengan cirian SEO samada untuk keseluruhan blog atau pada entri-entri terbitan. Jadi, pembeli hanya perlu memikirkan pada off-page SEO dan konten sahaja.

Jumlah Backlinks Berkualiti

Sebuah blog yang mempunyai backlinks berkualiti tentulah diminati. Ia sudah ada kredibiliti tertentu. Semakin banyak backlinks yang diterima oleh sesebuah blog yang ingin dijual, maka semakin tinggi harganya.

Kedudukan Trafik dan Google Pagerank

Ini serupa satu kesimpulan apabila anda mahu jualkan blog anda. Pembeli blog anda akan lihat kedudukan trafik blog anda secara umum dan melihat nilai Google Pagerank blog anda.

Rasanya cukup kot tips ini untuk sesapa yang terasa nak jual blognya. Weihh memang boleh buat bisnes jual domain blog atau hosting ni. Ada je blogger yang berjaya dah ... :) Cuba tengok beberapa nama domain yang masuk pasaran jual-beli domain ni.


Nama DomainHarga Dijual (USD)
MI.com$3,600,000
Trade360.com$42,500
Fun8.com$25,000
JSA.com$25,000
MySuit.com$24,999
SDPI.com$24,000
Kalk.com$20,700
Smart.ly$20,000
CaliforniaAlmond.com$17,900
NickJenkins.com$16,800
AvisosClasificados.com$16,000
LandLeader.com$15,899
Kalk.net$13,800
Chinese.club$13,750
Meet.club$12,500
Toys.club$12,500
Geologists.com$12,000
EVDC.com$11,750
YWY.com$11,100

Sumber di atas, saya cekau dari sini - http://dnjournal.com/domainsales.htm

Semoga tips menjual blog ini akan berikan sedikit pengetahuan tentang nama domain, hosting, SEO serta backlinks - iaitu kepentingannya. Serta ... buka peluang untuk ssesiapa yang mahu buat duit online dengan bisnes jual nama domain.

Semoga terhibur .. hehehe..


28 April 2014

Kata-Kata Blogger Mahu Berjaya

Adakala, dalam mengimpikan sesuatu, kita perlu ada satu motivasi. Dan dalam dunia blog Malaysia, motivasi berblog itu haruslah dapat dan diterima dari rakan blogger sendiri. Ramai blogger yang dah lama ada blog yang suka bantu blogger lain. Tak percaya? Cubalah anda blogwalking, anda akan nampak dan tahu serta kenal siapa mereka ini.

Dalam dunia blog, jika mahu berjaya, berjayalah secara berjemaah, atau dalam kata lain sebagai satu #teamwork. Saling bantu sesama blogger, boleh mendorong supaya setiap blogger itu mahukan kejayaan.

Kata-Kata Blogger Yang Mahu Berjaya

Sebagai contoh mudah, #teamwork dalam #denaihati network. Anda akan nampak bagaimana mereka sesama blogger menyokong jenama masing-masing, dan paling terbaik berkongsi rezeki yang ada. Tak ramai blogger yang ada keupayaan seperti itu. Saya sendiri sedang cuba meniru langkah mereka ini. Tiru ...bukan copy-paste entri blog ehh ...
Kata-Kata Blogger Mahu Berjaya

Teamwork juga saya cuba terapkan dalam group Kelab Blogger Belia. Saya cuba kongsikan tips yang saya tahu mengenai blog. Cuma mungkin belum berapa nak menjadi kerana nampaknya ramai blogger lebih suka ping entri semata-mata.

Terbaru, saya melihatkan bagaimana Encik Titan juga berusaha ke arah itu. Pakar SEO Merah Jambu buat duit bertalu-talu menerusi affiliate ini dengan sempoinya wujudkan group Kelab Blogger Encik Titan, yang menjurus kepada perkongsian tips dan teknik buat duit online. Mungkin sebab ketegasan Encik Titan, nampak ramai yang guna ruangan tersebut untuk yang menjurus ke arah yang lebih spesifik.

Blogger yang mahu berjaya akan suka ambil kata blogger lain untuk capai kejayaan. Mereka jadikan sebagai satu motivasi ke arah impian.

Saya kongsikan beberapa kata-kata blogger lain ... yang saya fikir mahu berjaya dalam dunia blog.

Muhammad Nasruddin - "betul saya agree..dulu saya tak der target tetapi lepas tengok member punya blog rangking 200,000 rasa tercabar pulak nak upkan ranking blog dari 5.1 juta ke dekat sikit dengan member, syukur dalam 4 bulan ranking saya adalah 355,000 nyata usaha saya tidak sia-sia .. bak kata orang hidup kena ada target .. dan selalu baca tips dari ..... " http://www.kacamataview.com

Nur Faizuddin - "sabar tu penting , xde kejayaan yg dtg dlm tmpoh yg singkat , kene bertatih dulu , lama2 baru berlari .." http://faizuddinfuad94.blogspot.com

Najeeb Abdullah - "Take a break. Relax dulu...macam saya.. banyak kali juga malas...down... Tapi kita jangan berhenti terus, ambil masa untuk relax sekejap.. Tapi jangan la lama sangat. Fikir balik tujuan kita menulis... dalam masa yang sama boleh perbaiki mana yang rasa tak okey, tambah mana yang kurang.. Dah rasa okey,... kita boom dan ping balik kasi naik... Hehehehe.." - http://katanajeeb.blogspot.com/

Karlisa Halim - "popular dan traffic yang tinggi belum tentu menjana sesuatu yang berfaedah. Lakukan perkara yang berfaedah walaupun sebaris ayat. YAKIN 90% rezeki Allah adalah dari PERNIAGAAN." http://satunsiam.blogspot.com/

Encik Titan - "makan Cendol" http://ahmadfaizal.com

Yang ini ada satu kata-kata semangat yang bagus untuk blogger baru ... dikongsikan oleh rakan blogger yang suka main Galah Panjang, iaitu pemilik http://www.aimanaziz.com. Kata-kata +Bro Framestone yang terpapar di bawah mungkin boleh berikan sedikit pencerahan .. agak-agak keliru .. tanya pada empunya badan.
Kata-Kata Blogger Mahu Berjaya

Saya harap entri ini dapat berikan sedikit semangat pada blogger yang mahu berjaya. Kejayaan itu manis kalau kita dah rasa perit dan pahitnya. Jadi, jangan takut nak alami kepahitan itu. Pahit itu ubat.

Selamat berjaya semua.

p.s: Syok tak andai Fatin Liyana singgah dan komen blog post anda macam kat sini - FL Minat Zaquan


Alexa Rank Naikkan Semangat Update Blog

Ada yang tanya saya, "layakkah seorang blogger baru beriya-iya letakkan widget Alexa dalam blog?" Saya kata .... "Awal mula buat blog, inilah antara perkara pertama saya buat, iaitu letakkan widget Alexa." Kerana apa? Ini disebabkan Alexa Rank boleh berikan kesan psikologi yang bagus untuk ada semangat nak update blog.

Ya, saya letak widget ini sebagai membakar semangat untuk update entri hari-hari. Anda mungkin tidak nampak widget itu di dalam blog ini, tapi saya sebenarnya memang ada meletakkan widget itu di tempat yang khusus, sesuai dengan nilainya sebagai tanda aras sesebuah blog.
Alexa Rank Naikkan Semangat Update Blog

Alexa Rank Naikkan Semangat Update Blog

Saya suka melihat widget ini sebagai salah satu antara target, misi dan visi dalam berblog. Sebabnya, kita akan ada arah, tahu apa yang ingin dicapai. Ingat lagi mengenai konsep M.E.S.T.I yang pernah saya tulis? Ia merupakan panduan untuk seorang blogger berjaya bersama dengan blognya. Bukan setakat berjaya menaikkan nama blog dalam dunia blog Malaysia, tetapi juga menjadikan blog sebagai salah satu sumber pendapatan.

Tentu seronok bila melihat rank Alexa semakin hari semakin baik. Dan apabila ada yang tidak kena, atau ranking makin menaik, secara automatik, pastinya akan cuba perbaiki. Salah satunya ialah dengan kemaskini blog dan berikan entri-entri terbaru.
Alexa Rank HasrulHassan.com April 2014

Widget Alexa Bukan Kemestian

Namun, seandainya anda tidak memerlukan widget Alexa dalam blog ... tidak mengapa, dan bukan jadi satu kesalahan serius pun. Saya cuma memberikan laluan untuk anda tahu bagaimana saya telah memperoleh kedudukan yang ada sekarang ni. Dan ia menjadi antara pemangkin saya update blog saya setiap hari.

Jadi, janganlah terkejut kalau satu hari, saya ada update entri blog sampai 3-4 dan kadangkala sampai 10 entri sehari .... sebab bukan apa, ada blogger baru yang tanya saya, dari mana dapat semangat update blog hari-hari .. dan inilah salah satu puncanya.

Blog Suka-Suka Tetapi Ada Misi

Sekali lagi, dalam dunia blog walaupun hanya buat blog untuk suka-suka, anda kena ada misi, target tertentu, takkanlah mahu buat satu blog untuk sesuatu yang sia-sia, lagi sia-sia jika anda berkongsi cerita yang dok aibkan orang lain, dan kemudian letak gambar anda yang tidak sepatutnya dilihat oleh orang lain.

Buat blog biarlah memberikan manfaat, dan untuk menjadikan ia bermanfaat, jadikan blog itu satu yang bermanfaat untuk diri sendiri, dan barulah untuk orang lain.

Elakkan diri untuk cepat berputus-asa. Dan paling penting, sentiasa rasa bersyukur dan tidak hasad dengki dengan kejayaan orang lain.



2 Rahsia Naikkan Alexa Rank Malaysia

Ini satu rezeki bagi blog ini, telah berjaya melepasi 500 rank Alexa Malaysia. Kali ini, rekod baru untuk blog ini dalam tahun 2014, berjaya berada di tangga 142. Buat masa ini, ianya adalah tahap terbaik bagi blog ini.

Sebelum ini, saya ada berkongsi tips untuk menaikkan ranking Alexa blog. Kali ini, saya nak bagitahu rahsia sebenar sebuah blog berjaya naik ke ranking terbaik, yang telah saya praktikkan. Ia memang cara pantas, dan paling best .. sebaik sahaja dibuat, ranking akan terus naik sehingga 20-50 peratus.
2 Rahsia Naikkan Alexa Rank Malaysia

2 Rahsia Naikkan Alexa Rank Malaysia

Inilah rahsia yang telah saya gunakan sejak sekian lama untuk naikkan ranking Alexa.

Tulis Blog Post Berkaitan Alexa

Pertama sekali, anda perlu kerap menulis mengenai Alexa. Tulis dalam blog anda berkaitan perkara-perkara berikut:
  • Kedudukan Alexa Rank blog anda. Letakkan juga widget Alexa dalam entri blog anda itu. Tak tahu nak letakkan widget Alexa? Boleh rujuk tutorial ini - Kod HTML Pasang Widget Alexa
  • Tulis mengenai manfaat dan kebaikan punyai rank Alexa seperti blog post ini - Kelebihan Alexa untuk Blogger
  • Buat penyenaraian blog-blog atau laman web berdasarkan rank Alexa.
  • Pastikan setiap blog post itu ada pautan atau link ke laman web Alexa.
  • Promosikan widget serta toolbar Alexa.

Guna Tool Bar Alexa

Rahsia kedua, saya telah mengguna-pakai tool bar yang disediakan oleh Alexa. Cuma bezanya, saya telah customize tool bar tersebut untuk kegunaan sendiri. Secara tidak langsung anda membenamkan satu backlink kepada Alexa. Jadi, pepatah lama mengatakan, orang berbudi kita berbahasa. Kita guna tool bar Alexa, tentu dan pastilah Alexa suka.

Anda belum lagi gunakan tool bar Alexa? Boleh baca di blog post ini - Cara Mudah Ketahui Ranking Alexa dan anda boleh muat turun percuma satu tool bar Alexa custom-made untuk blogger.

Cubalah, kerana baru-baru ini ramai blogger yang gunakan teknik ini telah berjaya perbaiki rank Alexa blog mereka.
2 Rahsia Naikkan Alexa Rank Malaysia

Selamat berjaya.




Bisnes Baju Kurung Raya

Peluang baik terbuka untuk buat bisnes baju kurung raya. Bisnes jual baju kurung memang setiap tahun akan ada permintaan yang tinggi, malah kalau diikutkan, ia merupakan bisnes yang hot dua kali dalam setahun. Kerana apa? Ini adalah kerana ada dua sambutan hari raya - Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Bisnes baju kurung raya sering mendapat perhatian kerana sudah menjadi kelaziman dan lumrah di perayaan tersebut, masing-masing mahu tampil dengan pakaian baru lagi cantik. Jadi, sudah ada permintaan sangat banyak untuk baju kurung.

Bisnes Baju Kurung Raya 2017

Peluang Buat Duit Sampingan Jual Baju Kurung Raya
Nak lagi best, ada pembeli baju kurung yang bukan memdapatakan atau membeli sepasang baju kurung, tetapi lebih daripada itu. Yang mungkin nak lagi menyerlah di hari raya, sampai sanggup beli 3-4 pasang baju kurung.

Bisnes baju kurung satu bisnes menguntungkan kerana anda boleh buat duit dengan keuntungan sehingga 100 peratus. Perghhh ... boleh kata balik modal, dan buat untung berganda-ganda. Bisnes baju kurung boleh jadi lubuk duit setiap tahun jika anda tahu cara dan kaedahnya.
Bisnes Baju Kurung Raya

Menarik tak? Jika anda otak berniaga, tak payah lagi susah payah dah nak fikirkan benda ni. Saya tahu ramai antara anda bijak congak matematik mudah. Bisnes ini antara paling mudah, dah lagi sudah ada permintaan tinggi setiap tahun. Permintaan dah ada .. cuma perlu dilakukan adalah menunaikan permintaan tersebut.

Jadi, mungkin anda mencari peluang untuk tambah duit poket atau nak jana income sampingan menerusi bisnes baju kurung ini, tetapi tak tahu cara yang sebaiknya, anda boleh dapatkan panduan 100 peratus untuk bisnes baju kurung ini.

Bisnes baju kurung anda boleh lakukan samada secara online atau offline. Dan paling best, boleh dilakukan hanya dari rumah. Semua orang ada peluang dapat income lebih sempena raya 2014, tak kiralah anda pelajar, surirumah, penganggur, seorang suami, atau peniaga sekalipun.

Boleh jual di pejabat, boleh jual di blog, boleh jual di facebook, boleh jual di pasar malam, boleh jual di pasar ramadan, boleh jual dari rumah .... mana-mana sahajalah, lebih-lebih di bulan Ramadan yang selalunya orang nak cara mudah nak dapatkan sesuatu .... ehemmm ...
Tak mahu ke sudah ada bisnes yang sudah ada ramai pelanggan ni? Boleh berpandukan ini - Cara Buat Bisnes Baju Kurung

Bukan setakat anda mudahkan orang lain untuk kelihatan cantik menarik di pagi raya, tetapi anda juga dapat gembira dengan persiapan hari raya tahun 2014 yang lebih meriah dari sebelumnya. Lagi-lagi bila sampul hijau anda boleh hulurkan dengan kertas warna merah terisi di dalamnya ...

Twitter 2014 Berwajah Baru

Twitter berwajah baru, saya perasan minggu lepas apabila mahu kemaskini apa yang perlu di laman sosial tersebut. Anda dah lihat laman twitter anda? Wajah baru kali ini, pada saya lebih baik kerana dapat menonjolkan kelebihan tersendiri.

Twitter Berwajah Baru 2014

Apa yang baru? Pertama sekali anda boleh menjenamakan atau mempromosikan sesuatu menerusi 'header' twitter anda. Ehemmm ... macam yang saya lakukan pada akaun twitter saya ni ... jeng jeng jeng .. cuba lihat tempelan di bawah.
Twitter Berwajah Baru Hasrulhassan.com
Apa yang anda boleh saksikan?
  • Pertama - Header yang lebih besar, tidak lagi diganggu oleh gambar profile yang sebelum ini berada di tengah. Jadi, anda boleh menjenamakan sesuatu menerusi header akaun sosial ini.
  • Kedua - Statistik akaun twitter boleh diperlihatkan dengan lebih baik, iaitu jumlah tweets, berapa jumlah video atau gambar, berapa jumlah pengikut dan sebagainya.
  • Ketiga - Tweet daripada akaun anda lebih ditonjolkan.
  • Keempat - Anda mudah melihat trending yang sedang hangat di twitter, berikan kelebihan untuk anda turut serta dengan menggunakan hashtag tertentu.
  • Kelima - Beri peluang untuk orang lain dengan mudah menjadi pengikut akaun twitter apabila bahagian follow diletakkan di bahagian atas, sisi sebelah kanan.

Ok, sekarang dah lihat contoh yang tak berapa cun tadi, sekarang andainya akaun twitter anda belum lagi buat ubahsuaian, bolehlah lakukan apa yang patut dan perlu ye ...

Untuk ubah, anda hanya perlu klik edit profile diri anda.

Cuba lihat beberapa contoh yang rakan blogger saya yang lain.
Twitter Berwajah Baru
Twitter Berwajah Baru


Kepada rakan yang ada akaun laman sosial ini, mahu ikuti twitter blog ini, silalah ke sini - http://twitter.com/hasrulhassan



27 April 2014

Diari WAHD - Work at Home Dad

Panduan Work at Home Dad (WAHD). Ramai suami merangkap bapa yang kini telah beralih untuk menjadi bapa yang bekerjaya dari rumah. Rumah adalah pejabat mereka. Dari rumah, si bapa menjana income untuk keluarganya. Apa yang menariknya menjadi seorang bapa atau ayah yang berkerja dari rumah? Panduan WAHD tersedia untuk anda, Work at Home Dad, bukan lagi satu impian mustahil, kerana ramai sudah pun berjaya membuktikannya.

Diari WAHD - Panduan untuk Work at Home Dad

Diari WAHD - Work at Home Dad

Saya tertarik dengan sebuah blog, Diari WAHD yang berkongsi tips, panduan serta kisah sebenar kehidupan seorang lelaki, seorang ayah membesarkan anak-anak dan pada masa yang sama mempunyai kerja yang dilakukan di rumah.

Bolehkah ia menjadi satu kenyataan? Bagaimanakah seorang ayah boleh ada kerjaya dari rumah? Kerja yang bagaimana?

Itu antara persoalan yang mungkin terlintas di benak fikiran.

Alhamdulillah, blog Diari WAHD yang ditulis +Ahmad Shahrin Mohamad Anuar boleh membantu mana-mana bapa, bakal bapa, suami, ayah tunggal untuk memiliki pengetahuan bagaimana untuk diri bekerjaya dari rumah. Diari WAHD memberikan panduan bapa bekerja dari rumah.

Siapa lelaki ini? Siapa penulis blog berkaitan work at home dad ini? Adakah dia seorang yang layak berbicara mengenai panduan dan tips bapa bekerja dari rumah?
Saya tak pandai nak menulis biodata orang lain, jadi saya ambil dari ruangan biodata Diari WAHD ini..

Saya telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hati saya pada 12 Jun 2009. Isteri saya, Siti Noor Arfah Binti Umar merupakan seorang WAHM (ibu yang bekerja di rumah) sepenuh masa. Beliau mempunyai ijazah sarjana dalam jurusan 'Technopreneurship'. Hasil usia 5 tahun perkahwinan kami, kami telah dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki. 

Menerusi blog tersebut, anda akan dapat tahu mengenai peluang, cara, petua, kaedah untuk menjalankan perniagaan dari rumah, seterusnya membina kerjaya sendiri, tanpa mengabaikan keluarga dan anak-anak.

Blog saya juga berkongsi tips-tips bekerja dari rumah, tips-tips perniagaan internet. Blog ini juga turut menyediakan tips dan panduan mengenai penjagaan anak. Di samping itu artikel motivasi turut dikongsikan. - Diari WAHD

Dewasa ini ramai yang memilih untuk lebih kebebasan, tidak terikat pada insan yang bergelar boss. Ramai yang mahu ada bisnes sendiri, mahu jana income sendiri, dan pada masa sama, mahu melihat anak-anak membesar di depan mata. Mahu ada lebih masa terluang dengan keluarga.

Anda tak mahu begitu?

Bukan hanya pada bapa, malah semakin ramai ibu mempunyai bisnes online, menjana income setiap hari dan setiap bulan.

Namun, untuk menjayakan impian dan merealitikannya, anda haruslah ada guru, harus ada ilmu, tahu bagaimana nak mengarah diri ke arah itu. Panduan dari blog ini mungkin boleh membantu.

In Sha Allah. Diari WAHD, sebuah blog panduan berkongsi tip-tip bekerja dari rumah, tip bisnes internet yang disulami tips penjagaan anak khas buat ayah yang meletakkan keluarga sebagai perkara pertama dalam hidup.




26 April 2014

Iman Ishak - Malaysia's Barack Obama

Who is Iman Ishak? Uhh ... Barack Obama look alike? Dari Malaysia pula tu. Satu fakta yang baru diketahui oleh saya. Memang saya tak sangka bahawa ada rakyat Malaysia yang mempunyai wajah seiras Presiden Amerika Syarikat ke 44 Barack Obama ini. Pastinya lelaki ini akan menjadi satu perhatian sedunia apatah lagi bila presiden itu akan dijangka melawat Malaysia.

Iman Ishak - Malaysia's Barack Obama

Iman Ishak, seorang lelaki berkerjaya dalam bidang guaman berumur 25 tahun, berasal dari Subang Jaya, Selangor. Lelaki itu punyai wajah seiras presiden Amerika Barack Obama! Dia juga merupakan seorang deejay.
Iman Ishak - Malaysia's Barack Obama

Pertama kali menyedari bahawa dirinya mempunyai kesamaan wajah selepas pensyarah di universiti tempatnya belajar menyatakannya selepas melihat satu keratan akhbar semasa Barack Obama sedang bertanding jawatan presiden Amerika pada tahun 2008.
"My university lecturer was one of the first to point it out. One day, someone brought in a newspaper clipping of Obama when he had just started campaigning for the US presidency in 2008. 

"My lecturer looked at the photo and said to me, 'Hey, that looks like you', but I still didn't see it then.
"Only when others started to tell me the same thing did I start to believe there was a similarity. The icing on the cake was when even my parents started calling me Obama." 
Uhh untung mamat ni mendapat perhatian dunia dek kerana persamaan wajah. Mungkin nanti boleh bawa nama baik Malaysia ke persada dunia ...

Saya kongsikan sedikit gambar dan foto lelaki bernama Iman Ishak ini untuk tatapan dan buat perbandingan. Samakah? Serupa? Anda boleh nilai sendiri.
Iman Ishak - Malaysia's Barack Obama

Iman Ishak - Malaysia's Barack Obama

Iman Ishak - Malaysia's Barack Obama

Iman Ishak - Malaysia's Barack Obama

Kredit Foto: Instagram Iman Ishak


Tarif Air Penang Bakal Naik 20 Peratus?

Dengarnya tarif air di Pulau Pinang bakal dinaikkan sehingga 20 peratus. Itulah yang telah saya ketahui apabila membaca satu laporan akhbar tempatan. 20 peratus .. hmm banyak ke sikit? Saya fikir andai naik, ia tidaklah berapa mudarat sangat, ini berdasarkan kepada pengiraan congak kasar sayalah ketika saya menaip entri ini. Ok, mari buat perbandingan ehhh .. dan in Sha Allah, entri ini akan berikan sedikit info berkaitan pembekalan air di Pulau Pinang.

Tarif Air Penang Bakal Naik 20 Peratus?

Tarif Air Penang Bakal Naik 20 Peratus?
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, negeri kecil Pulau Pinang yang hampir 70 peratus kawasan dipenuhi dengan aktiviti perindustrian, mengenakan caj atau tarif air yang paling rendah di Malaysia. Itu adalah antara sebab mengapa banyak kilang semikonduktor memilih Pulau Pinang sebagai lokasi pelaburan. Kilang semikonduktor menggunakan banyak air dalam proses pembuatan.

Tarif atau caj pembekalan air di Pulau Pinang untuk perusahaan bukan sahaja paling murah di Malaysia, malah jika dibandingkan dengan bandar-bandar perusahaan besar di rantau Asia, ia adalah yang terendah.

Lihat statistik yang saya lampirkan di bawah ini.

Statistik tarif air domestik pulau pinang 2014 Tarif air penang paling rendah di Asia
Jadi, langkah kerajaan Pulau Pinang untuk menaikkan kadar tarif air bukanlah sesuatu yang saya khuatirkan malah, dari satu sudut, ada langkah bijak ke arah penjimatan air secara jangka sederhana.

Kadar Tarif Air 2010-2014 Penang

Buat masa sekarang, tarif air di Pulau Pinang bagi pelanggan domestik adalah seperti berikut:
  • 20,000 liter pertama - RM0.22 per 1000 liter
  • Antara 20,000 - 40,000 liter - RM0.42 per 1000 liter
  • Antara 40,000 - 60,000 liter - RM0.52 per 1000 liter
  • Antara 60,000 - 200,000 liter - RM0.90 per 1000 liter
  • Melebihin 200,000 liter - RM1.00 per 1000 liter

Dan seandainya pengguna domestik menggunakan lebih daripada 35,000 liter sebulan, surcaj akan dikenakan sebanyak RM0.48 bagi setiap 1000 liter.

Tarif ini telah digunapakai sejak tahun 2010 lagi, dan telah memberikan limpahan kenikmatan bagi seluruh penduduk di Penang.

Saya sendiri sejak berpindah dari Perak ke Penang, merasai akan kelebihan ini. Bil air kediaman saya menurun lebih daripada 50 peratus walaupun saiz rumah berbeza, berpindah dari rumah teres setingkat ke teres dua tingkat dan dengan saiz keluarga yang telahpun bertambah.

Secara purata, buat masa ini, bil air yang perlu saya bayar untuk dua bulan antara RM15-30 sebulan, bermakna RM7-14 sebulan.

Tarif Air Penang Bakal Naik 20 Peratus - Langkah yang diambil oleh kerajaan negeri dicadangkan setelah sedar bahawa ada negeri yang telah terjejas teruk dengan langkah-langkah catuan disebabkan kurangnya sumber bekalan air. Ia bagi mengingatkan pengguna-pengguna di Pulau Pinang supaya bersyukur dan melihat kesengsaraan yang terpaksa dilalui oleh penduduk di negeri-negeri lain, yang terpaksa berhadapan dengan masalah air, walaupun dengan kadar caj atau tarif yang lebih tinggi.

Jangan hanya melepaskan tanggungjawab penjimatan ini kepada pihak berwajib sahaja.
In terms of year-on-year NRW savings in Penang, he added, PBAPP "saved" an additional 2.2 billion litres of water in 2012 as compared to 2011.
Rakyat dan penduduk Pulau Pinang harus sedar, walaupun di sebalik harga air yang rendah yang mereka perlu bayar setiap dua bulan, ini tidak bermakna mereka boleh membiarkan penggunaan air tidak cekap dan pembaziran berlaku.

Seharusnya, ia perlu dilihat sebagai salah satu cara untuk lebih menghargai sumber air, dan memastikan setiap titik air itu tidak disia-siakan begitu sahaja.

p.s: Entri ini ditulis dengan tulus ikhlas dan jujur, tiada kena mengena dengan fahaman atau sokongan kepada mana-mana parti politik - itupun jika ada yang mahu mempolitikan isu airlah ... heeee ...



HOTFM Rakaman Panggilan Hangit Cikgu Izzuddin

Rakaman panggilan hangit Cikgu Izzuddin - Ramai yang kata ini antara panggilan hangit HotFM yang paling best. Ia dirakamkan dan telah disiarkan di radio HotFM pada bulan April 2014. Ia sebuah rakaman yang menunjukkan realiti kehidupan di Malaysia, terutama apabila menyentuh isu pasangan mahu bernikah dan berkahwin. Ya realiti ... bukan main-main. Inilah hati seorang pengantin.

Bagi lelaki, gaji RM3000 sebulan pun belum tentu boleh kumpul duit yang cukup untuk bernikah kahwin. Jadi, hanya kerana mahu menunaikan satu kewajipan, dan tuntutan agama, nak tak nak ... perlu cari alternatif paling pantas, iaitu dengan membuat pinjaman peribadi daripada bank.
Rakaman Panggilan Hangit Cikgu Izzuddin

Realiti Pasangan Mahu Berkahwin di Malaysia - Perlu Meminjam

Tension bukan? Nak bernikah perlu meminjam? Saya pasti ramai lelaki dan perempuan bujang di luar sana menghadapi masalah dan pernah berada di dalam keadaan sebegini - nak bernikah, perlu meminjam agar majlis perkahwinan berjalan lancar. Belanja perkahwinan bukan murah. Jika nak kata dalam bajet yang sederhana, makan RM10 ribu jugaklah bagi pasangan.

Inilah hati luahan seorang pengantin.

Mungkin kerana ini, ada yang terpaksa menunggu masa yang agak lama atau dengan kata lain terpaksa berkahwin lewat hanya kerana terpaksa menyediakan belanja yang mencukupi untuk satu majlis sekali seumur hidup (melainkan berkahwin lebih daripada satu).

Rakaman Panggilan Hangit HotFM Cikgu Izzuddin

Apapun, jom layan rakaman panggilan hangit Cikgu Izzuddin ini.

Adakah anda terhibur? Dalam sengih-sengih dan ketawa kecil anda itu, fikir-fikirkan masalah ini.

Jika anda seorang lelaki atau perempuan yang mahu bernikah, dan merasakan bahawa gaji dan pendapatan belum cukup kuat, maka carilah segera pendapatan sampingan yang lain untuk tujuan tabungan. Bukan setakat dalam bab nikah kahwin sahaja, tetapi untuk masa depan juga.

Jangan nanti apabila dah nikah kahwin terbeban kehidupan pasangan suami isteri dengan hutang yang tak terlarat nak dibayar. Jadi, lakukan sesuatu untuk kesejahteraan masa hadapan.

25 April 2014

Kod HTML Pasang Widget Alexa

Kod HTML untuk memasang widget ranking Alexa dalam blog. Sejak Alexa bertukar wajah, dah tak nampak option untuk blogger meletakkan badge Alexa dalam blog. Badge ini sesuai diletakkan untuk menunjukkan kekuatan sesuatu blog itu. Jika anda belum lagi memasang widget ini di dalam blog, saya sangat syorkan anda melakukan sedemikian.

Kod HTML dan Cara Pasang Widget Alexa dalam Blog

Cara Pasang Widget Alexa dalam Blog

Sebelum ini, saya pernah menulis mengenai kelebihan memasang widget Alexa di dalam blog. Anda boleh baca di sini - Widget Alexa Papar Kekuatan Blog

Antara kelebihan memasang widget ini di dalam blog...

Anda boleh bodek-bodek calon-calon pengiklan untuk beriklan di blog anda dengan harga atau caj tertentu. Lebih baik kedudukan ranking Alexa anda, maka lebih ada sebab untuk anda meletakkan caj tertentu bagi pengiklanan.

Salah satu tips rahsia untuk meningkatkan kedudukan ranking Alexa blog anda.
Membina backlink antara blog dengan laman web Alexa itu sendiri, bagi kelebihan Google Pagerank (PR).

Sekarang dah tahu sedikit sebanyak kelebihannya, maka bolehlah anda salin tampal kod HTML di bawah ini untuk dipasang di dalam blog anda.


Pastikan anda tukar hasrulhassan.com itu dengan url blog anda. Jika blogspot, letakkan hasrulhassan.blogspot.com. Ok, faham kan?

Setelah diletakkan, ia akan kelihatan seperti di bawah ini:


Mungkin nak paparkan dalam bentuk banner .... boleh guna kod HTML yang ini:
Sekali lagi .. jangan lupa tukarkan url blog tu .. www.hasrulhassan.com dengan url blog anda, lau tak anda dok pamerkan orang lain punyalah .. ok?

Oh ya ... kod HTML di atas akan paparkan widget tu seperti di bawah ini:


Selamat mencuba ya ...dan pastikan anda kongsikan tips ini pada yang lain juga. Hanya perlukan anda klik mana butang perkongsian yang disediakan. Satu klik, satu sebaran ilmu. In Sha Allah.




Kenapa Rozita Ibrahim Pengasas Sendayu Tinggi Tidak Lagi Berpurdah?

Saya fikir, ini mungkin tajuk yang paling panjang pernah saya tulis dalam blog saya - Kenapa Rozita Ibrahim pengasas Sendayu Tinggi tidak lagi berpurdah. Jika dari sudut SEO, tajuk panjang begini tak begitu bagus, tapi ada kelebihan tersendiri jika blog anda berada di banyak bloglist blogger lain. Ia satu tajuk yang akan memikat pembaca, kerana apa? Anda tanyalah diri ... kenapa anda nak baca entri ini? Hehehe.....

Kenapa Rozita Ibrahim Pengasas Sendayu Tinggi Tidak Lagi Berpurdah?

Rozita Ibrahim, siapa tidak kenal? Beliau boleh saya katakan ikon juga dalam industri kosmetik dan kecantikan di Malaysia. Saya telah berpeluang bertemu dengannya, sewaktu di Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014). Ya, ramai blogger lain juga sempat bertemu dan mendengar kisah bisnes Rozita Ibrahim ini. Ramai yang kagum akan kecekalan beliau. Orangnya memang cantik dan menawan.
Ingat lagi tak satu ketika dahulu, penampilan Rozita Ibrahim pernah berpurdah? Hanya menampakkan mata sahaja. Ramai yang kata bahawa beliau sertai parti politik tertentu dan ada yang mengatakan bahawa beliau pengikut Al-Arqam yang sinonim dengan penampilan sebegitu di Malaysia ini.
Memetik kata-katanya ..
Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai ke mana saja saya pergi.
Namun, biasalah manusia, ada sahaja yang tidak kena, dek kerana berpurdah atau berniqab, ada jaja cerita tak baik dan kurang menyenangkan.
Jana Pendapatan Menerusi Bisnes Tanpa Modal

Sebenarnya ada kisah menarik di sebalik tutup pakai purdah ini, kejap pakai kejap tak pakai ... kenapa Rozita Ibrahim dulunya berpurdah tetapi kini tidak lagi.

Saya cuba ambil sedikit cerita untuk perkongsian di sini ...
Saya pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan, semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3 kali, mereka membatalkan kontrak tanpa alasan.

Saya ingin membeli siaran RTM dan TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM. Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali.

Alasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan”

Saya jawab “Bagaimana pula kalau orang islam atau bukan islam yang berpakaian seksi .. kenapa dibenarkan ?? Bukankah itu lebih teruk akibatnya dari saya menutup muka, kerana boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk, seperti merangsang keinginan seks sehingga berlakunya rogol dan zina.. Setahu saya, islam agama rasmi negara kita kan..??

Jawab mereka “ Itu saya tak tahu.. Itu pihak atasan punya arahan” 
3 tahun Rozita Ibrahim memakai purdah dan niqab, akhirnya dengan mendapat pandangan dan nasihat daripada mereka yang arif, beliau kekal dengan penampilan yang kini anda sedang lihat, ititu bertudung seperti biasa, melepasi dada.

Kerana deskriminasi .... Rozita Ibrahim tidak lagi berniqab.

Moga perkongsian ini buat kita semua terutama yang beragama Islam untuk berfikir.

Untuk cerita penuh kisah ini, anda boleh baca di blog Rozita Ibrahim sendiri.

Kredit Foto: myputeri21.blogspot.com




Hantar URL Blog ke 10 Laman Carian Utama

Hantar URL blog ke enjin carian penting dan perlu jika mahu blog anda berada di enjin carian. Anda perlu beritahu bahawa ada satu blog hebat milik anda sedang berkongsi info dan ilmu bermanfaat untuk pencari maklumat di internet seluruh dunia.

Tentu agak renyah jika nak pergi ke satu-satu laman web enjin carian untuk hantar URL blog anda kan? Jadi, blog post ini berkongsi cara mudah untuk anda hantar URL blog ke 10 laman enjin carian utama dengan hanya satu klik!

Hantar URL Blog ke 10 Laman Carian Utama

Hantar URL Blog ke 10 Laman Carian Utama

Sebelum ini, saya dah pernah juga berkongsi banyak tips dan cara yang sama untuk hantar URL blog ke enjin carian. Ada tu, dengan hanya satu klik .. dah boleh hantar ke lebih 40 enjin carian, ada tu sampai 1653 enjin carian ...

Cuma bezanya entri ini akan berkongsi kepada anda untuk hantar ke 10 laman enjin carian utama di dunia.

Laman carian utama itu termasuklah ..
  • Google
  • Bing
  • AOL
  • Excite
  • EntireWeb
  • WebCrawler
  • ExactSeek


Enjin carian ni satu je anda kena faham, ada tu nama je lain-lain, tapi cara perlaksanaan atau algorithma yang digunakan sama sahaja pun dengan Google atau Bing. Kenapa wujudnya laman-laman enjin carian yang banyak ni? Ini adalah kerana laman web tersebut nak jana income menerusi Google Adsense yang ada fungsian - bayar menerusi kotak carian Google.. haaa tak tau ke? Saya pernah cerita dah .. jana income menerusi kotak carian Google yang dipasang di blog .... cer cari .. hehehe...
Hantar URL Blog ke 10 Laman Carian Utama - Panduan Blogger

Uhh melalut lebih dah ni. Ok, nak hantar URL blog ke 10 laman carian utama mudah je, anda hanya perlu pergi ke SubmitStart. Letakkan URL blog dan email anda, klik Submit yang disediakan ... dah siap.

Pastikan anda lihat inbox email selepas anda hantar URL untuk beberapa pengesahan yang diperlukan.

Selamat mencuba dan moga manfaat buat blog anda semua ....

Andai sudi, kongsikan juga pada mereka yang mungkin tak tahu cara ini ...

Syoknya Iklan Google Adsense

Tak ada rezeki nampaknya blog ini untuk meletakkan iklan platform Google Adsense yang sudah sekian lama kena banned dari disiarkan. Dan hari ini, saya telah cuba appeal buat kali ketiga agar dibenarkan semula menggunakan servis Adsense di blog www.hasrulhassan.com ini. Dan apa jawapan dari pihak Google Adsense? Uhh kena tolak lagi ....

Syoknya Iklan Google Adsense

Google Adsense antara platform pengiklanan yang boleh saya katakan agak mewah juga. Jika kena caranya, boleh jana income sehingga ribuan ringgit sebulan. Malah, ada blogger yang pernah nyatakan kepada saya, dia berjaya dapat ribuan ringgit sehari hanya dengan menggunakan iklan Adsense di blognya.
Syoknya Iklan Google Adsense

Papar Iklan Berkaitan Dengan Apa Dicari Pengunjung Blog

Google Adsense yang menariknya ialah .. ia akan memaparkan iklan yang berkaitan dengan apa yang pengunjung cari. Katakan saya merupakan pengunjung sesebuah blog yang meletakkan iklan Adsense. Sebelum saya singgah ke blog tersebut, hari sebelumnya saya telah menggunakan Google untuk mencari mengenai perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu. Dan apabila saya masuk ke blog yang ada iklan Adsense ini, dengan secara automatiknya menggunakan cookies carian yang terbenam di dalam pelayar internet, iklan-iklan berkaitan kereta sewa Kota Kinabalu akan dipaparkan.

Maka, seandainya saya .. yang masih buntu nak mencari servis kereta sewa terbaik di Kota Kinabalu, iklan yang keluar itu sedikit sebanyak mempengaruhi untuk ingin tahu. Jadi, saya kemungkinan akan klik iklan Adsense tersebut. Jadi pemilik blog yang ada Google Adsense akan terima bonus klik iklan dari Adsense; selain pendapatan berdasarkan kos per view yang disediakan.

Itulah yang menariknya Adsense.

Ia juga akan paparkan iklan yang ada kaitan dengan isi entri atau blog tersebut. Katakan blog itu bercerita tentang biasiswa, maka iklan yang bakal dipaparkan oleh Adsense adalah seperti peluang belajar ke oversea, pinjaman pelajaran antarabangsa, promosi dari institusi pendidikan dan sebagainya.

Ia jadi paling untung apabila blog dikunjungi pula oleh pelawat-pelawat dari negara-negara yang matawangnya lebih tinggi dari Malaysia. Pada ketika itu, iklan-iklan yang ditawarkan tentulah mengenai latar belakang si pelawat blog, katakan ia dari Eropah, dan ketemu blog anda menerusi enjin carian, iklan terpapar pula adalah iklan yang telah dibayar dalam unit Pound Sterling ... perghhh .... masyukkk ....

Cuba lihat ni - USD1000 Seblan Menerusi Google Adsense

Jadi, jika anda ada akaun Google Adsense, sila ikuti terma dan syaratnya yang ketat itu dengan sebaik mungkin. Jangan dilanggari nanti jadi macam saya ni .. huaaaa... dush dush ...


24 April 2014

Teknik Suruh Dalam Perkongsian Entri

Teknik suruh dalam perkongsian entri blog? Apakah maksudnya ni? Heee.... kalau dalam bahasa marketing ... ia lebih dikenali sebagai Call to Action. Iaitu meminta pembaca blog anda membuat satu tindakan selepas apa yang telah dilakukan, dalam hal ini selepas baca entri blog anda sehingga habis. Bagaimanakah caranya teknik suruh yang saya katakan ini?

Teknik Suruh Dalam Perkongsian Entri

Panduan blogger blogspot - Teknik Suruh Dalam Perkongsian Entri
Sebelum menggunakan teknik suruh ini, anda kena pastikan bahawa blog anda telah mempunyai agen-agen perkongsian entri blog, iaitu tiga yang popular - FB Like, Tweet dan Google+1. Dengan menggunakan tiga agen perkongsian ini, anda boleh menulis sebuah entri yang diakhiri dengan perbuatan menyuruh (Call to Action) bagi pembaca entri anda.

Mungkin dah ramai yang buat seperti contoh berikut:

"Klik Share dan Like ye"
"Share n Like Entri Ini"


Tapi tak nampak impak yang kuat, dan ada kemungkinan tiada siapa pun yang sudi untuk klik mana-mana agen perkongsian tadi.

Ubah Teknik Keras Jadi Lembut

Untuk itu, anda kena ubah sedikit cara penyampaian teknik suruh ini. Anda lakukan dengan secara lembut dan tidak nampak sangat anda menyuruh mereka klik mana-mana agen perkongsian tadi. Anda boleh cuba teknik seperti di bawah ...

"Entri ini jika dibaca oleh orang yang memerlukan pasti mereka gembira sebab anda dah tekan Like n Share di bawah"
"Mungkin ramai yang ingin tahu informasi saya kongsikan ini, andai sudi kongsikan kepada rakan-rakan yang lain"

Panjang sedikit tetapi berbaloi, kerana anda memberikan sebab kepada mereka untuk klik agen perkongsian tadi - like, tweet atau google+.

Cara ini juga anda boleh praktikkan terus di Facebook milik anda atau mana-mana group yang benarkan anda kongsi entri blog. Gunakan cara lembut teknik suruh ini supaya yang baca status itu ringan jari untuk klik, walaupun mereka sebenarnya tak baca pun entri blog anda .. hahaha...

Bagaimana dengan tips dan teknik suruh dalam perkongsian entri blog ini? Adakah anda merasakan ia berbaloi untuk rakan-rakan anda di Facebook untuk cuba? Kongsikan jika sudi, jangan teragak untuk sebarkan ilmu ini untuk orang lain peroleh manfaatnya ya ...

Ok, selamat mencuba.


Exabytes Angel Program

Siapa yang ada sertai program affiliate dari Exabytes? Exabytes adalah satu syarikat terkemuka di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran domain serta penyediaan hosting untuk blog dan laman web. Malah, Exabytes ada program affiliate sendiri untuk ahli-ahli yang berdaftar. Jika nak daftar program Angel Exabytes, boleh rujuk entri saya ini - Peluang Jana Pendapatan Dengan Exabytes

Exabytes Angel Program

Exabytes Angel Program
Err tapi tak pasti pula boleh lagi ke join? Tak pun boleh terus daftar di sini - http://bit.ly/QzWuw2

Sebenarnya ramai dah blogger Malaysia yang dah join Program Angel dari Exabytes ini. Mana taknya, ia sebuah program affiliate yang relevan dengan blogger. Exabytes ada pakej-pakej menarik untuk hosting, tak kiralah untuk blog, laman web bisnes atau sekadar nak beli nama domain tertentu.

Satu yang best mengenai Exabytes ialah kekerapan mereka anjurkan kontes dan giveaway tertentu untuk pelanggan-pelanggan mereka. Antaranya boleh lihat di entri-entri berikut:
Menarik tak? Jadi sekiranya anda mahu kelebihan menyertai mana-mana kontest dan giveaway, daftar pakej-pakej yang disediakan oleh Exabytes.

Antara pakej hosting menarik yang mungkin boleh anda cuba tengok-tengok dulu ....



Tengok tak salahkan? Bagi yang ada bisnes ... tawaran ketiga Ebiz Power Hosting Plan tu memang terbaik ... ada kelebihan tersendiri ... hanya jika mereka yang betul-betul nak adakan bisnes online sahaja yang patut ambil pakej tersebut.

Harapnya blog post ini bagi sedikit maklumat kat mana tempat yang boleh anda beli domain dan hosting .... :)