Yuyu Zulaikha Terkena 'Buatan Orang'

Nganga nampak baca tajuk entri ni. Huishhh ... tutup mulut tu, lalat masuk nanti. Yuyu Zulaikha terkena buatan orang? Seriusli (seriously) benarkah? Ya benar, Yuyu Zulaikha sudah terkena buatan orang - begitulah kalau sembang dengan tahap blogger yang dah tua macam saya. Terkena buatan orang sekadar kiasan untuk menunjukkan bahawa si wanita sudahpun bakal menjadi ibu.

Ya, Yuyu Zulaikha bakal menjadi seorang ibu akibat perbuatan orang .. hehehehe... 

Yuyu Zulaikha blogger hebat dan terkenal bakal timang cahayamata.

Yuyu Zulaikha Terkena 'Buatan Orang'

Tahniah ... tahniah pada blogger kecil molek Yuyu Zulaikha yang bakal menjadi ibu tidak lama lagi. Walaupun tiada update terkini di blog Yuyu Zulaikha mengenai perkhabaran gembira ini, tetapi ada beberapa status di Facebook yang mengiyakannya. Apatah lagi ada laporan dan entri yang telah diterbitkan oleh bloger lain.

Boleh baca entri tersebut di sini - http://goo.gl/nUeLDP
Gambar perkahwinan Yuyu Zulaikha - Blogger Terkenal Malaysia

Untuk info bagi mereka yang mungkin tak tahu, Yuyu Zulaikha telah selamat menjadi isteri kepada seorang bekas ahli kumpulan rock Massacre Conspiracy dan juga merupakan bekas penyanyi kepada kumpulan Ballad For Layla. Nama suami Yuyu Zulaikha ialah ... Izwan Safuan.
Foto suami Yuyu Zulaikha - Izwan Safuan

Berkahwin dalam usia 24 tahun bukan perkara pelik, malah saya ucapkan syabas dan tahniah pada Yuyu kerana mengambil langkah penuh berani untuk menjadi seorang isteri dalam usia sebegitu di zaman millenia ini.

Bernikah pada 13 Disember 2013, dan majlis resepsi pada 14 Disember 2013 di Langkawi, Kedah. 

Yuyu Zulaikha Jadi Penulis Mingguan Wanita

Yuyu Zulaikha seorang blogger yang hebat. Hebat sebab dia bukan seorang blogger biasa, daripada pengalaman berblog dan berkongsi cerita, Yuyu sekarang dah jadi penulis pojok di salah sebuah majalah mingguan. Perghhh hebat kan? Ada ruangan khas dalam majalah untuk dia tulis setiap 2 minggu.

Haa .. jangan tak percaya, Yuyu Zulaikha sudah jadi penulis dalam Mingguan Wanita yang keluar setiap dua minggu (kalau tak silap). Yuyu menulis dalam ruangan Diari Blogger. Tahniah .. tahniah.

Ini lagi ... terkena buatan orang juga ... kalau tidak manakan dapat peluang jadi penulis ye tak?

Jadi Penulis Buat Duit

Itulah yang saya katakan dan +Aqif Azizan bongkarkan dalam Rahsia Penulis

Biar menulis sampai dapat duit. Mula-mula belajar menulis dengan baik menerusi penghasilan entri yang menarik dan mengundang pembaca. Bila dah ada pembaca sendiri, kredibiliti meningkat ... lalu apabila kemudian hari, apa sahaja yang anda akan tulis dapat pengaruhi pembaca blog, sehinggakan mereka membayar untuk apa yang anda tulis.


Sekali lagi tahniah buat Yuyu Zulaikha yang bakal menjadi ibu dan menimang cahayamata pertama. Didoakan semoga +Yuyu Zulaikha akan sentiasa sabar dan ikut nasihat doktor dalam mengharungi saat-saat indah mengandung anak sulong.

In Sha Allah. Mungkin rezeki akan lebih bertambah dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kelak.

Kredit Foto: Yuyu Zulaikha


{ 12 comments.. read them below or add one }

Che Akak Che Akak March 04, 2014
hensemnya laki Yuyu..sama cantik sama padan...tahniah buat pengantin
Sukma Haron Sukma Haron March 04, 2014
Tahniah yuyu zulaikha...
Aniq Bukhary Aniq Bukhary March 05, 2014
Nie memang betul2 buatan org nie.. hehe :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 05, 2014
Kannn ... saya pun seronok tngok pasangan berdua ni ... siyes padan sangat.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 05, 2014
Itulah kan .. orangnya dari ramai orang beritahu adalah sangat baik dan humble .. kecik molek je ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 05, 2014
Hahaha... adehhh ... adehhh ....
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy March 05, 2014
tahniah yuyu...alhamdulillah..berkat terkena buatan orang..hehe
zool zool March 05, 2014
hebatnya,..
semoga berbahagia selalu
Zara Nurhaidah Zara Nurhaidah March 05, 2014
Semoga sntiasa bbhagia hgga ke jannah..amin.. =)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.