Bagaimana nak buat blog peribadi menjadi menarik? Ok, anda tentu kenal dengan blogger-blogger hebat dan terkenal seperti Redmummy, Yanmie Online, Hanis Zalikha, Jejari Runcing, Fatin Liyana dan beberapa nama lagi .... apa yang anda nampak daripada blog2 ini?

Blog-blog ini tergolong dalam blog peribadi, bercerita kisah dan hal hidup mereka yang menarik untuk dikongsi. Apa yang membuatkan blog mereka ini disukai ramai? Ada ribuaan followers, dan hampir puluh ribu pembaca setiap hari? Bagaimana membuat blog peribadi jadi menarik?

Tips Blog Peribadi Jadi Menarik

Saya dah tengok, malah setiap sebulan dua akan singgah ke blog ini, tak jemu walaupun entrinya dah makin kurang update. Mengapa? Malah, apabila anda jenguk ke blog mereka, anda akan teringin nak baca kisah-kisah sebelumnya ... apa rahsia sebenar mereka ni?



Mudah, dan anda sendiri pasti akan bersetuju. Faktor paling utama ialah gambar! Letakkan gambar menarik untuk definasikan penceritaan anda. Ini merupakan satu kelebihan bila anda membuat blog menggantikan diari. Dalam diari anda tak boleh letak gambar, jadi blog merupakan tempat di mana gambar cantik anda boleh dimuatkan.

Gunakan gambar sebagai daya tarikan untuk membuatkan pengunjung terus melekat dalam blog anda. Gambar perlu jelas, kalau boleh biar kreatif dan menarik. Saiz gambar tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, cukup rencah untuk dilihat oleh mata.

Untuk tips berkaitan gambar, anda boleh buat carian di dalam blog ini, ada banyak panduan telah saya kongsikan kepada anda.

Buat mereka yang menjadikan blog ini sebagai tempat bercerita kisah hidup seharian .... maka guna pakai panduan ini untuk mendapat pembaca setia .... in Sya Allah ... lama kelamaan, dengan penceritaan yang baik, gambar yang cantik serta melakukan beberapa panduan berblog yang lain, anda boleh lihat kejayaan blog anda sedikit masa nanti.

In Sha Allah.

34 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hmmm.. best.. tqvm... nak jenguk gak blog2 itu..

    BalasPadam
  2. TQ syer..
    Mmg berguna tip nie :)

    lgpun cheq mmg suka bergambo..heheee

    BalasPadam
  3. @Myra Jay Jangan lupa untuk letakkan watermarks pada gambar bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

    BalasPadam
  4. nk letak gmbr tu la malu sikit..hihihi... apepon perkongsian yg berguna.. :) Mak Usu akan try k..hihi..tq

    BalasPadam
  5. letak gambaq ekk? ermmm kadang2 jer buat... =)

    BalasPadam
  6. oh! begitu ya?
    okayh!
    sudah tahu!
    hehehe!
    ilmu yang berguna!
    thanks!

    BalasPadam
  7. ya, sdg cuba utk meningkatkan kretaiviti dalam blog

    BalasPadam
  8. kelebihan mereka ialah CANTIK,,klu letak gambar bnyk2 pun tp tak cantik dan stylo mana org nk ikut sangatkan,,biasa2 aje,,kannn,,;P

    BalasPadam
  9. @missina Tak juga, lihat blogserius, dan juga blog tiffinbiru ... takkan jumpa pun gamber derang, tak lawa mana pun ... tapi sebab mereka ada gambar kreatif ... insyaAllah boleh.

    BalasPadam
  10. kalo ada gmbr2 yg kreatif yg berkait rapat dgn tajuk, akan dpt tarik org dtg tgk blog...

    BalasPadam
  11. Tq hh...masih byk perlu belajar...bilalah agaknya hh nk singgah blog sy...hihi.

    BalasPadam
  12. itu memang saya setuju...saya faham ramai yang suka tengok gambar berbanding membaca

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO

    BalasPadam
  13. suka gak masuk blog ni sebab penulisnya hensem..:P

    BalasPadam
  14. assalamualaikum hh...perkongsian yg baik ni...;)

    BalasPadam
  15. gambar yang menarik memang buat orang tertarik untuk baca dengan lebih lanjut cerita dalam blog...:D

    BalasPadam
  16. Saya mmg gemar juga letak gambar... in shaa Allah, akan di perbaiki apa yg patut.. T kasih HH.. :)

    BalasPadam
  17. gambar memainkan peranan yang tak kurang pentingnya...nice sharing HH....

    BalasPadam
  18. satuyg saya perasan semuanya adalah perempuan...hehehe....

    BalasPadam
  19. terima kasih tuan di atas pencerahan ini :D

    BalasPadam
  20. Hurmm..... kalau macam blog cheq memang kena slalu letak gambar best....memang antara sebab yang buat orang nak komen entry tu

    BalasPadam
  21. tips berguna...thank you sifu w/pun mood semakin kelout...hehehe

    BalasPadam
  22. terima kasih for the tips HH..akan cuba praktikkan..

    BalasPadam
  23. Perkongsian menarik...harus dipraktikkan nanti tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Ya .. buat blogger baru yang masih cari rentak, boleh ikut tips ni

      Padam
  24. ganbar y bnyk membtu dalam blog... kalau line slow Tuhan je tahu duk tmenung tgu pic uplod..hihihi.. nice sharing HH

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement