Langkau ke kandungan utama

Sebab Utama CNN Tiada Kredibiliti

Hanya dengan satu gambar sahaja, dah boleh jejaskan kredibiliti apa yang disiarkan oleh CNN. Tak perlu cari selok belok siapa CNN tu pun, dengan gambar yang bakal saya kongsikan ini, dah cukup buat anda untuk gelak dan tertawakan apa sahaja yang disampaikan oleh CNN.

Typo error? Bagi saya agak mustahillah berlaku walhal seluruh dunia sedang sibuk memerhati apa yang berlaku mengenai tragedi MH370.

Sebagai sebuah organisasi berita yang menjadi rujukan hampir seluruh warga dunia, kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku. Nampak sangat apa yang mereka cuba sampaikan adalah satu propaganda memburukkan Malaysia di mata dunia, walhal ..... Malaysia pun pembaca beritanya tak tahu di mana. Ahh apatah lagi Kuala Lumpur!
CNN

Sebab Utama CNN Tiada Kredibiliti

Inilah sebab utama CNN portal berita yang suka cari pasal dengan negara lain tiada kredibiliti untuk dipercayai. Gelak ... memang saya gelak ....
CNN Stupidity
Kuala Lumpur di Indonesia? Mahu memburukkan Kuala Lumpur, Indonesia pula dinyatakan ... gamaknya mereka ini tak tahu pun mana lokasi Malaysia.

Ok, itu satu part yang baru-baru ini saya nampak, mari tengok video ini. Cuba perhatikan betul-betul bas/trak berwarna merah. Rakaman ini nampak sangat bahawa wartawan cuba membohongi dunia - kononnya mereka sedang LIVE dari tempat yang berbeza!


Ada yang cakap kat saya ... CNN ni dajjal ....suka porak perandakan negara yang aman, dan yang sedang mengatasi negara-negara yang maju ... maklumlah .. mereka tak mahu ada yang lain lebih baik daripada mereka.

Apapun, sama-sama doakan yang terbaik. Kita ada kepercayaan, kita ada Tuhan.

p.s: Pentingnya negara mempunyai satu rangkaian berita yang boleh dipercayai



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Media Malaysia kan ada, kenapa bergantung pada media luar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Even media malaysia pun rujuk derang ni .. itu masalahnya.

      Padam
  2. ntah pape cnn... cerita nk memburukkan aje..lepas tu berita main tangkap muat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal, awal dulu ya, saya antara yang suka rujuk CNN tetapi lepas banyak benda dilaporkan banyak yang hanya cerita tangkap muat ... susah dah nak percaya...

      Padam
  3. CNN ni rasa memang failed la tengok Google Map / peta dunia...Malaysia pun tak tahu kat mana...dulu sy ada tertengok entah media daripada mana kata KL kat Brunei...dorang ingat Sabah & Sarawak tu sahaja Malaysia...gelak besar sy...jangan percaya sangat la media luar ni...tahu nak memburukkan negara orang je sedangkan mereka sendiri tak tahu apa2...huhu

    BalasPadam
  4. yakjuj makjuj ni kalau menipu tanpa rasa bersalah sbb itu semua adalah darah daging mereka.

    BalasPadam
  5. sakit hati dengan satu slot dari Fox tv yang menghina agama,bangsa dan negara kita..terang2 kaitkan kedua2 pilot dgn pengganas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fox News lagi satu ... memang suka lagakan dunia la .. tak leh tgk aman kot.

      Padam
  6. ini sangat tak boleh dimaafkan... takkanlah tak kenal ibu negara setiap negara sebagai satu stesen tv yang terkenal...

    BalasPadam
  7. Saya sangat berharap agar Malaysia mempunyai satu rangkaian berita yang lebih mantap untuk bersaing dengan CNN. Malangnya, ada di antara wartawan media tempatan malas untuk membuat persediaan dan ulangkaji ketika di lokasi. Maka ia menenggelamkan kehebatan wartawan dan ahli pasukan media yang lain.

    BalasPadam
  8. orang yang paling bodo usa dia orang terlalu angkuh... nasib baik bahasa universal english

    BalasPadam
  9. Report diorang tu macam banyak yang tak kena . Lebih terarah kenada spekulasi sendiri berbanding cerita yang benar . Tambah-tambah kes Mh370 ni , siapa yang bergantung dengan berita CNN dan yang sewaktu dengannya shaja dah tentu-tentu naik hantu kat negara Malaysia . Mereka sangat MANIPULATIVE !! But Alhamdulillah , Malaysian mostly dah tahu permainan media asing dan bangkit untuk boikot and stand for each other :) hope this unity last

    BalasPadam
  10. Agenda barat menggunakan infomasi sbg senjata paling efektif dlm zaman moden... mereka tak bodoh ttp cuba memperbodohkan dunia secare intelek... wallahualam...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…