Rajin Belajar Pelajar KSSR dengan Majalah Digital Minda eUreka

Apa itu KSSR? Ok, KSSR bermaksud Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ia merupakan kurikulum baru untuk pelajar sekolah rendah yang telah diperkenalkan pada tahuan 2011. Menerusi KSSR, pelajar diberikan pendedahan kepada pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik. Dan kerana itulah untuk pelajar rajin belajar, saya ingin perkenalkan kepada anda kepada majalah digital Minda eUreka yang dibangunkan khusus untuk pelajar-pelajar KSSR ini.

Konsep KSSR

KSSR ini akan diperkenalkan dan diterapkan kepada pelajar seawal tahun satu kerana kesesuaian pelajar tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran pelajar tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.
Tips pelajar seronok belajar dengan korikulum standard sekolah rendah

Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Manakala pelajar di tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Rajin Belajar Pelajar KSSR dengan Majalah Digital Minda eUreka

8 naskah majalah digital minda eureka buat pelajar kssr
Majalah digital Minda eUreka adalah majalah digital berkonsep infografik yang menyeronokkan buat pelajar-pelajar dalam teras KSSR. Majalah ini adalah yang pertama di Malaysia untuk bahan rujukan pelajar-pelajar dari Tahun 1 hingga 6 dalam bentuk digital yang mudah diakses dan dibaca menerusi tablet, iPad, komputer mahupun telefon pintar sekalipun.

Praktikal dan Seronok Belajar

Ini menjadikan majalah ini sebagai salah satu cara yang praktikal dan menyeronokkan untuk rujukan pelajar KSSR dari banyak aspek. Boleh di akses di mana-mana sahaja, bila-bila masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun! Pelajar-pelajar boleh membacanya ketika berada di dalam kereta, sedang bercuti, sedang berada di rumah .... mana-mana sahajalah. Tak ke bagus begitu?

Kebaikan Pelajar KSSR Baca Majalah Digital Minda eUreka

Apa kebaikan kepada anak-anak yang membaca majalah digital ini?
  • Suka mengulangkaji mata pelajaran (subjek sekolah).
  • Menambah minat membaca.
  • Mendapat banyak informasi yang boleh diguna untuk sesi pembelajaran.
  • Menjana minda secara maksimum dan berkeyakinan.
  • Menyelesaikan masalah bosan.
  • Membentuk imej yang kreatif.
  • Cerdas dan berkeyakinan.
  • Prestasi pelajaran sekolah meningkat dengan mendadak.
Jadi jika anda sebagai ibu bapa mahu anak-anak belajar dan seronok pada masa yang sama, mungkin boleh perkenalkan majalah digital Minda eUreka ini pada mereka.

Pratonton Percuma Majalah Digital untuk Pelajar KSSR

Pratonton percuma majalah digital untuk pelajar kssr
Jika anda mahu lihat sedikit preview majalah ini anda boleh saksikan pratonton yang telah disediakan. Pratonton Majalah Digital Minda eUreka ini boleh diakses di sini - http://is.gd/pratonton_majalah_eureka

Ok. Nak tahu lagi pasal majalah digital ini?

8 Naskah Majalah Digital Minda eUreka Setiap Bulan!

Majalah Digital Minda eUreka untuk pelajar KSSR ini akan diterbitkan sebanyak 8 naskah setiap bulan. Ia merangkumi majalah dengan naskah-naskah berikut:
  1. Alam Semesta
  2. Alam Semulajadi
  3. Dunia Kita
  4. Sains Teknologi
  5. Alam Manusia
  6. Gaya Hidup
  7. Kembara eUreka
  8. Teknologi Hijau Bersama Minda eUreka

Dengan adanya majalah digital ini, anda tidak lagi perlu memaksa anak-anak anda yakni pelajar-pelajar dalam KSSR untuk rajin belajar, kerana interaktif majalah digital ini akan membuatkan mereka leka dan sentiasa mahu belajar tanpa disuruh. Anak-anak juga akan jadi lebih kreatif, berinformasi dan lebih bijak, in Sha Allah.

Minat Belajar Guna Tablet, iPad, Komputer atau Laptop

Gunakan minat anak-anak anda yang suka 'bermain' dengan tablet, iPad, komputer atau laptop untuk mereka membaca majalah digital ini tanpa paksa, yang sekaligus membuatkan mereka menambah ilmu pengetahuan, suka belajar dan pertingkatkan kemahiran kurikulum dalam KSSR.

Inilah jalan penyelesaian terbaik buat anak-anak yang ada masalah malas belajar dan kurang pengetahuan atau kemahiran. Dan sebagai ibu bapa, tentu sekali mahukan yang terbaik buat anak-anak, bukan?

Naskah Percuma

Jika anda sebagai ibu bapa tidak yakin dengan keupayaan majalah digital ini, boleh dapatkan Naskah Percuma yang disediakan buat anda.

Naskah percuma Majalah Digital Minda eUreka di sini - http://is.gd/nashkah_percuma

Moga dengan informasi yang saya kongsikan ini akan membantu anda sebagai ibu bapa tanamkan minat belajar buat anak-anak, lantas menjadikan mereka pelajar KSSR yang lebih baik. In Sha Allah, jika tidak berjaya menjadi pelajar terbaik di sekolah, paling tidak mereka dah belajar macam-macam pengetahuan menerusi 8 siri nashkah yang ada dalam Majalah Digital Minda eUreka ini.


3 comments.. read them below or add one

BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN March 05, 2014
As Salam,

majalah digital minda...menarik sangat..8 nashkah setiap bulan dengan berbagai tajuk sudah tentu menarik minat anak-anak..
Zara Nurhaidah Zara Nurhaidah March 05, 2014
Kbaikan teknologi canggih zaman skangm. Majalah pon dah upgrade.. ^^

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.