Saya tertarik dengan satu email saya terima malam semalam. Ia berkaitan bakat. Tapi bakat yang saya dok baca tu bukanlah ada mengena dengan menulis blog, tetapi mengenai berbisnes. Cuma kali ini, saya nak olah berkaitan alkisahnya bakat itu dalam bab panduan menulis blog. Perlukah bakat untuk seseorang menulis blog?

Dulu, pernah ditanyakan soalan sebegitu rupa kepada saya ...

Perlukah Bakat Untuk Menulis Blog?

"Abang ni pandailah buat blog .... hebat..." kata awek itu.
"Ehh mana ada, awak pun boleh buat blog juga, bukan susah pun, guna blogspot je dah boleh ada blog sendiri kurang 10 minit" kata saya dengan suara serak basah menggoda.
"Ye ke?" kata awek manis berkebarung jingga itu.
"Ya... ramai dah pandai buat blog .." tambah saya lagi.
"Tapi abang ... saya ni mana ada bakat nak tulis blog ... bercinta taulah saya ..." luah gadis itu sambil senyum-senyum manja.
"Ishhh ... tak perlu bakat ... bakat ni benda boleh diasah dan diasuh, hari ni tak pandai, esok lusa boleh pandai ... tapi kena rajinlah tulis hari-hari ..." nyata saya dengan penuh confident.

Ya, anda sebenarnya tidak perlukan bakat untuk menulis blog. Tetapi anda boleh gunakan bakat sedia ada untuk anda bercerita di dalam blog. Dua perkara tentang bakat, tetapi tidak sama diguna pakai. Faham tak nih?

Saya nak kongsikan temu bual seorang pakar dalam bola keranjang, dia pemain yang cukup hebat dan disegani. Dia adalah Michael Jordan. Ditanya kepadanya empat soalan dan ini jawapan diberikan.
Micahel Jordan - Bakat


1) "Aku tidak dilahirkan berbakat dalam bola keranjang."

2) "Ramai lagi yang ada bakat bermain bola keranjang yang beratus kali ganda lebih hebat daripada aku."

3) "Jadi apa yang membezakan aku dengan mereka semua?"

4) "Jawapannya terletak pada; Kesungguhan. Aku tidak pernah berhenti berlatih bermain bola keranjang walaupun sehari.

Ia adalah nyawa dalam hidupku."

Begitulah jawapan yang diberikan oleh pemain bola keranjang tersohor ini. Apa yang anda boleh fahami? Ya, tentulah mengenai bakat ...

Baru-baru ini, saya menang satu kontes, hadiahnya cukup lumayan. Terima kasih Muslim Niaga.

Kontes itu berkaitan dengan SEO (Search Engine Optimization). Saya bukan pandai sangat, apatah lagi mempunyai bakat semulajadi dalam memahami soal SEO ini, tetapi saya tidak berhenti untuk belajar. Saya belajar untuk membolehkan saya menang kontes tersebut. Saya bersungguh. Setiap hari saya periksa kedudukan keyword Muslim Niaga di enjin carian Google. Saya mahu lihat di mana kedudukan blog saya, kerana amat penting blogpost saya berada di laman utama untuk menang contest tersebut. Sasaran saya ialah untuk menang hadiah smartphone Lenovo untuk dihadiahkan kepada isteri tersayang.


Dengan teguran dari seorang blogger remaja yang ada kemahiran dalam SEO, saya perbetulkan blog saya agar lebih mesra SEO. Dan alhamdulillah, dalam jam-jam terakhir sebelum tamatnya contest SEO Muslim Niaga, blogpost saya sedikit demi sedikit naik ke ranking enjin carian yang saya inginkan. Malah, saya berjaya memotong kedudukan sifu (blogger remaja berkenaan) dalam ranking bagi kata kunci yang sama.

Alhamdulillah, saya menang tempat terakhir iaitu tempat kelima. Sebelum ini, memang tiada harapan langsung kerana blogpost saya sudah jauhhh ke belakang ditinggalkan yang lain.

SEO adalah nyawa blog ini. Jika tidak ada SEO, sukar blog ini untuk mendapat trafik yang baik. Blog ini bukannya ada ramai pengikut. Ini bukan blog popular. Tak pernah tampil di kaca TV, tak pernah tampil di dada akhbar. Naiknya blog ini adalah disebabkan ada mereka yang mahu belajar sesuatu dari blog ini.

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan ... blog ini antara 300 blog peribadi berkaitan ilmu blogspot yang paling tinggi trafik di Malaysia (berdasarkan Alexa).


Ingatlah, anda tidak perlu bakat dalam menulis blog. Bakat itu boleh diasah dengan kesungguhan kita untuk belajar dan terus belajar. Mencari peluang untuk berjaya dan berusaha ke arah itu. Saya juga seperti anda. Blog saya dulu juga macam blog anda, tiada istimewanya.

In Sha Allah. Satu hari akan menjadi hari anda, dan ketika itu saya akan tersenyum puas kerana kejayaan anda itu adalah disebabkan anda belajar sesuatu dari blog ini. Jika tidak 10, satu pun sudah cukup bagi saya. Terima kasih semua.




20 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. banyak yang aiza belajar dari blog ini.. kadang tu selalu juga jadi silent reader..

    BalasPadam
  2. baru terkedek2x nak blaja SEO. wish me luck ^_^

    BalasPadam
  3. Kita semua boleh tambah ilmu dan kemahiran tulis blog dengan baca blog nie.... :)

    BalasPadam
  4. terima kasih dengan ilmu yang sentiasa kak lea dapat di sini :)

    BalasPadam
  5. saya setuju. dulu, saya pun tak punya kekuatan untuk hasilkan blog sendiri kerana saya rasakan saya memang tiada bakat menulis, mengarang dll. tapi keinginan tu membuak-buak juga ingin berkongsi sedikit elmu yang ada, lalu saya beli pelbagai ebook & cuba buat blog sendiri. alhamdulillah..inilah 'kejayaan kecil' untuk diri saya.

    walaupun masih banyak kekurangan disana sini, saya takkan pernah jemu untuk belajar. terima kasih untuk tunjuk ajar & segala perkongsian elmu yang telah tuan kongsikan disini.

    BalasPadam
  6. Wah... buat mcm mana tu SEO terus masuk page satu dgn keyword Muslim Niaga tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Err errr ye ke masuk page satu? huhuhuhu

      Padam
  7. Tips2 blogger dr HH mmg zara akan amik ntuk jd rujukan.. bleh baiki kemahiran ntuk bblog.. trima kasih HH =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ... namun kena ingat, bukan semua sesuai dengan diri. Kena pilih mana yang kena dengan citarasa, sbb bila bercitarasa, kita lbih suka buat. Bila suka buat, kita akan buat lebih. Bila buat lebih .. maka hasilnya juga lebih.

      Padam
  8. Minat tu yg penting...bakat boleh di asah...

    BalasPadam
  9. Kalau bakat ia adalah satu kelebihan. Masih menulis blog secara teknikal maksud saya menulis setelah pelajari sifat-sifat blog yang baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kesinambungan dengan bakat. Bakat ada, tapi malas ... tak jadi apa2 ... ada bakat, rajin usaha, adalah hasilnya. Hobi pun gitu, kalau rajin hobi, pasti ada rasa nak cari peluang lebih dengan hobi .. silakan. Hobi akan mengasah bakat yang ada.

      Padam
  10. bolehla nak mintak tunjuk ajar dengan bro hh lepas ni..hehe

    BalasPadam
  11. apa-apapon saya memang kagum dengan gaya penulisan saudara HH.. :D...
    Oleh kerana saya juga bukan seorang yang berbakat... nak kena rajin lah jawapannya... rajin belajar dan rajin buat apa yang dipelajari :)

    BalasPadam
  12. bagi aku, kesungguhan dan sifat tak putus asa itu penting. Michael Jordan, bakat dia adalah kesungguhan dan kecekalan hati dia yang tidak pernah padam.

    So..still bakat memang penting dalam apa jua keadaan sekalipun.

    So, ada bakat memang satu point besar tak kiralah untuk tulis blog atau dalam apa-apa jua sekalipun.

    Cuma, kita SEDAR atau TIDAK aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika sedar, bolehlah diasah. Kalau tak sedar .... tak berubah la jawabnya.

      Padam
  13. kalau ada bakat menulis lagi bagus dan bakat itu memang semulajadi..sudah pasti kalau digabungkan dengan kesungguhan boleh menghasilkan tulisan yang sangat berkesan dan berpengaruh..sayangnya saya bukan dalam kalangan orang begini!

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari PORTAL ILMU

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement