Langkau ke kandungan utama

Nilai Diri Seorang Blogger Malaysia

Apakah niali seorang blogger Malaysia? Kadangkala ada manusia, lain di dunia realiti, lain pula berada di dalam dunia blog. Nak kata pakai topeng, tidaklah pula. Wajah sama, pertuturan sama, cuma beza mungkin penulisan. Entah mengapa, ada blogger yang hilang sesuatu apabila mereka mula menulis. Oh, saya tidak kata anda, saya tahu anda seorang pembaca dan seorang blogger (jika) yang punyai nilai diri yang cukup tinggi. Dan saya hormati anda kerana itu.

Saya? Saya meletakkan diri sebagai seorang hamba Allah yang hina. Tapi dalam masa yang sama, saya cuba jadikan diri saya punyai nilai tertentu di dalam dunia blog Malaysia. Kata-kata seorang sahabat masih lagi kedengaran ...
Kau nak berblog, berbloglah dengan memberikan sesuatu yang orang lain boleh dapat manfaat. Jadilah sebaik-baik manusia, jika macam skang kau kat luar cam hampeh, tapi kat blog jadilah yang terbaik sebagai manusia.

Itu kata kawan saya. Dia ingatkan saya betapa dunia sekarang terbahagi dua. Alam nyata dan alam siber. Manusia boleh jadi berbeza dalam dua alam tersebut.

Bagi saya, kalau boleh saya cuba elakkan jurang antara diri di alam realiti dengan alam maya. Biar mereka yang kenal saya di alam nyata sama seperti mereka kenal di dunia blog (alam siber) dan begitulah sebaliknya.

Kata rakan lama saya ....
Kau ni kelakar orangnya ... biar derang kat blog kau juga tahu kau kelakar dan boleh berjenaka.

Tak ramai blogger yang pernah jumpa saya. Saya tak tahu apa pendapat mereka mengenai saya, sebab mereka tak beritahu. Mungkin ada yang masih segan-segan, mungkin mereka merasakan jarak umur yang jauh ... menjadikan mereka jauh juga dari diri saya.

Apapun, nilai diri perlulah dijaga sebaik mungkin. Hargai diri kita agar bernilai di mata Tuhan, kerana itu lebih baik dari semua pandangan dan pendapat manusia.





Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. salam abang. adakalanya tanpa teguran kita tak tahu apa kekurangan atau kesilapan kita

    BalasPadam
  2. bEtul tu,, sy setuju dgn abg HH. alam maya xsama dgn realiti. mybe dlm blog itu la diri kite sebenar. tp yg lbih mnakutkan klau org blagak baik ntk tujuan xelok. =)
    ape2 pun good luck abg HH. kite jmpe sbtu ni

    BalasPadam
  3. betul tu abang HH, ada juga yang tak tahu menjaga nilai diri tapi merasakan diri hebat... semoga mereka2 ini sedar...

    BalasPadam
  4. Mmg betul tu HH.. setuju. Biarlah blog dpt menyatakan diri sebenar kita spt yg dilihat.. Dpt membentuk salsiah diri agar bermanfaat utk dijadikan contoh ikutan yg baik terutama kpd org yg mengenali spt anak2, isteri, keluarga, sahabat & kenalan termasuk msykt agar lebih nilainya di sisi Allah swt, in shaa Allah... T kasih atas renungan HH..

    BalasPadam
  5. Salam,
    Didunia realiti dan maya mungkin seseorang itu berbeza. Selagi apa yang dikongsi dan dipaparkan adalah untuk kebaikan dan manfaat bersama, bukankah ianya baik walau pun hakikatnya didunia realiti tidak sedemikian.
    Semoga apa yang dikongsikan satu hari akan mengubah diri sendiri dan orang lain. Kita tidak tahu...hidayah Allah itu datang dengan pelbagai cara dan keadaan. Sewajarnya kita sentiasalah positif dan bersangka baik...
    Hanya Allah swt yg Maha mengetahui, maka tidak layak bagi kita untuk menilai diri seseorang blogger.
    Selagi perkongsiannya baik, berilmu dan bermanfaat...kita terima dan hargailah ia. Di dunia realiti adalah antara dia dan Allah swt... Wallahualam.


    BalasPadam
  6. saya amat peramah dan suka berlawak jenaka samaada dalam blog mahupun kat luar.. hehe

    BalasPadam
  7. Biar jadi yang terbaik di pandangan Tuhan, bila Allah sayang kita, semua makhluk akan sayang kita.

    BalasPadam
  8. Jadilah blogger yang memberi manafaat kepada orang lain..Semoga apa yang disampaikan sama dengan apa yang ada dihati..In Shaa Allah...

    BalasPadam
  9. Jadi diri kita yang sebenarnya...biarlah kita mempunyai saham di akhirat kelak.

    BalasPadam
  10. salam..sy ingin jadi blogger yg berguna kpd agama, bangsa n negara..

    BalasPadam
  11. jadi diri sendiri tu lbh mudah . klu berlakon , tetiba tersalah baca skrip atau tersalah melakonkan watak , kan dah menggali lubang sendiri namanya !

    BalasPadam
  12. deno dan blog deno, itulah diri deno :)

    BalasPadam
  13. apa yang dipaparkan di blog..itulah realitinya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …