Saya syukur kerana didampingi oleh rakan-rakan blogger yang hebat-hebat dan tidak lokek. Mereka murah hati, mereka tahu memberi itu lebih baik daripada menerima. Ya, mudahnya blogger beramal dan memberikan manfaat pada orang lain.

Peluang banyak diberikan, tetapi ramai antara kita banyak yang lepas peluang ini. Samalah dengan saya, terlalu memikirkan sehingga tiada langsung tindakan dilakukan bagi menjadi seorang blogger beramal dan memberikan manfaat terbaik buat orang lain.

Mudahnya Blogger Beramal dan Bermanfaat

#SBB2014 - Sepetang Bersama Blogger telah memperkenalkan saya dengan blogger-blogger hebat Malaysia. Beruntungnya mereka, kerana dengan kelebihan yang mereka punyai, mereka terus memberikan lebih daripada orang lain, tanpa ada yang sedar ....
Tips menjadi lebih daripada seorang blogger

Hari ini, saya lihat kalendar tahun 2014, ada kata-kata hikmah disediakan. Dan di tangan saya ada sebatang pen yang sedap dipegang, lancar bila ditulis. Saya catitkan sesuatu dengan pen tersebut di atas kalendar 2014 yang diberikan oleh blogger sempena SBB2014 tempoh hari. Alhamdulillah, semoga blogger atau insan yang menghadiahkan ini dikurniakan rezeki yang baik serta keredhaan dari Allah S.W.T.
Tips menjadi lebih daripada seorang blogger

Hanya dengan sebuah kalendar dan sebatang pen, mudahnya blogger membuat amal dan memberikan manfaat pada orang lain.

Hanya Dengan Sebatang Pen!

Bayangkan dengan sebatang pen itu, saya menulis perkara penting lain seperti ilmu untuk akhirat. Masya Allah .... untungkan. Bercambah ia dengan kemudian apa yang ditulis diberikan itu pada orang lain dan peroleh manfaat.

Dengan sebatang pen itu, apabila dan kemungkinan saya membawanya ke pejabat pos .... dan tertinggal pula di situ ..... gamaknya jika ada markah siapa guna pen tersebut untuk menulis alamat di sampul surat ..... dah bertambah-tambah manfaat diberikan. Hanya sebatang pen!

Hebatkan? Itulah ilham Allah yang telah diberikan kepada blogger yang sudi memberikan sumbangan dan hadiah semasa SBB2014 tempoh hari. Mereka beruntung kerana dipilih Allah untuk menjadi insan yang memberikan manfaat kepada lebih 300 blogger yang hadir. Hanya pen ... hanya sebuah kalendar.

Alangkah baiknya jika saya, dan anda boleh menjadi seperti mereka.

In Sha Allah, satu hari nanti.

p.s: Ada yang mungkin cakap ...."ala pen je pun.. sampai nak tulis entri .." Kata aku, "Ya memang pen, jika anda seorang yang tahu apa makna syukur, anda takkan tanya kenapa...."


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

9 Komen

Betul tuuu! Pen ke, beg plastik ke, bersyukurlah apa yang orang berikan kepada kita. Belajar menghargai atas pemberian orang lain

Reply

penuh makna pen tu..memang berguna

Reply

tanpa pen.. budak SPM pun xboleh amix !! bersyukur la.. Alhamdulillah

Reply

Sedangkan benda yang kecil pun ada maknanya yang tersendiri

Reply

Walaupun hanya sebatang pen...banyak jasanya...orang memberi, kita menerima dan gunakan sebaiknya...:D

Reply

InsyaAllah... satu hari nanti... :) insyaAllah...
Mungkin kerana itu juga saya diberi ilham oleh Allah taala untuk cuba menjadi seorang blogger... supaya dapat beramal dan bermanfaat... alhamdulillah...

Reply

Betul. Jika kita tahu mencari peluang, di mana-mana sahaja ada ...

Reply

Ezad betul tu ... banyak pahala orang yang memberi ni ... in Sha Allah

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.