#MH370 telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu tragedi, dan menerusi kenyataan akbhar ia disahkan telah hilang di kawasan koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth. Di sebalik pencerahan yang telah merencanakan emosi satu dunia mengenai kehilangan MH370 ini, saya masih lagi berharap akan sesuatu fakta yang lebih baik daripada apa yang telah disampaikan.

Operasi pencarian MH370 di Lautan Hindi bukan sesuatu yang mudah. Lautan ini dianggap paling sunyi di dunia, malah kedalaman lautan ini berkali-kali ganda dalam. Ia diibaratkan lapan kali ganda ketinggian Menara Berkembar Kuala Lumpur. Malah, lautan ini sangat 'ganas' dengan bergelora dan tinggi ombaknya.

Kenyataan Penuh Perdana Menteri Najib Tun Razak #MH370 24 April 2014
Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu.

Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth. Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut. Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perlembangan terbaharu ini dalam kadar segera. Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini.

Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini.

Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan; saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini. 
Berikut pula kenyataan asal yang telah disampaikan oleh PM Malaysia dalam versi Bahasa Inggeris:

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth. This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.
Berbagai reaksi telah dirakamkan, terutama bagi mereka yang terlibat dengan situasi yang sukar ini. Ramai yang diselubungi kesedihan yang teramat sangat khususnya kepada keluarga mangsa MH370, walaupun masih lagi belum ada apa-apa sebarang bukti kukuh yang menunjukkan bahawa bangkai pesawat ini ditemui dan mayat mangsa dijumpai (semasa entri ini ditulis).

Apa yang saya faham menerusi kenyataan akhbar, hanya dinyatakan bahawa perjalanan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi. Soal samada ia terhempas, mayat ditemui, bangkai pesawat ditemui masih lagi kabur dan belum jelas. Segalanya mungkin.

Kenyataan Balas Keluarga Mangsa MH370 dari China

Bagaimana reaksi keluarga mangsa rakyat China terlibat kehilangan MH370 ini? Sejurus kenyataan akhbar mengenai perkembangan terbaru kehilangan MH370 disiarkan ke seluruh dunia oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, berikut adalah kenyataan balas keluarga mangsa dari China. Kenyataan ini dipetik dari Metro UK.


Eighteen days have passed during which the Malaysian government and military constantly tried to delay, deceive the passengers’ families and cheat the whole world.‘This shameless behaviour not only fooled and hurt the families of the 154 passengers but also misguided and delayed rescue actions, wasting a large quantity of human resources and materials and lost valuable time for the rescue effort.
‘If the 154 passengers did lose their lives, Malaysia Airlines, the Malaysian government and military are the real executioners who killed them.

Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh wakil mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi ini, secara peribadinya, saya sifatkan sangat beremosi. Ini adalah reaksi spontan yang normal bagi mereka yang masih mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diumumkan. Apatah lagi, mereka mahu tahu siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku. Dan perkara ini masih lagi satu misteri yang belum terungkai selagi kotak hitam tidak ditemui.

Maka, adalah sangat penting penemuan kehilangan bangkai pesawat MH370 ini dilakukan (jika terhempas), dan paling terpenting kotak hitam yang didakwa boleh membantu mengetahui punca sebenar tragedi ini berlaku ditemui secepat mungkin.

In Sha Allah, selepas fakta-fakta dan bukti diberikan lebih jelas, terutama sekali penerangan secara terperinci diberikan, saya yakin pihak mangsa dari China akan menerima hakikat apa yang telah berlaku. Perlu diingatkan bahawa dari manisfes yang dikeluarkan, penumpang yang berada di dalam MH370 bukan hanya terdiri dari rakyat China tetapi juga melibatkan warga negara lain termasuklah dari Malaysia.
MH370
Sumber: AFP

Saya juga ingin berkongsikan beberapa kenyataan daripada pihak MAS untuk tatapan.

Malaysia Airlines deeply regrets that we have to assume that MH370 ended in the southern Indian Ocean. As you will hear in the next hour from Malaysia’s Prime Minister, new analysis of satellite data suggests the plane went down in the Southern Indian Ocean.

On behalf of all of us at Malaysia Airlines and all Malaysians, our prayers go out to all the loved ones of the 226 passengers and of our 13 friends and colleagues at this enormously painful time. We know there are no words that we or anyone else can say which can ease your pain. We will continue to provide assistance and support to you, as we have done since MH370 first disappeared in the early hours of 8 March, while flying from Kuala Lumpur to Beijing.

The ongoing multinational search operation will continue, as we seek answers to the questions which remain. Alongside the search for MH370, there is an intensive investigation, which we hope will also provide answers.

We would like to assure you that Malaysia Airlines will continue to give you our full support throughout the difficult weeks and months ahead. Once again, we humbly offer our sincere thoughts, prayers and condolences to everyone affected by this tragedy.

Kenyataan di atas dikatakan dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi MH370. Dan berikutan itu, satu lagi kenyataan telah dikeluarkan oleh pihak MAS bagi justifikasi mengenai cara pemberitahuan yang telah dilakukan.
It is with deep sadness that Malaysia Airlines earlier this evening had to confirm to the families of those on board Flight MH370 that it must now be assumed the flight had been lost. As the Prime Minister said, respect for the families is essential at this difficult time. 

And it is in that spirit that we informed the majority of the families in advance of the Prime Minister’s statement in person and by telephone. SMSs were used only as an additional means of communicating with the families

Those families have been at the heart of every action the company has taken since the flight disappeared on 8th March and they will continue to be so. When Malaysia Airlines receives approval from the investigating authorities, arrangements will be made to bring the families to the recovery area and until that time, we will continue to support the ongoing investigation.
Sumber: WSJ Asia

Masih Mengharapkan MH370

Walauapapun, saya mahu berfikiran positif kerana segalanya mungkin. Bagi umat Islam, masih lagi ada harapan walaupun setipis mana #doakanMH370. Saya secara jujurnya mengharapkan akan ada yang dapat menceritakan apakah yang sebenarnya terjadi kepada pesawat MH370 ini, mengapa ia berlaku, kenapa, bagaimana dan siapakah yang bertanggungjawab atas tragedi yang telah berlaku.

Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Besar. Allah Maha Melihat.

Sekali lagi, #DoakanMH370 #PrayforMH370. Semoga usaha yang dijalankan dan diteruskan dipermudahkan agar segala persoalan dapat dijawab dan bagi meredakan apa yang telah terbenam di hati sedih pihak mangsa yang terlibat, tidak kira siapa mereka - samada warga China, Malaysia, Amerika dan selainnya.




Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement