Andai saya sebut sahaja tagline Hidupkan Untuk Memberi, pasti ramai blogger Malaysia, malah Indonesia dan Brunei akan membicarakan mengenai Best Personal Blog 2013 Blogrrr - Denaihati.com. Jika anda nak tahu, banyak peluang meningkatkan imej dan kredibilit blog telah saya belajar menerusi blog Denaihati.com. Ada pengaruhnya blog ini dalam penghasilan blog yang anda sedang baca sekarang.

Pertama sekali, tagline yang ada di blog Denaihati sendiri telah membuka jalan yang seluas buat saya mengubah niche blog ini, dari sebuah blog merapu tak tentu hala (walaupun cerita fakta menarik) menjadi sebuah blog yang ada ilmu di dalamnya. Ilmu itu adalah anugerah terhebat dari Ilahi, dan datangnya bukan untuk saya seorang tetapi menjadi ujian buat saya berkongsi kepada semua. Dan dalam soal ini, saya berkongsi dan memberikan apa yang terbaik selama pengalaman berblog menggunakan blogspot.

Menjadi Blogger Hidupkan Untuk Memberi

Sudahkah anda baca buku Denaihati.com yang kini boleh didapati di kedai.denaihati.my? Jika belum, anda boleh dapatkan segera. Saya pernah tulis satu entri review ringkas mengenai buku ini. Anda boleh baca di Apa Ada Dalam Buku Denaihati Blogrrr Most Wanted? ... patut baca untuk blogger Malaysia.

Anda akan jumpa nama-nama besar dalam dunia blog Malaysia, dan pengaruh mereka di dalam buku ini. Saya senaraikan blog-blog tersebut untuk anda tenung dalam-dalam, dan lihat sumbangan yang telah diberikan oleh blog-blog ini. Semua blog-blog ini ada diselitkan dalam buku Denaihati.com tersebut.

Blog (URL) Tersenarai Dalam Buku Denaihati

Bahagian Kata-Kata Aluan
Kujie2.com
AriffShah.com
Azmanishak.com
Apesal.com
Sweetkurma.com
Anarm.net
Eizil.com
Shakiddo.com

Yeo's Lovemark oleh Hafizmohd.com

Bahagian Blogging
TeknikSeoMerahJambu.com
AbangEnsem.com
Eyriqazz.com
Earncent.com
Namiacinta.com
Amriawan.blogspot.com
ZarulUmbrella.com
Lizarazak.com

Bahagian Aktiviti
Denaihati.com
HasrulHassan.com
Mialiana.com
Erazfadli.com
AhmadFaizal.com
BenAshaari.com
Ciklaili.com
Lensapujangga.com
MindaAktif.com
MindaSyukri.com
HazmanFadzil.com
EjamOthman.com

Hidupkan Untuk Memberi - Kisah Blogger Jejai

Hidupkan untuk memberi - Bro Jeja Al Fatihah Damai Mu Disana antara tulisan paling menyentuh dan memperlihatkan bagaimana dunia blogger Malaysia berhubung dalam saat duka dan memeritkan. Terlihat bagaimana keakraban terserlah.

Untuk menziarahi sahabat kita kali terakhir :
“@redmummydotcom: Alamat rumah parents Kak Maz, mertua Allahyarham Jejai yg telah pergi: No 36, Jalan 4 Taman Sri 12 Kapar, Klang (Rumah Haji Othman).”

Alhamdulillah aku bersama Broframestone dan Isteri, Ariffshah, Mohd Aslam, Mia Namia, Ladfe Amir Zakaria, Fazrol Amer, Hilal Azmi, Eyriqazz, Abang Khai, Melastik Bintang dan Anak Kakinakl (maaf terlupa nama) sampai di rumah Tuan Hj Othman kira-kira jam 10.30 pm. Sebelum itu Zarulumbrella menziarahi Arwah Azhar Bin Ramli (Jejai) dan sudah pulang sebelum kami sampai. Tunggu juga berita dari Shakkido.

Jejak Yang Perlu Diikuti Blogger Malaysia

Blogger Malaysia boleh ikut jejak langkah hebat yang telah dibawa oleh Denaihati.com - menjadi blogger yang hidupkan untuk memberi. Bukan memberi wang ringgit, tetapi sesuatu yang lebih ari itu. Semua blogger ada cerita dan kisah sendiri yang boleh dikongsikan. Memberi dalam erti kata ikhlas, telus, jujur dan bukan semata mahukan pujian, wang ringgit dan mengharap trafik ribuan sehari.

Ada lebih baik dari itu semua jika kita semua mampu dan ingin berfikir.

Jika sedikit, maka berilah sedikit. Jika banyak berilah banyak. Takkan hilang apa yang telah kita terima, seandainya kita memberikan apa yang telah dikurniakan kepada kita, malah in Sha Allah, akan bertambah-tambah lagi di dunia dan di akhirat.


16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wowww..ranking ke 2 tu...Tahniah HH

    BalasPadam
  2. tahniah..dah berapa lama agaknya HH berada dalam dunia blogger

    BalasPadam
  3. Two thumbs up, bro HH... tahniah!

    BalasPadam
  4. memang hebat la semuanya ni. terbaik lah!
    Banyak yg saya belajar. jangan takut untuk memberi, what we give insyaAllah we get back mungkin lebih hebat dr yg kita beri kan...

    BalasPadam
  5. bestnye blog jadi terkenal :) *semangat terus nak blogging*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak terkenal biar kena caranya .. :) ada blogger yang terkenal sbb ada 'isu' dan 'kontroversi'

      Padam
  6. betul tu, nak terkenal biar kena pada caranya kerana apa yang kita tulis semuanya ada kira2nya di sini Allah SWT..

    BalasPadam
  7. Tahniah sifu. Blog ni sifu memang wajar diranking ke 2.
    Blog sifu sudah boleh saya baca. Yeayyyy... Tapi baca dari fon ni mmg kena banyak2 bersabar.
    Terima kasih beri link2 blog yg hebat2 tu. Saya belum sempat baca lagi buku tu.. baca dari blog sifu je lah dahulu. huhu

    BalasPadam
  8. hanya yang terbaik dalam terbaik.
    bro HH pn apa kurangnyer..
    Top ranking Alexa tahun lepas :)

    BalasPadam
  9. Nyata bro Hasrul semakin berbisa!

    p.s- thanks bro sudi letakkan nama blog ambe walaupun takde link..heheehe =)

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.. Tersenarai juga sikit skit.. Tahniah kepada semua..



    BalasPadam
  11. sob sob terharunya saya juga ada dalam list ..
    ehhhhh tapi masih banyak lagi yang kena belajar nieh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement