Laman-laman sosial semakin hari semakin meningkat penggunaannya. Pengaruh laman sosial tidak boleh diabaikan. Ada 10 laman sosial yang popular di tahun 2013 yang boleh dimanipulasi dari pelbagai aspek. Dan dalam hal ini, blogger Malaysia khususnya boleh mengambil peluang dengan memanipulasikan 10 laman sosial popular 2013 bagi menjana trafik ke blog.

Mungkin ada yang tidak tahu, apakah 10 laman sosial paling popular di tahun 2013. Berikut saya kongsikan kepada anda semua sepuluh laman sosial yang boleh berikan impak positif kepada blog, terutama dari segi trafik dan membina backlinks.
10 most popular social sites in 2013

10 Laman Sosial Paling Popular 2013

1. http://www.facebook.com/
2. http://www.twitter.com/
3. http://www.linkedin.com/
4. http://www.pinterest.com/
5. http://plus.google.com/
6. http://www.tumblr.com/
7. http://www.instagram.com/
8. http://www.flickr.com/
9. http://www.vk.com/
10. http://www.myspace.com/

10 most popular social sites in 2013

Memanipulasi 10 Laman Sosial Paling Popular 2013

Saya melihatkan dari 10 senarai di atas, ada yang saya punyai akaun, ada yang tidak. Saya mempunyai akaun Facebook, Twitter, Linkedin, Pinterest, Google Plus, Instagram dan Flickr. Kira oklah kan, 7 dari 10 laman sosial paling popular saya sudah daftar percuma. Bagaimana dengan anda?

Daripada beberapa sumber analitik blog ini, saya dapati hampir semua platform laman sosial memberikan trafik ke blog kecuali flickr dan instagram. Sebab tak dapat trafik, kemungkinan besar saya tidak mempromosikan blog saya menerusi dua platform tersebut. Linkedin pun begitu juga, masih lagi cuba trial n error bagaimakah cara terbaik untuk menerima trafik dari situ.

Saya pernah ada akaun MySpace, tetapi kemudiannya saya menutup kerana sudah dirasakan tidak relevan. VK.com? Hmm agak baru bagi saya. Manakala saya belum lagi mendaftar akaun di Tumblr.

Cara Manipulasi Laman Sosial Popular

7 daripada 10 laman sosial popular. Banyak tu nak difikirkan. Tak aktif semuanya tapi saya boleh katakan, dengan hanya ada Facebook, Twitter, Google Plus dan Pinterest, dan boleh jana trafik yang cukup baik ke blog.

  • Facebook - kongsi entri dengan meletakkan URL ke blog.
  • Twitter - Tweet setiap entri di blog dengan melakukan sedikit ubahsuai pada cara penyampaian dan perkongsian.
  • Pinterest - Kekuatan gambar yang boleh berikan trafik ke blog.
  • Google Plus - Perkongsian yang sangat relevan dengan platform blogspot yang menggunakan akaun Google.

Gunakan laman sosial untuk interaksi positif dan mempromosikan entri dengan cara yang bijaksana. Perkongsian ada seninya. Kalau silap kongsi, nanti orang anggap kita cuba spam link. Maka, hati-hati dan fikir sebelum anda letakkan URL blogpost anda di laman-laman sosial yang popular 2013.

Sumber - http://www.ebizmba.com/articles/social-networking-websites



6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nad ade facebook, instgram je..dengan google..hehe

    BalasPadam
  2. linkedin dan vk jer tak ada... myspace dr zaman purba dok ada tapi sebab dia kait dengan music, rasanya tak berapa sesuai... myspace lebihkurang dgn friendster dulu nih... twitter ada tp tak pandai guna ... tak berapa pandai tweet tweet ni ehehehe :D

    BalasPadam
  3. Setuju sangat HH..ianya memang membantu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement