Langkau ke kandungan utama

Entri Dihias Gambar Perempuan Separa Bogel

Punah. Sedih hati saya melihat ada kelibat blogger yang guna teknik dan taktik ini. Sudah-sudahlah menggunakan gambar perempuan separa bogel untuk hias entri anda. Walaupun entri anda cukup berkualiti tetapi bila guna gambar sedemikian rupa, persepsi dah jadi lain. Apatah lagi apabila gambar-gambar tersebut diletakkan tanpa ada sebarang censorship.

Guna gambar perempuan separa bogel, Melayu pulak tu. Tak hitamkan wajah. Dada lurah semua terdedah. Malah celah kangkang pun jadi bahan untuk hias entri dan cerita. Aduh, fikiran yang biru pun boleh jadi hitam dibuatnya.

Entri Dihias Gambar Perempuan Separa Bogel

Entri dihias gambar perempuan separa bogel
Ada dua perkara perlu ingat.

Satu, entri itu telah mengaibkan si perempuan dengan penggunaan gambarnya.

Kedua, entri tersebut undang masalah dan dosa walaupun entri atau cerita disampaikan ada tujuan murni dan baik.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Trafik nampak mencanak. Blog pula penuh dengan iklan H12 yang menguntungkan. Sana sini ada iklan H12 Ads, dan ada juga iklan Google Adsense. Tapi sayang, mana keberkatan yang akan diperoleh dengan teknik dan taktik ini?

Gambar perempuan separa bogel bukan salah satu cara untuk menarik pengunjung membaca blog anda, tetapi ia adalah salah satu cara anda memberatkan timbangan 'amal' yang kiri di akhirat kelak.

Kalau ingin rasa hidup bahagia dan diberkati, cubalah elak guna teknik ini. Kasihan juga pada perempuan-perempuan yang telah sanggup gadai maruah menunjukkan tubuh badan tanpa pakaian dengan kamera.

Andai saya boleh berubah, mengapa tidak anda? Dan lihat perubahan yang telah memberikan impak hebat pada blog ini. In Sha Allah, jika kita buat jalan ke arah kebaikan, maka kebaikan akan datang pada kita.

Jangan LIKE dan Share Entri/Blog Sebegitu

Dan kepada pembaca dan pengunjung blog yang sedemikian rupa, nasihat saya ... janganlah anda LIKE atau Share mahupun jadi pengikut blog sebegini. Kalau anda buat begitu, seolah anda berikan lampu hijau buat pemilik blog terus-terusan melakukan teknik yang sama.

Katakan anda seorang belia remaja LIKE dan mahu kongsi cerita yang mungkin pada pandangan anda berguna dan bermanfaat, tetapi apabila ada gambar perempuan separuh bogel yang ditampilkan bersama, benda yang manfaat pun boleh undang celaka. Ianya boleh menjadi penyebab runtuhnya akhlak belia remaja Malaysia.




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. sokong..rimas ngan paparan blog sebegini,bimbang juga kalau2 anak2 akak membaca blog sedemikian,sbb tu akak elakkan like bila membaca entry yang sedemikian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Tie, apa yang boleh ibubapa buat ialah buat penapisan pada pelayar internet ... dan sebagai langkah berjaga-jaga, beradalah di sisi mereka ketika mereka gunakan komputer.

      Padam
  3. seeloknya elakkan dari berkongsi cerita tentang perkara yang tak elok dan melucahkan pemikiran kita. Sebab tu lebih selesa berkongsi cerita sendiri dan info yang berguna untuk tatapan pembaca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya setuju. Ini antara kesilapan lampau saya dalam berblog.

      Padam
  4. setuju bro... kalo nak lama dalam blogsphere.. kena lah ada etika kan... kan...

    BalasPadam
  5. setuju dengan entri nie ,mungkin trafikk memang akan tinggi , tapi kerja tak baik orang tak senangi Allah pun tak suka...

    BalasPadam
  6. setuju dengan ayat ni. "Tapi sayang, mana keberkatan yang akan diperoleh dengan teknik dan taktik ini?" renungkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak cara HALAL yang boleh digunakan. Cuma cara-cara ini memerlukan kita untuk keluarkan duit. Bila bab keluar duit ni ramai yang seperti main selok2 poket je.

      Padam
  7. astagfirullahhalazim...moga kita semua dilindungiNya. Dalam FB pun kadang2 ada link2 mcm ni. Bimbang sebab FB kita ada melibatkan anak2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, saya yang ada anak dah pandai guna komputer dan internet ni pun risau sentiasa.

      Padam
  8. Semoga kita semua terhindar dari azab Allah...

    BalasPadam
  9. ada orang memang macam tu sesuka hati letak gambar2 yang tak sepatutnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm .. :) mereka mungkin masih belum sedar lagi akan keburukan yang sedang disebarkan.

      Padam
  10. kita dah remove iklan yg xbaik tu :( maafkan kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elelelele ... elelele .. ok nanti nak singgah blog .. huhuhuhu....

      Padam
  11. Terbaik. Entri2 mcam yg bro HH cakap ni, trafiknya mmg mencanak, begitu juga bahagian dosa di kiri juga mencanak seiring dgn viralnya post tu.

    sama2 kita buat sempadan..thanks bro!

    BalasPadam
  12. betul..betul..betul...tak pasal-pasal buat dosa MLM..kalau dah mati pun dosa bertambah2 sebab blog on je..fikir-fikirla,buatla benda yg bermanfaat dan dapat cari pahala MLM...

    BalasPadam
  13. Apabila depan mata dah dikaburi dengan nikmat keduniaan, akhirat yang menjangkau jauhnya langsung dilupakan...Nauzubillah...

    BalasPadam
  14. mesti berhati-hati dalam mencari rezeki!

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO

    BalasPadam
  15. macamana nak guna pelayar internet tu HH..ada tutor tak?

    BalasPadam
  16. This Is What You Really Want !!
    Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…