12 Mac 2014

Dua Cara Salah Blogger Meramaikan Pembaca

Kali ini saya mahu memberikan sedikit tips mengenai cara penulisan di blog. Dalam blogpost kali ini, saya ingin perkatakan mengenai cara salah seorang blogger untuk meramaikan pembaca blog. Ada beberapa perkara yang akan saya tampilkan. Dan antara perkara-perkara ini adalah merupakan kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan semasa menulis blog. Mari ungkap dan lihat adakah relevan dengan diri anda sebagai seorang penulis blog (jika anda menulis blog).

Sejak akhir-akhir ini apabila minda telah diset pada golongan pembaca tertentu, maka secara tidak langsung, corak penulisan saya telah sedikit tergelincir menyebabkan blog ini kekurangan pembaca secara variasi keseluruhan. Walaupun, dalam sudut tertentu saya sering menulis sebagai panduan kepada blogger Malaysia, tapi saya lupa bahawa saya perlu bersikap lebih meluas apabila mahu apa yang disampaikan tersampai ke pembacaan lebih ramai pengunjung.

Kesilapan ini telah menyebabkan trafik ke blog jadi berkurangan, SEO blog menjadi lemah dan banyak informasi yang tidak tersampai secara menyeluruh.

Analisis trafik blog Februari 2014 menerusi Google Analytics
Sumber trafik blog ini pada bulan Februari 2014 - Google Analytics

Cara Salah Blogger Meramaikan Pembaca

Berbicara Hanya Pada Golongan Tertentu

Ada pro dan kontra. Tapi kali ini saya mahu kongsikan mengenai kelemahan apabila menulis blogpost hanya pada golongan tertentu. Misalnya, saya membuat entri mengenai Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB2014). Tulisan saya itu akan hanya memikat pengunjung dan pembaca yang merupakan blogger. Jika dia bukan blogger, maka tentu sekali dia tidak berminat untuk mengetahui. Ini adalah kesilapan saya, lalu menjadikan entri tersebut terhad pembacaan hanya pada mereka yang ada interest sahaja.

Berbicara Tanpa Fakta Benar

Apabila asyik mengejar trafik tinggi, pasti akan berlaku satu keasyikan yang membuatkan seorang penulis blog terlupa untuk perlengkapkan fakta yang sebenar. Apa yang ada di dalam kepala, hanyalah mahu mendapatkan trafik daripada sensasinya sesuatu isu. Lalu, berlakulah proses copy-paste dan pengambilan berita daripada sumber yang meragukan. Demi trafik, entri ditulis dengan tajuk yang mengundang rasa ingin tahu oleh ramai pencari informasi. Dan apabila pengunjung dan pembaca rasa tertipu dengan apa yang disampaikan, mereka akan banned blog untuk berita mengenai fakta. Blog tidak lagi dipercayai, lalu berlakulah penyusutan pengunjung dan pembaca. Jangkamasa pendek mungkin trafik mencanak, tapi jangkamasa lama ... blog akan hilang kredibilitinya.
Sumber trafik dari pelbagai enjin carian
Sumber trafik Februari 2014 dari mereka yang mencari informasi di enjin carian - Google Analytics
Ini antara dua perkara utama yang saya dapat tuliskan kali ini. Ntah macamana, idea hilang. Tapi saya fikir, dua cara salah blogger meramaikan pembaca ini sudah cukup bagi menjadi panduan buat semua.

Dan bagi pengunjung yang bukan seorang penulis blog, saya nasihatkan agar berhati-hati dengan pembacaan anda, terutama menerusi blog-blog informasi yang tumbuh bak cendawan. Mesti diletakkan dalam ingatan, bahawa ada blog yang sekadar mahu meraih hits dan trafik ke blog mereka tanpa memikirkan ia satu fakta benar atau salah. Jadi, jangan mudah percaya. Bacalah dari sumber-sumber lain juga ... in Sha Allah, jika anda seorang pencari informasi, anda tentu boleh tahu mana yang benar, mana yang mengarut.

Salah salah. Silap saya moga menjadi panduan berguna untuk anda yang membaca. In Sha Allah.




Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

41 Komen

satu tips yang menarik.. terima kasih share.. lepas ni ena kena tingkatkan lagi kualiti penulisan ena

perkongsian yang sangat menarik dan bagus...

Perkongsian & peringatan yg sgt baik.. t kasih HH.

Terima kasih .... moga dapatlah nanti ada yang guna pakai dalam penulisan mereka.

Terima kasih banyak2 ... Farah Waheda banyak beri sokongan dan dorongan, lalu terhasillah entri ini untuk difikirkan.

Terima kasih Khir ... jom minum ...

pembaca yang menentukan pembacaan yang komprehensif dan sahih.....

Huhuhuhu...orang cantik tulis apa pun nampak cantik jeww .. lalalalala larikk

Hurmmm.... nampaknya kena jadikan gaya penceritaan jadi lebih umum supaya lebih ramai yang tertarik nak membaca.....

Baikkk tuan HH, saya akan ingat dan aplikasikan apa yg diajar kat atas ni. saya pun sebenarnya sudah hilang keupayaan nk menghasilkan entri. Bukan apa, kekangan masa skg ni memang terlampau lah sedih. Nak menghadap blog, menghasilkan entri yg baik, yg tidak terlalu berpusat, berpandukan fakta yg benar agak sedikit berat kpd saya utk sebulan dua ni.
Nak kawin punya pasal, macam2 benda nk kena buat. Aduhaiiii

Bagus betul perkongsian Tuan! Rugi betul sebab tak sempat bertemu masa #SBB2014 tempoh hari...

memanang kadang rasa nak copy paste je cerita2 artis contonhnya..pasal nk naikan trafic blog.. tp fikir2...ni blog kita, pasal kita..kalau cerita org artis dah rasa mcm cacar marba pulak blog kita.
blog kita lah..bukan blog orang lain.
hi

setakat ni masih lagi maintain..search keyword yang ditargetkan tetap ada..:D

Rasanya tuan tidak salah... Niche blog ini pun sudah jelas, panduan blogger! Sudah tentu bicara tuan utk golongan tertentu....iaitu blogger. Bagi saya, yang salahnya adalah cara tuan selalu campur adukkan dgn berita2 dan kisah sensasi lain yang tiada kaitan dgn niche...utk menarik trafik. Trafik bukan segalanya... hasrulhassan.com amat kukuh namanya dalam ilmu blogging dan informasi blogger...saya xdatang sini untuk membaca kisah seperti BR1M... (tiada niat saya utk melawan sifu, tuan tetap guru yang saya hormati dan ini hanyalah pendapat peribadi dari seorang yg cetek ilmunya yg pastinya tuan lebih arif)

Entri tanpa fakta yg benar dan lengkap itu amat saya setuju...ianya memang cara yg salah.

Terima kasih atas teguran, bukan apa, jika tidak ada entri sebegitu, blog kurang trafik, susah saya nak cari makan, itupun sesen je.

Oh ya, blog ini sudah menjadi sebuah blog personal ....

salam HH,suka dan bersetuju dengan 'point' di atas :)

Melihatkan banyak blog informasi yang kejar trafik. Komen hampir tiada tetapi trafik tinggi. Hari-hari perlu ada bahan sensasi untuk kekalkan trafik.

saya sekarang cuba kekalkan isi blog dengan sebaik boleh.katakan cerita pasal anak tapi mesti dalam entri selitkan panduan ataupun tips. harap ia membantu dan penggunjung tidak bosan.whualam.

Semua orang kenal hasrulhassan.com adalah blog no1 ilmu blogspot...sifu blogger. Tuan kena buat penjenamaan semula ni... dan dgn tagline baru, mungkin itu akan menukar tanggapan blog ini kpd sebuah blog peribadi tapi bertunjangkan ilmu buat blogger...
...eh! pandai2 aje saya ni, tuan lebih arif! Tuan baca pun dah kira bersyukur dah ni...hehe.

Berbicara pada golongan tertentu tak salah sebab memang itu tujuan Niche tapi kalau berjaya buat Niche untuk bacaan semua orang memang jauh lebih baik .

Pasal fakta salah , itu memang kena hati-hati bila menaip . Sekali silap bagi info . Pembacaan dah mula pandang serong .

Satu tip yang berguna.

Setiap blogger ada masanya, mungkin sekarang down, masa terhad ...nanti akan tiba masa luang ada banyak, dan rasa semangat nak tulis entri.

Takpe, nanti tunggu #SBB2015 ...saya naik pentas (konon) ...

Betul. Ini kesilapan lama yang telah saya buat. :) sebab nak kejar trafik ... saya ada juga buat entri sebegitu.

Bagus tu. Walaupun blog peribadi mengisahkan keluarga, ada tips tertentu menambah nilai apa yang kita kongsikan.

Terima kasih. Harap ia menjadi panduan buat blogger lain, in Sha Allah.

Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Btol tu.. tips yg btol2 bmanfaat.. trima kasih HH .

Blog saya berkaitan tukang jahit dan fesyen. Saya lebih suka mengejar 'conversion' yang tinggi daripada mengejar trafik yang tinggi yakni menukar pengunjung menjadi pelanggan saya. Saya lebih suka bermain 'keyword' pada carian google daripada cerita sensasi. Terima kasih tuan atas panduan yang berguna.

Tips yg sgt berguna tq hh

terima kasih. bermanfaat.

Alhamdulillah andai benar semua kenal blog saya. Itu bonus.

:) yeahh terbaikkk la ... hebat memang hebat. Kalau dapat tukar pengunjung jadi pelanggan bisnes .. memang berbaloi.

Sutera Ungu .. terima kasih banyak-banyak. In Sha Allah, moga dimurahkan rezeki buat semua yang amalkan...

Mimbar Kata .. in Sha Allah, ia dapat berikan manfaat asalkan dipraktikkan.

Zara ... terima kasih kerana sudi membacanya dari awal sehingga habis.

Terima kasih atas tips nya, bermanfaat sekali terutama bagi saya pribadi :)

Entri ni memang win! Hehe


EmoticonEmoticon