Langkau ke kandungan utama

Bersubahat Untuk Beramal dan Berkebajikan

Ramai yang suka menggunakan perkataan subahat untuk benda yang kurang elok dan molek. Tapi, tak ramai yang mahu menggunakan perkataan ini untuk tujuan yang lebih baik. Walhal maksud perkataan ini adalah bersengkokol dan sekutu. Apa kata blogger Malaysia bersubahat dalam beramal dan berkebajikan.

Bersubahat Untuk Beramal dan Berkebajikan

Saya nampak ramai blogger suka sebar cerita sensasi dan hot, gara-gara mahu mengejar trafik tinggi. Cerita sensasi hot yang saya maksudkan ialah berkaitan cerita gossip artis. Ok, kalau cerita tentang benda dan perkara baik, mungkin boleh dimaafkan, tetapi cerita gossip yang membuka aib dan memalukan, sangatlah tidak perlu. Tak mahulah bersubahat dalam perkara yang tidak elok, ye tak?

Dalam dunia maya ini, ada banyak cerita baik, indah, manfaat, beramal dan berkebajikan yang boleh dikongsikan oleh blogger Malaysia. Agak malang sekali bagi blogger yang tidak nampak akan perkara ini. Ramai yang ingat, jika mahu dapat trafik tinggi, perlu dan mesti menulis dan menerbitkan kisah begini.

Yang jadi haru biru, apabila budaya copy-paste dalam penceritaan kisah sensasi dan hot gossip yang mengaibkan ini menjadi satu kebiasaan. Malah, tak ada larangan pun kepada mana-mana blogger yang ambil dan salin tampal entri sebegini di blog-blog. Hairan, tiada larangan pun. Lain cerita jika yang selainnya, melenting ramai blogger dan ramai yang marah-marah.

Itu satu perkara.

Lagi satu perkara ialah ada blogger yang mahir dalam selok belok SEO ... ambil jalan bersubahat dalam perkara ini. Sayang sekali, ada cerita baik tak dapat berada di enjin carian hanya kerana kehebatan blogger mantap SEO memainkan isu sensasi hot berkaitan cerita gossip artis yang boleh mengaibkan.

Melemahkan Masyarakat dan Ummah

Cerita-cerita begini tidak elok untuk kesejahteraan umat. Apatah lagi ia akan memporak-perandakan masyarakat. Saya sering sahaja melihat komen-komen saling bercakaran dalam blog yang papar cerita sebegini. Agak sedih juga, sehingga ada yang menggunakan ayat Al Quran dan Hadith bagi menegakkan sesuatu.

Kalau mahu kebaikan datang kepada kita, maka jemputlah kebaikan tersebut.

Ramai blogger yang fikir, mahu dapatkan trafik tinggi mencanak .. maka perlu tulis sebegitu cara. Ya, secara praktikal dan teori .. ia memang terbukti. Tetapi sayanglah sangat apabila kita boleh bersubahat bercerita soal yang lebih baik dari tu untuk tatapan pembaca kita, tetapi kita tidak lakukan.

Tiada Larangan

Saya tak mahu melarang sangat, kerana ini soal prinsip anda sebagai seorang penulis blog. Lagi-lagi kalau anda dibayar untuk menulis mengenai kisah mereka dan aib mereka. Tak dapat nak halang, itu mungkin punca rezeki anda.

Tetapi, jika bukan .... anda boleh dapat lebih lagi dari sekadar bayaran di dunia. Bersubahatlah dalam perkara beramal dan berkebajikan, kerana ia adalah untuk kita mendapat yang terbaik di penghujung usia dunia ini. Sebarkan kebaikan dan pastikan ia mengalahkan segala post negatif yang ada. Jika tidak dilakukan sekarang, esok lusa .. anak-anak kita hanya akan diberikan input perkara negatif sahaja menerusi enjin carian dan blog!




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Sanggup ke kita nak jadi duri dalam daging eh?? errk, tak mau.. benda baik wajib kita sebarkan. perkara aib, mohon simpan sebaiknya. Baikkk, kita faham apa yg tuan HH ckp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehhee... :) ok, saja mengingatkan untuk diri sendiri juga.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…