Bayaran Pertama PopAds

PopAds memang bayar. Dalam masa 24 jam, syarikat pengiklanan ini telah membuat pembayaran terus ke akaun PayPal saya. Alhamdulillah, dapatlah sedikit income sampingan dengan meletakkan iklan PopAds ini. Ini merupakan pembayaran pertama saya terima daripada PopAds.

PopAds adalah salah satu daripada banyak medium pengiklanan yang membayar anda dalam USD, dan antara syarikat pengiklanan yang membayar anda dalam masa 24 jam setelah permintaan cash-out dibuat. Malah, anda boleh tetapkan aras tertentu untuk membolehkan pembayaran dilakukan secara automatik, sama seperti Adsense.

Bayaran Pertama PopAds

Cara Daftar Pengiklanan PopAds

Jika anda berminat nak memasang iklan dalam blog dari PopAds, anda boleh daftar secara percuma menerusi pautan ini - Free PopAds Blog Advertisement

Dalam PopAds, ada beberapa bentuk pengiklanan yang boleh anda pilih. Sama seperti medium pengiklanan yang lain, ada kod HTML disediakan untuk diletakkan dalam blog anda. Hanya copy-paste kod pengiklanan yang anda pilih, dan letakkan di dalam HTML blogspot anda iaitu dalam kod head.

Cara Daftar PopAds dan Blog

  • Periksa email anda. Klik pada pautan pengesahan yang disediakan. Dan kemudian log masuk ke akaun PopAds yang telah tersedia.
  • Untuk memasukkan iklan PopAds ke dalam blog, anda terlebih dahulu perlu daftarkan blog anda. Klik pada dashboard publisher seperti ditunjukkan di bawah ini.
  • Nampak tanda bulat hijau dengan fungsi tambah tu? Ok, klik bahagian tersebut dan anda akan nampak bahagian Add a Website. Masukkan segala butiran yang diperlukan. Bahagian description dan keywords tu letak ringkas-ringkas je, tak perlu karang sampai 100 patah perkataan. Cuma, untuk lebih masyukkk ... bahagian keywords tu elok letak berkaitan kata kunci blog anda. Jika blog mengenai pelancongan, masukkan vacation, holiday, nice holiday, budget getaways dan sebagainya. Tulis dalam bahasa Inggeris. Kalau tulis Bahasa Melayu tak faham la pulak.
  • Seterusnya, lihat di bahagian bawah, ada kategori yang perlu anda pilih sesuai dengan iklan yang mahu anda letakkan di blog. Sila pilih berhati-hati, kerana kesilapan anda pilih akan membuatkan blog anda keluar iklan yang tak sesuai untuk diperlihatkan oleh pengunjung yang sensitif. Bahagian Allow Campaign juga perlu pilih iklan yang bagaimana yang anda inginkan dipaparkan di blog.
  • Bahagian terakhir adalah jenis pengiklanan yang anda mahukan, samada Popunder, Popup, Tabunder atau Tabup. Bagi saya, saya akan pilih semuanya dan lihat performance setiap bentuk iklan tersebut.

Ok dah selesai. Sekarang anda boleh dapatkan kod HTML iklan PopAds untuk diletakkan dalam blogspot anda. Mudah kan?

Oh ya, lupa nak bagitahu. Setelah anda letakkan blog anda, anda perlu dapatkan dahulu pengesahan daripada pihak PopAds. Mereka perlu review blog anda untuk pengesahan bahawa ia benar-benar sebuah blog yang berfungsi dan bukan sebuah laman web yang berbentuk spam atau direktori.

Hanya setelah blog anda disahkan sahaja, barulah dibenarkan diletakkan iklan PopAds ini. Satu ringkasan blog dan bentuk iklan akan disediakan oleh PopAds seperti yang tertera di bawah.
Untuk masukkan kod yang disediakan oleh PopAds, sila rujuk bahagian Actions - Get Code. Hanya satu kod disediakan, dan anda boleh terus masukkan dalam bahagian HTML utama blogspot anda. Iaitu buka HTML blogspot, cari HEAD dan copy-paste kod disediakan. Atau dapatkan kod menerusi Code Generator yang ada disediakan seperti yang saya paparkan di bahagian awal entri ini.

Bersedia untuk buat duit online dengan PopAds? Boleh klik pautan ini - Free PopAds Blog Advertisement


Ok. Selamat mencuba.


{ 9 comments.. read them below or add one }

Siti Anirah Azuri Siti Anirah Azuri March 21, 2014
iklan lain pula...
Masih lagi buat eksperiment beberapa iklan..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 21, 2014
Ada banyak platform pengiklanan, itu sebab saya ada banyak blog :) ....
Aswan Azmy Aswan Azmy March 21, 2014
macam mana iklan PopAds bro HH?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 21, 2014
Namapun POP .. so dia akan keluar iklan dalam POP la .. :P .... macam pop corn .. meletup2 gitu.
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid March 21, 2014
Alhamdulillah rezeki, congrats abang HH, Farah tumpang happy...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 28, 2014
Betul le ... kan dah tunjuk kat atas tu .. ishhh ..
tim timmy tim timmy July 13, 2015
Salam Tuan, sedikit pertanyaan perlu ke kita isi `new campaign dalam kolum advertiser`s panel? tq
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 14, 2015
Tak perlu .. itu untuk pengiklan .. bukan publisher seperti blogger .. :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.