Langkau ke kandungan utama

Apa Ada Dalam Buku Denaihati Blogrrr Most Wanted 2013?

Mengenai Sepetang Bersama Blogger 2014 (#SBB2014 #SBBYEOS2014) lagi? Ok. Ini untuk blogger yang tidak hadir ke majlis itu. Kepada yang telah hadir, tentu anda terima dan baca buku Denaihati yang terdapat dalam beg cenderahati. Kalau tak baca lagi, baik baca sekarang ... hehehe

Untung mereka yang hadir ke #SBB2014 di Saloma Bistro, Jalan Ampang pada 8 Mac 2014 yang lalu. Bukan kerana ada yang dapat cabutan bertuah seperti saya yang menang pakej hosting Elite Serverfreak ... hehehe... tapi juga kesempatan berkenalan dan bermesra dengan ramai teman blogger dari seluruh Malaysia. Dan paling untung ialah kerana mendapat buku cenderamata Denaihati yang memuatkan segala cerita yang bagus untuk rujukan seorang blogger.

Apa Ada Dalam Buku Denaihati Blogrrr Most Wanted 2013?

Ok. Kenapa saya kata bagus? Pertama sekali, ia bukan satu buku biasa. Ia sebuah buku yang memuatkan hampir keseluruhan kandungan blog Denaihati.com. Ada banyak benda, perkara, cerita, kisah, tips, gambar, perkongsian, santapan minda yang terkandung dalam buku setebal 210 muka surat ini.
Buku Denaihati Hidupkan Untuk Memberi
Kulit depan buku sahaja sudah buat saya tertarik untuk melihat isi kandungan buku ini. Serius. Jika anda seorang blogger tentu sekali tertarik bila di depan buku ada tulis benda ni:
  • MSMW Best of The Best Blog 2012
  • MSMW Most Creative Blog 2013
  • MSMW Best Micro Blog 2014
  • Best Personal Blog 2013 (Blogrrr Most Wanted 2013)

Mengapa tidak, anda bakal tertanya, apa yang menarik sangat mengenai blog ini sehingga diberikan pengiktirafan sebegitu rupa? Tak janggal kalau saya katakan, orang awam pun akan tertanya mengapa.

Sesuai dengan tagline blog Denaihati.com - Hidupkan Untuk Memberi, antara paparan pertama yang disajikan dalam buku ini ialah mengenai sedekah. Sedekah menjadi nadi bergeraknya Denaihati.com. Jujurnya, pertama kali saya tertarik dengan blog yang hebat ini ialah keupayaannya melancarkan program satu klik RM0.02 sen. Program di mana, setiap trafik yang hadir ke blog Denaihati.com akan diberikan ganjaran tunai!
Dalam buku yang dicetak dengan kualiti terbaik, saya telah mengetahui banyak benda menarik. Antara yang saya seronok baca ialah mengenai tips dan panduan blogging. Serius, buku ini boleh dijadikan satu panduan berguna untuk blogger seperti saya.
Bukan itu sahaja, ada cerita mengenai kerjaya, ada kisah mengenai kehidupan seharian, ada pendapat, ada itu .. ada ini... ada macam-macamlah. Semua dibekalkan dengan beberapa panduan serta tips berguna. Wallaweihh ..tip untuk menjadi JUTAWAN pun ada dalam buku ini. Jadi ia memang selayaknya dibaca.

Dalam salah satu bab dalam buku ini, anda akan terliur membaca kisah pengembaraan Denaihati. Ada banyak gambar menarik yang dikongsikan. Saya sampai naik jeles dengan apa yang dilalui oleh Denaihati sepanjang hidupnya sebagai blogger.

Dan .. jeng jeng jeng ... paling best .. dekat-dekat nak habis buku ini, iaitu di muka surat ... err err berapa ehhh .. jap nak check .. di muka surat 192... ada nama blog saya .. perghhh satu penghormatan tu.

Nah ini dia ..
Andaikata buku ini terjual di pasaran, maka jangan teragak-agak untuk membeli dan memilikinya. Ia sebuah buku yang sangat bagus untuk pembacaaan blogger. Apabila anda baca, anda bukan setakat membaca sebuah buku kosong pengisian, tetapi banyak ilmu yang bakal anda pungut dan kutip. Ilmu sahaja? Ada lebih daripada itu ...  hanya jika anda tahu menghargai apa yang disampaikan. In Sha Allah.

Perhatian - 30 blogger terawal akan terima wang tunai untuk buat review buku ini. Tinggalkan link URL entri review tersebut di komen Facebook Denaihati Network seperti kelihatan di bawah.







advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Terima kasih atas maklumat ni saudara HH...:D
    Sebagai seorang blogger, saya rasa ia sepatutnya menjadi sebuah buku yang harus dimiliki..

    BalasPadam
  2. tu le..harap lain kali ada nama aku juga..:D

    BalasPadam
  3. Yup, banyak info best dalam buku tu..
    dan banyak juga belajar dari buku tu

    Apapun tahniah tersenarai antara TOp 7 Blog Personal di Malaysia ;)

    BalasPadam
  4. best buku ni...tapi tak habis baca lagi sebab baby pun nak baca....
    kalau bagi baby baca alamatnya berkecai la buku tu

    BalasPadam
  5. Bagus juga pemilihan artikel yang dimuatkan dalam buku ni.... boleh jadi motivasi dan inspirasi idea

    BalasPadam
  6. Sekali tgk kat gambar2 di atas dah nampak dua kesalahan ejaan pada buku tersebut. Takde orang proofread ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sangka ... ada yang nampak ..... :) hehehe.. tak mo tulis ... tapi saja snap bagi yang prihatin nampak.

      Padam
    2. Dah proofread tp ada yang terlepas pandang jugak. tak perasan kot..

      Padam
    3. Bagus ni Affan. Teguran membina. Bila entri blog nak dicetak dalam bentuk buku mungkin pembaca pruf profesional diperlukan untuk perbetulkan ejaan dan susunan ayat. Cadangan jer. Anyway, this book is a good effort. Tak sangka plaks team Denaihati nak buat gini. Syabas Anarm n all..

      Padam
  7. Kesilapan ejaan memang ada tapi minor, memang baca kat buku ada perasan salah eja, tp biasalah kadang walau berkali2 edit/sunting akan ada juga sedikit kesilapan..

    BalasPadam
  8. blogger femes ada kat list tu.....

    BalasPadam
  9. belum habis baca lagi buku ni...baru baca suku...akan cuba habiskan baca buku...banyak input menarik yang terdapat dalam buku ni... :D

    BalasPadam
  10. Mmg banyak yg saya perlu belajar lagi ni... saya masih sedang membaca buku tu.. All the best.. :)

    BalasPadam
  11. bestnya kalau dapat, boleh tambah ilmu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belilah buku ni .. buku ni skarang dah boleh dibeli kedai.denaihati.com

      Padam
  12. belum habis baca pun lagi.. :(

    BalasPadam
  13. Woahhhh.. hidup ku untuk mberii.. quote yg mdalam mksd ny.. =) ilmu yg ada d kongsi bsama .. Alhamdulillah

    BalasPadam
  14. Bestnya buku tuu!!.. jelesss.. haiishh

    BalasPadam
  15. Buku ni boleh beli ke bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh beli di kedai.denaihati.com

      Padam
  16. thanks tuan HH share pasal buku ni. saya baru tahu denaihati ada buku.. terbaiklah.. ada stok lagi tak? nak beli lah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.