Sudah lewat malam, malah hari sudah makin ke pagi. Saya masih lagi cuba mencari cara untuk dominasi kata kunci Muslim Niaga di Google.com; tetiba secara tidak sengaja saya terbuka laman web Utusan Malaysia online. Agak memeranjatkan, dan penuh keliru .. laman web Utusan Malaysia online sudah jadi lain benar, tidak seperti selalu. Adakah laman web ini telah digodam pihak tertentu?

Catatan ini dibuat pada 17 Februari, lewat jam 3 pagi. Dan ini kenampakkan laman web berita Utusan Malaysia online apabila ianya dibuka. Adakah anda juga jadi saksi seperti saya?

Utusan Malaysia Online Digodam Lewat Pagi 17 Februari 2014?

Tapi, kejadian ini berlaku tidak sampai pun 10 minit, apabila saya buka kembali, laman web Utusan Malaysia ini sudah kembali pulih, iaitu kira-kira jam 3:10 pagi.

Adakah ini kerana sedang hangat perkata mengenai artikel yang ada bau-bau perkauman yang diterbitkan di dalam Utusan versi cetakan? Saya tidak mahu ulas lanjut sebab ianya diluar bidang pengalaman dan pengetahuan.

Cuma sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan pembaca rakan taulan semua, apa yang kita buat ... samada cakap, tulis, lukis ... semua itu ada timbal balik. Kalau baik, maka baiklah. Maka, berhati-hatilah. Zaman sekarang, zaman teknologi .. macam-macam orang boleh buat. Boleh wujudkan page di Facebook dengan pelbagai cerita dan berita yang memfitnahkan dan merosakkan.

Untuk terhalang diri dari jadi sebahagiannya, maka elakkan dari berada di antara sebahagiannya.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

2 Komen

Mungkin hanya atas sebab-sebab maintenance sahaja kot. Biasanya Hackers akan declare themselves when they successfully hacked certain website..

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.