Apabila anda menulis, tentulah mahu apa yang anda tulis itu dibaca ye tak? Amat rugi jika anda telah menulis satu artikel atau entri yang bermanfaat dan berkualiti, tetapi pembacanya tiada. Ia seolah seperti menanam pokok yang kini sudah lebat berbuah, yang buahnya gugur membusuk di tanah. Jadi, saya akan kongsikan tips menulis entri yang boleh dapatkan ribuan pembaca.

Untuk mendapatkan ribuan pembaca bagi satu-satu entri dalam blog, apa yang perlu anda buat ialah menjadi seorang blogger yang aktif. Aktif di sini ialah bukannya pakat tulis entri sampai 10 tajuk sehari. Bukan bukan ... apa yang perlu ialah anda perlu menjadi seorang blogger yang aktif mencari informasi dan maklumat yang orang lain mahu baca.

Tips Menulis Entri Blog Ribuan Pembaca

Tips Menulis Entri Ribuan Pembaca - hasrulhassan.com

Dan bagi memastikan entri itu dibaca ribuan orang, anda perlu mencari tajuk yang menarik minat sejumlah orang sebegitu ramai, dan dalam konteks ini ... ribu ribu. Bukan ratus. Bukan puluh.

Abaikan entri bersifat sensasi seperti cerita gosip atau politik. 

Apa yang saya nak tekankan ialah menulis entri yang segar malar (evergreen) yang akan memberikan anda pengunjung dan pembaca berterusan. Fikirkan anda sebagai orang kebanyakkan yang dahagakan informasi. Apakah informasi yang ribuan orang nak tahu?

Aspek Asas Keperluan Manusia

Untuk itu, anda perlu berbalik kepada prinsip asas hidup seorang manusia berkaitan keperluan. Apakah keperluan seorang manusia? Mengapa saya pilih keperluan? Sebab keperluan akan hadirkan ribuan, malah jutaan pembaca entri blog anda.

Keperluan yang saya maksudkan ialah tempat tinggal, pakaian, makanan dan pasangan hidup. Ok, rasa banyak nak cover, ambil satu atau dua daripada empat aspek tadi.

Katakan tempat tinggal. Sebagai manusia, tempat tinggal adalah sangat penting. Maka, aktifkan diri anda mencari maklumat dan informasi berkaitan tempat tinggal. Ini termasuklah pembelian rumah, sewaan rumah, cara bina rumah, pelan rumah murah, buat duit dengan hartanah, cara mencari rumah kediaman, pinjaman perumahan, tips membeli rumah dan banyak lagi. Ini antara kata kunci yang ada kaitan dengan tempat tinggal atau kediaman yang sepanjang masa orang akan cari dan mahukan maklumat mengenainya. Bukan sorang dua ... tapi ribuan orang akan mencari maklumat seperti ini.

Ok, ambil contoh mengenai makanan. Semua orang makan. Makanan pula ada pelbagai. Jika anda mahukan ribuan pembaca, cerita dan kongsi apa sahaja berkaitan makanan. Anda boleh cerita dan kongsi mengenai resepi, tempat makan best, tempat makan murah, cara nak pilih makanan, bahaya makanan, sijil halal, lokasi kedai makan, lokasi restoran di luar negara dan macam-macam lagilah.

Nampak tak? Hanya ambil 2 aspek daripada 4 yang saya berikan tadi sudah boleh berikan banyak idea untuk menulis entri ribuan pembaca.

Harap perkongsian idea ini boleh bantu anda buat entri yang berikan impak mendapat ribuan pembaca dan trafik tinggi untuk blog. In Sha Allah.


13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Terima kasih Farah ... harap dapat bantu blogger lain tulis entri yang berikan impak trafik positif

      Padam
  2. good sharing untuk newbie macam saya..thanks :)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Terima kasih, Harap idea dan tips diberikan dapat bantu Cik Anis

      Padam
  4. entri evergreen memang menjadi carian utama

    BalasPadam
  5. kadang-kadang kalau ada sesuatu yang saya nak orang tahu, tiba-tiba rasa macam ni mesti orang dah tahu... sebab tentu ada orang yang lebih pakar dah tulis... last last tak tulis langsung huhuhu

    BalasPadam
  6. info yang bagus HH. terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu..

    BalasPadam
  7. Thanks sifu....entry yg berguna utk blogger mcm saya ...

    BalasPadam
  8. bagus tips ni..boleh pratikal nti hehe

    BalasPadam
  9. waah! terima kasih utk tips ni abg HH... boleh diguna pakai utk blog nnt.. hihi.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement