Untuk mendapatkan ribuan pembaca bagi satu-satu entri dalam blog, apa yang perlu anda buat ialah menjadi seorang blogger yang aktif. Aktif di sini ialah bukannya pakat tulis entri sampai 10 tajuk sehari. Bukan bukan ... apa yang perlu ialah anda perlu menjadi seorang blogger yang aktif mencari informasi dan maklumat yang orang lain mahu baca.
Tips Menulis Entri Blog Ribuan Pembaca
Dan bagi memastikan entri itu dibaca ribuan orang, anda perlu mencari tajuk yang menarik minat sejumlah orang sebegitu ramai, dan dalam konteks ini ... ribu ribu. Bukan ratus. Bukan puluh.
Abaikan entri bersifat sensasi seperti cerita gosip atau politik.
Apa yang saya nak tekankan ialah menulis entri yang segar malar (evergreen) yang akan memberikan anda pengunjung dan pembaca berterusan. Fikirkan anda sebagai orang kebanyakkan yang dahagakan informasi. Apakah informasi yang ribuan orang nak tahu?
Aspek Asas Keperluan Manusia
Untuk itu, anda perlu berbalik kepada prinsip asas hidup seorang manusia berkaitan keperluan. Apakah keperluan seorang manusia? Mengapa saya pilih keperluan? Sebab keperluan akan hadirkan ribuan, malah jutaan pembaca entri blog anda.Keperluan yang saya maksudkan ialah tempat tinggal, pakaian, makanan dan pasangan hidup. Ok, rasa banyak nak cover, ambil satu atau dua daripada empat aspek tadi.
Katakan tempat tinggal. Sebagai manusia, tempat tinggal adalah sangat penting. Maka, aktifkan diri anda mencari maklumat dan informasi berkaitan tempat tinggal. Ini termasuklah pembelian rumah, sewaan rumah, cara bina rumah, pelan rumah murah, buat duit dengan hartanah, cara mencari rumah kediaman, pinjaman perumahan, tips membeli rumah dan banyak lagi. Ini antara kata kunci yang ada kaitan dengan tempat tinggal atau kediaman yang sepanjang masa orang akan cari dan mahukan maklumat mengenainya. Bukan sorang dua ... tapi ribuan orang akan mencari maklumat seperti ini.
Ok, ambil contoh mengenai makanan. Semua orang makan. Makanan pula ada pelbagai. Jika anda mahukan ribuan pembaca, cerita dan kongsi apa sahaja berkaitan makanan. Anda boleh cerita dan kongsi mengenai resepi, tempat makan best, tempat makan murah, cara nak pilih makanan, bahaya makanan, sijil halal, lokasi kedai makan, lokasi restoran di luar negara dan macam-macam lagilah.
Nampak tak? Hanya ambil 2 aspek daripada 4 yang saya berikan tadi sudah boleh berikan banyak idea untuk menulis entri ribuan pembaca.
Harap perkongsian idea ini boleh bantu anda buat entri yang berikan impak mendapat ribuan pembaca dan trafik tinggi untuk blog. In Sha Allah.
great piece of sharing abang HH...
BalasPadamTerima kasih Farah ... harap dapat bantu blogger lain tulis entri yang berikan impak trafik positif
Padamgood sharing untuk newbie macam saya..thanks :)
BalasPadamberguna ni...thankss
BalasPadamTerima kasih, Harap idea dan tips diberikan dapat bantu Cik Anis
Padamentri evergreen memang menjadi carian utama
BalasPadamkadang-kadang kalau ada sesuatu yang saya nak orang tahu, tiba-tiba rasa macam ni mesti orang dah tahu... sebab tentu ada orang yang lebih pakar dah tulis... last last tak tulis langsung huhuhu
BalasPadamJangan begitu, ada bahagian masing-masing.
Padaminfo yang bagus HH. terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu..
BalasPadamThanks sifu....entry yg berguna utk blogger mcm saya ...
BalasPadamSama-sama.
Padambagus tips ni..boleh pratikal nti hehe
BalasPadamwaah! terima kasih utk tips ni abg HH... boleh diguna pakai utk blog nnt.. hihi.. :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.