Langkau ke kandungan utama

Tarikh Terima BR1M 3.0 dan Rayuan Permohonan

Kerajaan Malaysia telah pun mengumumkan bahawa BR1M 3.0 atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia 3.0 2014 akan dibayar mulai 22 Februari sehingga 15 Mac 2014. Pembayaran akan dilakukan terus ke akaun bank penerima masing-masing seperti yang telah dikemaskinikan dalam e-BR1M 3.0 bahagian akaun bank. Untuk perincian lebih, sila baca entri saya ini dari awal sampai akhir.

Kepada mereka yang telah kemaskini info diri terbaru dan buat mereka yang merupakan pertama kali memohon bantuan ini, bolehlah cuba menyemak sepertimana yang telah saya paparkan di sini - Semak Keputusan Terima BR1M 3.0. Cara semakan hanya boleh dilakukan menerusi kaedah yang telah saya kongsikan tersebut, iaitu menerusi talian telefon dan juga email khas yang telah disediakan.

Semakan Terus menerusi Pejabat LHDN

Namun begitu, untuk lebih memudahkan, anda dinasihatkan untuk membuat semakan secara terus di pejabat-pejabat LHDN berdekatan. Walaubagaimanapun, mereka yang layak dan telah layak akan mendapat notis pemberitahuan daripada LHDN memaklumkan mengenai permohonan BR1M 3.0.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan mengemaskini maklumat akaun bank atau tiada maklumat tersebut, pembayaran akan diagihkan terus kepada penerima dalam bentuk baucer yang perlu ditebus menerusi bank tertentu.

Tarikh Terima BR1M 3.0 dan Rayuan Permohonan

Tarikh Terima BR1M 3.0 dan Rayuan Permohonan
Cara Rayuan BR1M 3.0

Rayuan permohonan BR1M 3.0 boleh dibuat oleh mana-mana individu yang gagal boleh dilakukan secara menulis satu surat rasmi dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan. Rayuan BR1M 3.0 mesti dibuat secara terus ke pihak LHDN.

Saya memetik daripada Berita Harian Online:

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). "Seperti BR1M Satu dan Dua kerajaan menerusi LHDN bersedia untuk mempertimbangkan semula permohonan individu berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan tetapi gagal mendapat bantuan berkenaan sekiranya mereka berjaya mengemukakan bukti mencukupi.

Jadi, seandainya selepas 22 Februari tiada sebarang makluman yang diterima daripada pihak LHDN, saya nasihatkan buat pemohon untuk semak di pejabat LHDN, dan sekiranya tidak disenaraikan, terus sahaja membuat rayuan seperti yang ditetapkan. Minta jasa baik kakitangan LHDN untuk bantu anda, in Sha Allah .. mereka akan menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Boleh juga semak info berkaitan bantuan rakyat 1malaysia di sini - bantuanrakyat1malaysia.com



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…