Spesifikasi Samsung Galaxy S5

Unpacked5 - Sudah pun didedahkan apa yang ada pada Samsung Galaxy S5. Spesifikasi yang dipertingkatkan untuk menandakan satu aras baru dalam jenama Samsung terutama dalam telefon pintar Samsung Galaxy. Terkini, Samsung Galaxy S5 didedahkan menerusi Unpacked5.

Apa yang menarik mengenai telefon pintar jenama Samsung terbaru ini? Di Malaysia, masih belum ada tanda-tanda ia dipasarkan lagi. Namun, berita dan spesifikasi Samsung Galaxy S5 kini sudah mula menjadi bualan ramai peminat gajet dan tech.

Secara peribadi, saya sukakan Samsung kerana ia jenama yang berkualiti terbaik dari segi peralatan elektrik dan elektronik. Komputer saya sendiri menggunakan skrin leper jenama Samsung. Ia memang menjadi kesukaan saya sejak dahulu lagi.
Saiz skrin Samsung Galaxy S5
Sumber: NewsComAu

Spesifikasi Samsung Galaxy S5

Ok, mari lihat spesifikasi Samsung Galaxy S5 - telefon pintar terbaru ini.
  • 5.1-inch full HD Super AMOLED display
  • Android 4.4 KitKat
  • Qualcomm 2.5GHz quad-core processor
  • 16GB or 32GB of storage
  • 16-megapixel rear camera/2.1-megapixel front camera
  • 2800mAh battery
  • 21-band 4G LTE
Samsung Galaxy S5 - Skrin
Sumber: NewsComAu
Nampaknya, Samsung Galaxy S5 menampilkan skrin yang lebih besar. Peranti ini dibangunkan dengan menggunakan OS terbaru Android iaitu KitKat. Bateri yang dijangkakan lebih tahan lama daripada biasa, dan mempunyai keupayaan 4G LTE.

Saya bukan pakar mengenai gajet, tetapi kalau nak dibandingkan dengan variasi Galaxy yang lain, nyata ada perubahan-perubahan yang perlu.
Variasi warna Samsung Galaxy S5
Sumber: NewsComAu
Menurut beberapa laporan yang disahkan, Samsung Galaxy S5 adalah kalis air. Bateri berupaya kekal 24 jam dalam Low Power Mode walaupun peratus bateri sudah tinggal 10%. Mempunyai fungsi fingerprint-enable Galaxy S5 merupakan telefon pertama yang support antena 802.11ac MIMO WiFi, bermakna ia boleh muat turun data lebih 3x pantas daripada S4.

Paling menarik adalah berkaitan 16-megapixel pada kamera. Memang awesome buat mereka yang suka ambil gambar kerana gambar akan kelihatan cantik seperti seorang pro.

Ok, sedikit video yang harus tonton untuk tengok apa kelebihan yang ada pada Samsung Galaxy S5 ini.

Video Samsung Galaxy S5 Review





{ 11 comments.. read them below or add one }

Nurzakiah Hanum Nurzakiah Hanum February 25, 2014
salam dan selamat pagi
singgah sini jap
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 25, 2014
Salam Nurzakiahhhh ... :) selamat pagiiii ... :)
baby comel baby comel February 25, 2014
Agak2 berapa la harga dia kan. Note3 pun dh canggih, S5 entah camne la rupa dia kan..
Yumida Huda Yumida Huda February 25, 2014
lebih pantas dri s4? ni kasi jeles...baru je beli s4 bulan lepas. ade lgi model terbaru. huhu..agak2 berapa la harga s5 ni...
fayreen mizan fayreen mizan February 25, 2014
Kalau dah ada dalam market Malaysia, dengan segera akan saya masukkan dalam wishlist birthday! Haha...
Shark Kay Shark Kay February 25, 2014
harga RM2,500 bermula april nanti,
akan bersaign dengan sony Z2 march nnti.
hehe..
pilihan terletak di tgn anda :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 25, 2014
Mak aihhh .. mahalnya Shark ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 25, 2014
Perghh ... saya tak mampu .. cuma mampu tulis entri ni je .. hehehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 25, 2014
RM2500 ... kata rakan blogger kat komen di bawah ... hehehehe
Sharulnizam Mohamed Yusof Sharulnizam Mohamed Yusof October 15, 2014
Kameranya memang sangat terbaik! Ditambah lagi dengan aplikasi-aplikasi yang boleh membuat kesan (efek) yang pelbagai, telefon ini memang menjadi kesayangan (buat masa ini). Eheh!

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.