Permohonan Online Program Pra Universiti KPM-MSN 2014

Permohonan Online Program Pra Universiti KPM-MSN 2014 - Waktu saya dahulu, nak buat permohonan nak masuk universiti punyalah sukar. Mana taknya, nak ambil keputusan peperiksaan satu hal, nak beli borang satu hal, dan nak hantar borang permohonan juga satu hal. Sukar sebab segalanya dilakukan secara manual. Banyak peluh keluar, begitu juga dengan wang ringgit. Maka, nilai nak memohon masuk universiti itu agak tinggi. Tidak seperti sekarang, nak buat permohonan program pra universiti pun sudah dilakukan secara online! Ok.

Memang bertuah dan beruntung lepasan SPM dan STPM sekarang ni, dengan beberapa klik sahaja, sudah boleh memohon ke program-program masuk universiti yang ada. Ini termasuklah program Pra Universiti KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) Majlis Sukan Malaysia.

Permohonan Online Program Pra Universiti KPM-MSN 2014/2015

Permohonan Online Program Pra Universiti KPM-MSN 2014/2015
Mulai 10 Februari 2014, Program PraUniversiti KPM MSN sesi Akademik 2014/2015 boleh dipohon secara 'online' di laman web KPM iaitu - http://apps.moe.gov.my/prau/prau.cfm

Tapi sebelum itu, untuk anda yang mungkin mahu membuat permohonan online ini, perlu ambil perhatian mengenai beberapa perkara berikut:

  1. Calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 April 2014. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
  4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda tanpa had sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil sekali sahaja walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi. 
Borang permohonan online untuk Program Pra Universiti KPM-MSN sesi 2014/2015 boleh diakses di pautan berikut: http://apps.moe.gov.my/prau/borangpemohonan.cfm
Borang Permohonan Online Program Pra U KPM-MSN 2014/2015

Alamat Hantar Borang Permohonan Dicetak

Borang tersebut perlu dicetak dan dokumen berkaitan yang diperlukan mestilah disahkan, sebelum dihantar menerusi pos atau datang sendiri ke pejabat di alamat berikut:

Pengarah,
Bahagian Sukan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1 & 7, Blok E13,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)

Pertanyaan:
Cik Nurhasni Mohd Noor - 8884 1172 (emel: hasni.noor@moe.gov.my)
Encik Mohamad Nizam Ismail - 8884 1175 (emel: mohamad.nizam@moe.gov.my)

Pastikan semua syarat-syarat telah dipenuhi sebelum anda memohon. Elakkan pembaziran masa dan wang hanya kerana memilih sesuatu yang dengan mudah akan ditolak. Saya sertakan bersama beberapa syarat am yang perlu dipenuhi oleh pemohon sebelum mengisi borang permohonan program pra universiti ini.

Syarat Permohonan Program Pra Universiti KPM-MSN 2014/2015


  • Mewakili negara/ berpotensi mewakili negara.
  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
  • Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan Persatuan Sukan Kebangsaan.
  • Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilih jika diperlukan.
Untuk syarat-syarat khas, anda boleh rujuk di pautan ini - http://apps.moe.gov.my/prau/syarat.cfm

Untuk semakan bagi mereka yang telah membuat permohonan, anda boleh lakukan di pautan ini - http://apps.moe.gov.my/prau/semak.cfm


{ 8 comments.. read them below or add one }

Raudzah Z Raudzah Z February 10, 2014
Good luck untuk adik-adik semua..sekarang ni semuanya dihujung jari..so tak ada alasan..
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah February 10, 2014
Permohonan dah boleh buat sekarang ni.
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN February 11, 2014
dunia sekarang ni serba serbi dah canggih..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 11, 2014
Semua jadi mudah .. dan buatkan manusia jadi makin malas dan kurang nak usaha ... ye tak?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 11, 2014
Betul, sebelum 9 April ... :) jangan tunggu saat akhir. Ada peluang terbuka, rembat je .. ye tak?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.