Semua orang ada ilmunya, tak kira sebesar mana pengetahuan yang ada, ia tetap ilmu berguna. Ilmu ini perlu diimarahkan, perlu disebar luas agar semua yang mahu tahu dapat tahu, dan yang tak tahu dapat mengetahuinya. Tak perlu lokek dengan ilmu yang ada, kerana ia merupakan anugerah dan ilham dari Tuhan. Beruntung bagi mereka yang ada sifat mahu menambah ilmu ni, kerana dengan pengetahuan yang ada ia meningkatkan darjat dan taraf seseorang manusia.

Menerusi kontes ilmu blogspot blogger Malaysia, saya telah mengumpulkan pakar sebenar ilmu blogspot yang sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka kepada anda semua. Alhamdulillah, sedikit sebanyak perkongsian mereka ini dapat bantu ramai blogger Malaysia terutama yang menggunakan platform blogging blogspot mengetahui serba sedikit rahsia, teknik, panduan yang telah diberikan.
Pakar sebenar ilmu blogspot Malaysia
Mereka tidak lokek, malah dengan murah hati membantu supaya anda dapat hasilkan sebuah blog yang baik.

Pakar Sebenar Ilmu Blogspot

Berikut adalah senarai blogger yang telah sudi mencurahkan ilmu blogging kepada anda semua. Terima kasih kepada mereka kerana jiwa mereka yang sangat besar ini. Walaupun ada blogger ini yang tidak punyai ramai pengikut atau bukan blogger terkenal, tetapi dengan perkongsian ilmu yang mereka tahu, mereka telahpun berada dalam satu tahap yang tersendiri dalam dunia blog Malaysia, dan tentunya di hati saya sebagai seorang yang masih belajar mengenai ilmu blogspot ini.

Di bawah ini adalah peserta yang telah dikemaskini pada 1 Februari 2014

In Sha Allah, dengan perkongsian mereka ini anda semua boleh mendapat manfaat. Ambillah kesempatan ini untuk mengetahui apa yang mungkin anda tidak tahu. Bukan mudah nak dapat benda ni dalam satu entri yang dikumpulkan.

Buat blogger baru, anda sangat bertuah kerana anda boleh dapat ilmu blogging ini dengan percuma, tidak seperti saya yang telah habiskan banyak masa dan wang hanya untuk memastikan blog yang ada sekarang ini berada pada tahap yang membanggakan diri saya.

Kontest ini telahpun tamat, tetapi ilmu blogging ini akan tetap kekal berada di dunia maya, selagi ada yang mencari, membaca dan praktik, selagi itulah masing-masing akan terima manfaatnya.

Terima kasih semua. Terima kasih banyak-banyak.



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

27 Komen

semua hebat-hebat.. blogwalking time :D

Reply

wahhh perkongsian yg baik nie...setiap blogger nyg join tu ada pengalaman sendiri... tq sudi berkongsi... :)

Reply

rasa rendahnya diri bila diapit blogger-blogger yang senior :l

Reply

tak perlu rasa apa2 .... :) semua sama sahaja ...

Reply

memang mak selalu jengah antara blogger yg disenaraikan HH...mmg power ilmu mereka...tahniah

Reply

ramai yg join..alhamdulillah
insha Allah bakal terjah, belajar ilmu dri rakan blogger
moga bertambah2 ilmu di dada

Reply

Nak tahu gak apa ilmu yang dikongsikan oleh rakan blogger.. maklumlah masih baru dalam blogging.

Reply

Mmg hebat semuanya.. ada diantaranya yg saya kenal. T kasih HH diatas perkongsian, bnyk yg dpt sy pelajari lagi. Semoga semuanya terus sukses..

Reply

Alhamdulillah... terima kasih.. tersenarai juga penyertaan sy.

Reply

Baru berkesempatan, harap penyertaan teman diterima... Sekadar support member :)

www.broframestone.com

Reply

ALHAMDULILLAH. first time i got entered this contest. thanks so much :)

Reply

Tahniah semua...kita sama-sama belajar. Kalau terkurang. moga Tuan OH tolong tunjukkan. Insyallah, Semoga kita terus maju dan maju.

Reply

SALAM BLOGGER. MEREKA HEBAT2 BELAKA. JM MASIH KECIL DALAM DUNIA BLOGGER NIE

Reply

wahhhh.... congrats semua. tak sempat nak join, sorry ya HH..

Reply

memang besar impak tersirat kontest ni...bloger baru atau lama..smua dapat manfaat..

Reply

Terima kasih kerana menerima penyertaan dari multees.

Reply

Wah bagus. Boleh kutip ilmu selagi mampu. :)

Reply

Banyak ilmu berblog yg saya pelajari dari mereka semua. Yg baik akan dijadikan panduan untuk terus bertapak dlm dunia blog. Insya Allah..

Reply

Kontest telah pun tamat, tetapi ilmu blogging ini akan terus kekal berada di dunia maya.. setuju bro.

Reply

Banyak boleh belajar dari perkongsian ilmu ini.

Reply

Alhamdulillah semuanya otai-otai dalam dunia blogging, tidak seperti kami yang picis-picis ni. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi 1001 tunjuk ajar pada newbie di luar sana.

Reply

terima kasih pak hassan, dah berkenan mencantumkan link saya

Reply

alhamdulillah..banyak yang boleh saya belajar dari kontes ini..

blogwalking time.. hehe

terima kasih tuan diatas penganjuran kontes ini. :)

Reply

terima kasih pada semua otai2...akan terjah satu persatu..Inshallah

Reply

alhamdulilah.. sambil menimba ilmu, sambil blogwalking, dapat kenalan baru, dapat ilmu baru...terima kasih HH

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.