Miniblogger Bina Minisite Percuma

Miniblogger Bina Minisite Percuma - Sekiranya anda seorang yang menjual barang atau produk secara online, maka anda tentu tahu apa itu Minisite ini. Kalau tanya mereka yang tahu selok belok online marketing, minisite ini lebih dikenali dengan nama laman surat jualan. Ia sebuah laman web mini yang digunakan untuk menjual sesuatu... dan selalunya ia melibatkan satu-satu produk tertentu.

Katakan anda jual ubat Panau. Anda mahu orang beli ubat itu secara dalam talian atau online, maka mempunyai sebuah minisite ini adalah satu kemestian. Ia menjalankan kerja promosi untuk anda di ruang maya dengan sendirinya.

Ciri menarik mempunyai sebuah minisite ini ialah ia mesra SEO (Search Engine Optimization) dan senang untuk berada di SERP (Search Engine Result Page). Ini adalah kerana ia sebuah laman yang 100 peratus memberikan informasi mengenai produk yang dijual.

Minisite ini digunakan dalam banyak perkara selain dari menjual produk. Anda boleh dapatkan senarai pelanggan berminat secara sah, anda boleh buat video personal coaching, anda boleh jual produk orang lain, anda boleh kumpul prospek, anda boleh war-warkan tawaran istimewa dan macam-macam lagilah.
MiniBlogger Bina Minisite Percuma

Miniblogger Buat Minisite Percuma

Tapi masalah utama nak buat minisite ini ialah anda memerlukan kemahiran dan juga yang paling utama ialah anda perlu ada hosting kepada minisite tersebut.

Sekarang, saya nak kongsikan kepada anda, bahawa hampir dua masalah itu boleh anda selesaikan dengan MiniBlogger.

Menerusi MiniBlogger, anda boleh tahu cara menghasilkan sebuah minisite percuma tanpa perlu bayar mana-mana syarikat hosting. Ini adalah kerana anda menggunakan aplikasi buat minisite yang membenarkan anda untuk melakukannya menerusi platform percuma blogspot!

Berbeza dengan minisite biasa yang anda perlu bayar setiap tahun untuk terus 'hidup' dalam dunia internet ini. 

Cuba lihat contoh yang diberikan ini - http://wizzittweezer.blogspot.com/
Biasanya, kita akan lihat minisite ini bila kita sering jadi pemasar affiliate. Kita akan diberikan satu kod affiliate dan akan merujuk kepada satu laman surat jualan. Tetapi kini, anda boleh bina sendiri minisite anda dengan mudah, dan ungguli pencarian produk tersebut di enjin carian.

Lebih baik lagi, kalau anda ada produk sendiri ... seperti yang saya sebutkan tadi, nak jual ubat Panau secara online. Anda boleh anda minisite seperti di atas dengan hanya mendapatkan pakej pembelajaran buat minisite ini menerusi MiniBlogger.

Bukan itu sahaja. Dengan kemahiran yang anda ada, anda boleh tawarkan khidmat kepada orang lain yang mahu buat minisite sendiri. Dua benda dah anda dapat, buat laman web surat jualan anda untuk produk sendiri; dan keduanya anda boleh tawarkan servis buat minisite kepada mereka yang berminat ... terutama rakan-rakan blogger yang ada bisnes.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai MiniBlogger tak? Klik pautan ini - MiniBlogger Minisite


2 comments.. read them below or add one

HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 24, 2014
Boleh order di sini - http://www.ashadee.net/go/50268/biz2014

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.