Dah lama saya tak kongsikan widget-widget menarik untuk para blogger aplikasikan di dalam blogspot mereka, jadi untuk kali ini ... saya berikan satu panduan bagaimana untuk menyenaraikan entri-entri blog kita menggunakan label.

Sedia maklum, buat mereka yang guna blogspot ni .... label adalah salah satu kaedah untuk mengkategorikan entri-entri kita. Dengan label menerusi blogspot, entri-entri itu boleh dikumpulkan di bawah satu kata kunci atau di bawah satu 'jenama' buat blog kita.

Saya pernah beritahu, untuk menjenamakan blog kita ... blog perlu ada satu kumpulan entri di bawah satu tag, label atau kategori yang sama, contohnya; labelkan entri-entri yang tunjuk atau cerita tentang percutian di bawah label - percutian atau cuti-cuti Malaysia atau destinasi menarik Malaysia.

Saya pernah menggunakan cara ini dengan labelkan beberapa entri di bawah label berikut - Panduan Menulis Blog, Blog Selebriti, Blogger dalam Majalah, Widget Pilihan dan Isu Dunia .... dan beberapa lagi.

Papar Entri Blog Berdasarkan Label dalam Blogspot

OhBlogger papar entri blog berdasarkan label di sidebar
Salah satu cara untuk ketengahkan entri-entri di bawah satu label ini adalah dengan menggunakan widget - senaraikan entri berdasarkan label dalam blogspot. Ia sangat mudah ... insyaAllah ia akan memberikan satu jenama buat blog anda.

Letakkan kod html berikut di ruangan widget/html blogspot anda, anda boleh letakkan di sidebar atau di bawah blog.




Pastikan perkara berikut anda ubah dahulu:
URL_BLOG_ANDA tukarkan kepada link atau alamat blog anda, contohnya: http://www.hasrulhassan.com dan bukannya http://www.hasrulhassan.com/
LABEL_POST tukarkan kepada label yang anda mahu untuk paparkan entri berkaitan. Label ini boleh anda ambil menerusi penyenaraian label-label entri anda.
JUMLAH_POST adalah jumlah post yang anda mahu paparkan.


Ok? Dapat tak faham apa yang saya kongsikan ini? Mudah je kan ... hasilnya anda akan dapat menyenaraikan entri-entri terbaru berdasarkan label tertentu. InsyaAllah.

Terima kasih kepada BloggerCentral

Selamat mencuba.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement