24 Februari 2014

Keluar Duit BR1M Bermasalah

Ada rakan yang beritahu, nak keluar duit BR1M daripada mesin teller sukar. Terutama jika anda pemegang kad bank berlainan mahu keluarkan duit BR1M menerusi teller bank yang berlainan. Memang saya sendiri jadi saksi ramai yang mahu keluarkan duit BR1M cara begini kecewa bila sistem switch tak dapat nak proses permintaan pemegang kad.

Baru-baru ini, saya mahu keluarkan duit hasil berblog dengan affiliate di salah sebuah mesin ATM kepunyaan Maybank di Taiping. Sabtu 22hb adalah tarikh rasmi BR1M diberikan kepada rakyat Malaysia pemohon yang layak. Punyalah panjang beratur walaupun ada 4 ATM sedang beroperasi.

Keluar Duit BR1M Menerusi ATM Bermasalah

Saya lihat ramai yang dapat keluar duit dari akaun adalah mereka yang merupakan pengguna Maybank. Bagi mereka yang mahu keluarkan duit daripada kad bank yang berlainan, nampak kecewa. Bila saya telek dan belek, nampak kenyataan "Switch System" ATM ada masalah. Ini bermakna sistem MEPS pada ATM tak dapat nak proses.
Gambar Hiasan
Berikut ada kenyataan yang saya terima daripada rakan di Facebook. Samada benar atau tidak. langkah cegah kecewa perlu dibuat.
Dalam minggu ni kalau nk keluar duit dari akaun maybank,jgn kuar kt bank lain..meps ade msalah..nanti duit tolak tapi duit tak keluar..sama jgk bank lain..contoh klu gne bsn,kluar kat bsn jgk..sama jgk cimb kne kt mesin cimb..meps issue..informasi dr rakan yg bertugas menyelenggarakan mesin ATM.
Jadi, kalau nak keluarkan duit BR1M, pastikan guna kad ATM dan mesin ATM yang sama .... dan sebagai satu tips daripada saya, cuba anda periksa dulu baki akaun secara online. Dah periksa ada duit BR1M, kira oklah kan.

Cara lain ada, tetapi sebab duit dah masuk ke akaun, hanya cara yang saya katakan tadi yang nampak praktikal.






Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

10 Komen Keluar Duit BR1M Bermasalah

patutlah abang ipar ada masalah nak keluarkan duit dari atm lain...ini masalahnya rupanya...

kalau guna MEPS dah ler kena tolak seringgit lagi....kalau tertelan kad...bukan ker susah nanti.....

baiklah guna di bank yang sama... takut nanti masalah lain pula yang berlaku...

sistem tengah pening..huhu

Hmm ... saya nampak wajah2 kecewa bila tekan2 tak boleh keluar duit. Tgk baki boleh kot rasanya.

Ehh bukan dah percuma ke? kena tolak ekkk? hmm ... rugi singgit kan .. hehehe

emm.. susah juga kan kalau bermasalah mcm ni... deno alhamdulillah dapat tapi belum keluarkan.. :)

Boleh belanja ni deno .. :)


EmoticonEmoticon